You are on page 1of 1

PEMBETULAN UJIAN PENGESANAN (UPPM 1)

BAHASA MELAYU PENULISAN


BAHAGIAN C
Perhimpunan Sekolah Saya

Pada setiap hari Ahad, sekolah saya akan mengadakan perhimpunan pagi.
Semua murid dan guru berkumpul di dewan sekolah. Murid-murid beratur
mengikut kelas masing-masing.
Pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan pagi pun bermula. Murid-murid
dan guru-guru berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor,
Negaraku dan lagu sekolah. Murid-murid bernyanyi dengan penuh
semangat. Kemudian, seorang pengawas yang bertugas mengetuai
upacara melafazkan ikrar Rukun Negara.
Selepas itu, guru besar menyampaikan hadiah kepada para
pemenang pertandingan yang menyertai pertandingan di dalam dan di
luar sekolah. Beliau juga memberikan sijil penghargaan kepada kelas yang
terbersih. Seorang guru yang bertugas mengambil gambar murid-murid
dengan menggunakan kamera digital yang canggih untuk dijadikan
kenangan.
Kemudian, guru besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau
menasihati murid-murid supaya belajar dengan bersungguh-sungguhnya
agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Beliau juga
meminta murid-murid sentiasa berdisiplin dan mendengar nasihat guru
serta menjaga kebersihan kawasan sekolah.
Selepas setengah jam, perhimpunan pagi pun bersurai.
Kemudian, murid-murid beratur masuk ke kelas masing-masing untuk
meneruskan sesi pembelajaran yang seterusnya.

You might also like