You are on page 1of 4

10 Keperluan barang berunsur teraputik dan bahan bantu mengajar yang perlu ada di kelas

pendidikan khas

(Ini adalah pendapat peribadi saya sebagai seorang terapis carakerja yang terlibat dengan murid
pendidikan khas)

1. Therapy ball/ gym ball

Selain boleh buat core strength training, gym ball boleh dijadikan alat untuk melempiaskan sensori
proprioseptif dan vestibular. Boleh membuatkan murid yang hiperaktif kurang berjalan ke sana ke
mari tanpa arah tuju.

Sangat perlu ada.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

2. Theraputty / plastisin

Untuk latihan finger strength. Bagi menguatkan jari-jemari khas untuk murid yang mempunyai
masalah kemahiran motor halus yang lemah dan belum boleh memegang pensel dengan peganga
tripod (ie: fisted or palmar grasp)

Theraputty boleh juga menjadi fidget toys untuk memberi input menenangkan selain meningkatkan
tumpuan murid sambil menguatkan jari-jemari.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

3. Gunting

Usah pandang aktiviti menggunting adalah berbahaya kerana ia bolehmenjadi aktiviti untuk motor
planning skills.

Kemahiran menggunting ini sangat membantu untuk problem solving skills selain fine motor skills.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

4. Sensory box

Dalam sensory box boleh adakan bahan-bahan seperti (boleh ubah suai mengikut kesesuaian):
- pasir

- Beras berwarna

- Pasta kering

- Gel / slime

- Bottle filled with water and beads

- Relaxing aroma such as lavender etc

- Energising aroma such as peppermint, coffee, lemon etc

- Cermin

- Kertas pasir

- Fluffy cloth / kapas

Cikgu boleh guna sensory box ini dalam set induksi sebelum memulakan PdP.

Semua matapelajaran pun boleh guna sensory box. Boleh letak miniature buah-buah atau kenderaan
atau apa-apa mengikut thematic learning.

Raba-raba dalam sensory box jumpa kereta. Buat bunyi kereta dan ajar warna kereta.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

5. Mesin laminate

Wajibal ghunnah!

Untuk laminate bahan-bahan printable daripada internet untuk digunakan dalam kelas.

Boleh conteng dengan whiteboard marker dan padam semula.

Bahan-bahan PdP yang diperolehi daripada pinterest mengikut DSKP, boleh print dan laminate. Guna
banyak kali. Jimat pokok dan ink.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


6. Plastik pocket

Jika tiada mesin laminate, boleh guna plastik pocket untuk memasukkan printable sheet untuk
diconteng.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️

6. Printer berwarna

Sangat penting untuk print out bahan-bahan printable berwarna daripada internet.

Warna sangat penting untuk mempengaruhi mood murid-murid untuk engage dalam aktiviti PdP.

Takkan nak potostat hitam putih saja selalu. Hehe. Sekali sekala tak apa.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

7. Kon dan gelung dan tunnel

Ini untuk sensory circuit. Sensory circuit meraikan deria sensori proprioseptif, tactile, vestibular dan
visual.

Sensory circuit boleh dijadikan sensory break untuk murid yang hiperaktif atau mempunyai sense of
movement yang tinggi.

Mereka sangat suka ini!!

Kalau budget cikgu sekecil semut, boleh buat sensory circuit sendiri yang ada unsur lompat,
merangkak, membaling, menyeimbang badan, berjalan, berlari dan memanjat. Boleh guna alam
sekeliling sebagai bahan.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

8. Marker pen berwarna (whiteboard dan permanent)

Sangat bagus untuk dijadikan bahan penulisan atas plastik laminate.


Boleh ajar genggaman pensel juga dengan menggunakan marker. Memegang pensel adalah salah
satu aspek perkembangan kanak-kanak.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

9. Velcro

Velcro ni macam zap on yang biasa dilihat pada kasut sekolah. Kasut sekolh putih ada, kasut sekolah
hitam pun ada. 😄

Tak kisahlah kasut warna apa, janji pakai kasut pi sekolah no. 😅

Velcro ni untuk guna dalam PdP tanpa menggunakan pensel dan kertas. Cikgu hanya biarkan murid
match-match dengan zap on sahaja. Tak perlu tulis. Tak perlu kata apa-apa kecuali memberikan
arahan dan memberi respons 😄.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

10. Bola tenis

Aktiviti menggunakan bola sangat berguna untuk latihan koordinasi mata dan tangan serta dexterity
of the hands.

Boleh main sambut-sambut masa set induksi. Bagi gerak sikit otot-otot sabagai body awakening
activities.

Kenapa bola tenis? Sebab bola tenis sifatnya melantun-lantun dan ini amat baik untuk focus training
dan eye tracking skills.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Hehe

You might also like