You are on page 1of 11

Format Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA)

NAMA PESERTA

NO. K/P Sekiranya perlu disertakan


TARIKH HARI
MASA Masa, tarikh dan hari merujuk kepada jadual pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak

UMUR Umur kanak-kanak perlu BIL KANAK-


dinyatakan mesti tepat KANAK
TEMA Tema mengikut pihak institusi atau ditentukan oleh Guru
TAJUK Tajuk aktiviti yang dipilih oleh guru mengikut tema dan aktiviti yang
ditetapkan
BIDANG • Bidang yang telah ditetapkan oleh PERMATA
PEMBELAJARAN 1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
FOKUS 2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
3. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
5. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

PENGETAHUAN Konsep pengetahuan yang sudah sedia ada pada kanak-kanak


SEDIA ADA
(PSA)
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran kanak-kanak akan dapat:

(Objektif Fokus)
1.Membolehkan kanak-kanak

(Objektif gabung jalin 1)


2. Membolehkan kanak-kanak

(Objektif gabung jalin 2)


3.Membolehkan kanak-kana

Perhatian:
• Objektif adalah aspek kemahiran atau pengetahuan yang kanak-kanak
peroleh selepas sesi p&p mengguunakan konsep SMART
• Untuk meningkatkan kebolehan kanak-kanak kepada tahap yang lebih
tinggi dari aras PSA

1
• Boleh diukur dan dinilai dan mengikut peringkat perkembangan kanak-
kanak

Contoh ayat yang boleh diukur:


• Membaca, mengetahui, mengenal, mengecam, menamakan, mencaritakan,
menunjukkan, menyebut, melukis, menyusun, mengelaskan, membezakan,
mengasingkan, membilang, menamakan, menyanyikan, melakonkan,
memegang, menghasilkan, menggerakkan,

SENARAI • Keperluan bahan mengikut kesesuaian aktiviti dan tahap perkembangan


BAHAN umur kanak-kanak
AKTIVITI • Bahan adalah maujud, semi maujud, gambar,

RUANG

LANGKAH- • Penerangan aktiviti hendaklah secara terperinci 10 langkah minima atau


LANGKAH 15 langkah maksima
PELAKSANAAN

1. Permulaan
pengajaran

2. Kandungan
pengajaran dan
pembelajaran
untuk mencapai
objektif

Langkah
Kontigensi • Setiap rancangan pengajaran harus mempunyai langkah-langkah lain
(menjurus objektif dengan mengambil kira reaksi kanak-kanak dan kebolehan kanak-kanak
pertama) untuk menjalankan aktiviti

3. Penutup

4. Perhatian • Perlu diberikan perhatian kepada keselamatan, masa, bahan/ABM,


tempat aktiviti dan sebagainya.

1. Keselamatan
2. Kebersihan
3. Kesihatan

2
Refleksi 1. Penilaian:
terhadap kanak-kanak secara keseluruhannya
kebolehan, penglibatan dan pencapaian

2. Kekuatan:
Cara aktiviti dikendalikan
Kesesuaian aktiviti dengan umur kanak-kanak

3. Kelemahan
Cara aktiviti dikendalikan
Kesesuaian aktiviti dengan umur kanak-kanak

*PERHATIAN*
Refleksi hanya boleh ditulis selepas sesi pengajaran dan pembelajaran telah
berjaya dilaksanakan

3
CONTOH RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Peserta: AISYA ANUR BINTI AHMAD


No. K/P : 123456-07- 8900
Hari, Tarikh: Khamis (25/11/2021)
Masa : 20 minit
Umur: 3 tahun Bil Kanak-kanak: 4 orang
Tema: Kawan saya

Tajuk: Menolak bola kertas mengguna straw

Bidang
Pembelajaran fokus Perkembangan Fizikal dan Psikomotor

Pengetahuan/ Kanak-kanak sudah boleh mengerakkan straw ke hadapan dan ke belakang


kemahiran Sedia
Ada (PSA):
Objektif Pada akhir proses Pengajaran dan pembelajaran:
Pembelajaran
1. Kanak-kanak boleh menolak bola kertas melepasi garisan dengan mengguna
straw. (Objektif Perkembangan Fizikal)
2. Kanak-kanak boleh rasa tekstur bola kertas seperti kasar.
(Objektif Perkembangan DPDP) ( Objektif gabung jalin 1)
3. Kanak-kanak boleh luahkan perasaan gembira apabila berjaya menolak dan
meniup bola melintasi garisan (Perkembangan SSEK)….(Objektif gabung
jalin 2)
Senarai bahan/alat 1. Straw
(aktiviti dan 2. Potongan kertas warna untuk buat bola kecil dan besar
kontigensi 3. Bekas-bekas
4. Tape pelekat untuk buat garisan

Ruang/Tempat Dalam bilik aktiviti


Aktiviti
Langkah-langkah
Perlaksanaan: 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke kawasan terbuka diluar Taska
2. Pendidik bermesra dengan kanak-kanak dengan cara menggerakkan straw ke
hadapan.
1. Permulaan 3. Induksi kepada aktiviti yang hendak dijalankan
Pengajaran o Hari ini kita akan bermain tolak bola menggunakan straw.

