You are on page 1of 1

Sambutan Hari Guru

Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Guru. Sambutan

Hari Guru diadakan di dewan sekolah.

Pada hari itu, murid-murid datang awal ke sekolah. Murid-murid mengucapkan

Selamat Hari Guru dan memberi hadiah kepada guru-guru.

Kami berkumpul di dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan. Ada

nyanyian, tarian dan lakonan. Acara-acara yang dipersembahkan sangat menarik.

Selepas itu, guru-guru diraikan dengan jamuan ringan. Pada pukul 11.30 pagi,

semua guru dan murid pulang ke rumah. Guru-guru berasa sangat gembira pada

hari itu.

Sambutan Hari Kanak-kanak

Pada bulan Oktober yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari

Kanak-kanak. Sambutan Hari Kanak-kanak diadakan di dewan sekolah.

Pada hari itu, murid-murid datang awal ke sekolah. Murid-murid berkumpul

di dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan. Ada nyayian, tarian dan

lakonan.

Selepas itu, kami balik ke kelas untuk mengadakan cabutan bertuah.

Kemudian, guru kelas menghidangkan jamuan ringan untuk kami. Kami makan

mi goreng, ayam goreng dan kuih-muih.

Sebelum pulang ke rumah, kami juga mendapat hadiah Hari Kanak-kanak.

Kami berasa gembira pada hari itu.

You might also like