You are on page 1of 1

Sabtu, 11 April 2015

7.30 pagi
Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berkumpul di dewan sekolah. Guruguru juga telah berada di dalam dewan bagi menyempurnakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SJKT Ladang Voules.
7.45 pagi
Tetamu-tetamu kehormat mengambil tempat di dalam dewan. Para ibu
bapa juga tidak ketinggalan memenuhi tempat duduk yang disediakan.
Guru-guru bertungkus-lumus menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
8.00 pagi
Majlis Anugerah Kecemerlangan membuka tirainya apabila guru besar
mula menyampaikan ucapan. Semua tetamu mendengar ucapan guru
besar dengan tekun. Seterusnya, tetamu kehormat iaitu ADUN Kemelah
menyampaikan
ucapannya
dan
merasmikan
Majlis
Anugerah
Kecemerlangan SJKT Ladang Voules.
9.00 pagi
Murid-murid membuat persembahan khas sempena Majlis Anugerah
Kecemerlangan. Murid-murid Tahun 4 menyampaikan persembahan
lakonan. Murid-murid Tahun 5 pula mendeklamasikan sajak bertemakan
Guru, manakala murid-murid Tahun 6 membuat persembahan koir.
Semua tetamu terhibur dengan persembahan yang telah disampaikan
oleh murid-murid.
10.00 pagi
Penyampaian hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam pelajaran
bermula. Semua murid cemerlang dalam setiap mata pelajaran menerima
sebuah piala kecemerlangan. Murid-murid yang menerima anugerah
tersenyum gembira. Ibu bapa murid juga tidak melepaskan peluang
mengambil gambar anak mereka yang menerima hadiah kecemerlangan.
12.00 tengah hari
Majlis Anugerah Kecemerlangan SJKT Ladang Voules berakhir. Semua
tetamu menjamu selera makanan yang telah disediakan di kantin sekolah.
1.00 tengah hari
Murid-murid dan para tetamu pulang ke rumah masing-masing dengan
perasaan gembira.

You might also like