4
▪ Adik-adik suka tak?
o Kita akan guna bola-bola kertas dan straw yang berlubang kecil dan
besar.
o Nanti adik-adik tolak bola dengan kawan-kawan adik sampai ke garisan.

2. Kandungan 4. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menggerakkan straw secara bebas dan


Pengajaran dan juga ke hadapan atau kebelakang. (Perlaksanaan untuk mengukur PSA)
Pembelajaran 5. Beri pujian kepada kanak-kanak.
(untuk mencapai 6. Galakkan kanak kanak menolak bola kertas kecil melepasi garisan dengan
3 objektif) menggunakan straw. (Laksanakan Obj fokus)
7. Letak bola kertas di atas lantai.
8. Beri straw kepada kanak-kanak
9. Buat satu garisan di depan kanak-kanak jarak 1 meter.
10. Galakkan kanak menolak bola kertas kecil melepasi garisan dengan
menggunakan straw.
11. Beri pujian bila berjaya.
12. Ulangi aktiviti bersama kanak-kanak lain.
13. Galakkan kanak-kanak merasa tektur bola-bola yng telah direnyuk. (Gabung
jalin 1)
14. Galakkan kanak-kanak luahkan perasaan kegembiraan bila berjaya meniup
bola-bola kertas. (Gabung jalin 2)

Langkah Kontigensi i. Jika kanak-kanak berjaya galakkan kanak-kanak ulangi aktiviti


(menjurus objektif dengan menolak bola lebih jauh.
pertama) ii. Beri pujian kepada kanak-kanak
iii. Jika kanak kanak tidak berjaya bimbing kanak-kanak menolak bola
kertas dalam jarak dekat.
iv. Beri pujian kepada kanak-kanak bila berjaya

3. Penutup 15. Imbas kembali aktiviti bersama kanak-kanak /bersoal jawab/ menyanyi.
Tanya kanak-kanak apa yang mereka sudah berjaya laksanakan.
16. Bersama kanak-kanak mengemas bahan yang diguna
17. Ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak
18. Serahkan kanak-kanak kepada pengasuh

4. Perhatian i. Keselamatan

a. Pastikan ruang aktiviti tidak basah/licin


b. Pastikan straw yang di guna tidak tajam/ terlalu pendek.

ii. Kebersihan
a. Basuh tangan selepas jalankan aktiviti
b. Pakai kasut jika aktiviti dilaksanakan diluar.

5
iii. Kesihatan
a. Pastikan kanak-kanak tidak deman atau sakit.

5. Refleksi

6
CONTOH RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Peserta: AIMA WAHIDAH BINTI MOHAYADIN


No. K/P : 123456-07- 8900
Hari, Tarikh: Khamis (25/11/2021)
Masa : 20 minit
Umur: 3 tahun Bil Kanak-kanak: 4 orang
Tema: Warna

Tajuk: Mari Mengenal Warna

Bidang
Pembelajaran fokus Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik

Pengetahuan/ Kanak-kanak sudah mengenal warna biru


kemahiran Sedia
Ada (PSA):
Objektif Pada akhir proses Pengajaran dan pembelajaran:
Pembelajaran
1. Kanak-kanak boleh mengenal warna oren, hijau dan ungu (Objektif 1:
Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik)
2. Kanak-kanak boleh memadankan kad imbasan warna yang sama dengan objek
di persekitaran (Objektif 2: Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia
Persekitaran)
3. Kanak-kanak boleh meluahkan perasaan gembira apabila berjaya
mengoyangkan kad imbasan warna yang sama dengan objek di persekitaran
dengan betul. (Objektif 3: Perkembangan Sahsiah, Sosio-emosi dan
Kerohanian)

Senarai bahan/alat
(aktiviti dan 1. Kad Imbasan warna
kontigensi 2. Objek di persekitaran
Ruang/Tempat Dalam bilik aktiviti
Aktiviti
Langkah-langkah
Perlaksanaan: 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti
2. Pendidik bermesra bersama kanak-kanak dengan membuat senaman ringan
sambal berbual.
3. Induksi kepada aktiviti yang hendak dijalankan:
Permulaan
• Guru memainkan video lagu yang bertajuk “Mengenal warna’’ dan
Pengajaran menyanyikan lagu tersebut bersama kanak-kanak.
• Guru memberitahu tentang warna-warna yang ada dalam lagu yang
dinyanyikan tadi.

