You are on page 1of 2

CATATAN SAMBUTAN

SENANGAN

HARI

GURU

SEKOLAH

KEBANGSAAN

TAMAN

JUMAAT, 7 OGOS 2015

7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan
majlis sambutan Hari Guru 2015. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu
rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Nik Haikal,
selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz
Abdul Nazir.

7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Jamaliah bt karim,
sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En.Ramlee Bin Abu Bakar
menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang
Berhormat Menteri Pelajaran.

8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara
sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi
tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton.
Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik.
Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil
bahagian.

10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan
pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi

Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid


dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap
persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.

12.00 tengah hari


Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah
menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan
oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Roslee Bin Daud

12.40 tengah hari


Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing
kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk
bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari


Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu
jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

You might also like