You are on page 1of 2

Perhimpunan Di Sekolah Saya

Sekolah saya mengadakan perhimpunan di dewan pada setiap hari Ahad.

Apabila loceng sekolah berbunyi, murid-murid beratur ke dewan dengan

tertib. Semua warga dewan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu “Negaraku”,

lagu negeri dan lagu sekolah. Tiga orang pengawas ditugaskan untuk menaikkan

bendera di tepi pentas. Kami menyanyi dengan kuat dan penuh semangat patriotik.

Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Guru Besar

mengingatkan murid-murid agar membuat persiapan awal bagi menghadapi

peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bak kata pepatah, “sediakan

payung sebelum hujan”. Beliau juga menasihati murid-murid agar menjaga

kebersihan kawasan sekolah supaya dapat belajar dengan selesa. Semua murid

memasang telinga untuk mendengar amanat beliau.

Selepas itu, juruacara mengumumkan keputusan pertandingan kebersihan

antara kelas. Kelas yang terbersih pada minggu lepas ialah kelas 5A. Guru besar

menyampaikan sijil dan piala kepada ketua kelas tersebut.

Kemudian, murid-murid dari kelas 6B mengadakan persembahan di atas

pentas. Persembahan mereka amat menarik dan menghiburkan hati kami.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi. Murid-murid pun beratur

pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.

You might also like