7
• Guru menunjukkan kad imbasan warna oren, hijau dan ungu kepada
kanak-kanak.

Kandungan 4. Pendidik menerangkan aktiviti yang akan dijalankan kepada kanak-kanak iaitu
Pengajaran dan ‘Mengenal warna dan objek di persekitaran’
Pembelajaran (untuk 5. Pendidik menunjukkan warna biru pada objek yang ada di persekitaran kelas
mencapai 3 objektif) dan meminta kanak-kanak untuk meneka warna tersebut. . (Perlaksanaan
untuk mengukur PSA)
6. Pendidik menampal kad imbasan warna oren, hijau dan ungu pada dinding
dan mencabutnya apabila berjaya memegang objek yang ada di persekitaran.
7. Pendidik memberi kad imbasan warna oren, hijau dan ungu kepada kanak-
kanak.
8. Pendidik menunjukkan objek yang dipegang dan meminta kanak-kanak
mengoyangkan kad imbasan warna oren, hijau dan ungu yang sama dengan
objek di persekitaran.
9. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya.
10. Pendidik meminta kanak-kanak untuk memadankan kad warna yang dipegang
dengan objek yang sama warna dalam persekitaran mereka.
11. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya.
12. Pendidik bertanya mengenai perasaan kanak-kanak selepas mereka
melaksanakan aktiviti.

Langkah Kontigensi
(menjurus objektif i. Jika kanak-kanak berjaya, pendidik menambah warna lain seperti kuning dan
pertama) hitam.
ii. Beri pujian kepada kanak-kanak.
iii. Jika kanak-kanak tidak berjaya, memberi bimbingan dengan memberitahu tentang
warna
iv. Beri pujian bila kanak-kanak berjaya.

Penutup 13. Pendidik mengimbas kembali pembelajaran pada hari tersebut dengan
memberitahu kepada kanak-kanak tentang warna-warna yang dipelajari hari ini
14. Pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak
Perhatian 1. Keselamatan
Pastikan ruang aktiviti tidak basah atau licin
Pastikan peralatan yang digunakan tidak membahayakan kanak-kanak

2. Kebersihan
Basuh tangan selepas jalankan aktiviti

3. Kesihatan
Pastikan kanak-kanak berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk melakukan
aktiviti

8
Refleksi

CONTOH RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

9
Nama Peserta: Noor Hanim
No. K/P : 123456-07- 8900
Hari, Tarikh: Khamis (25/11/2021)
Masa : 20 minit
Umur: 4 tahun Bil Kanak-kanak: 4 orang
Tema: Terbang

Tajuk: Layang-layang

Bidang
Pembelajaran fokus Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

Pengetahuan/ Kanak-kanak sudah boleh memberitahu benda atau haiwan yang boleh terbang
kemahiran Sedia seperti burung dan kapal terbang
Ada (PSA):
Objektif Pada akhir proses Pengajaran dan pembelajaran:
Pembelajaran

4. Kanak-kanak boleh menyebut dan mengecam perkataan layang-layang (Objektif


PBKLA)
5. Kanak-kanak boleh menghias layang-layang mengikut kreativiti sendiri .
( Objektif gabung jalin 1: PKE)
6. Kanak-kanak boleh menerbangkan layang-layang ke atas (Objektif gabung jalin
1: PKE)
Senarai bahan/alat 1. Layang-layang kertas siap sedia
(aktiviti dan 2. kad bergambar layang-layang
kontigensi 3. Sticker bunga untuk hiasan
4. Ribbon

Ruang/Tempat Ruang aktiviti dan ruang luar bilik darjah


Aktiviti
Langkah-langkah 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti
Perlaksanaan: 2. Pendidik beramah mesra dengan kanak-kanak menyanyi lagu “Terbang
burung terbang” bersama-sama.
Lirik lagu
Permulaan Terbang burung terbang
Pengajaran Tinggi di awan
Bebas di angkasa
Berkawan-kawan
Makan di bendang
Ulat belalang
Bila dah kenyang

10
Tentu akan pulang.

3. Pendidik memberitahu tajuk pembelajaran yang akan dijalankan


“Hari ini cikgu nak tunjukkan satu benda”
“Benda ni boleh terbang”

Kandungan 4. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menyebut haiwan atau benda yang boleh
Pengajaran dan terbang (PSA)
5. Pendidik menunjukkan gambar layang-layang kepada kanak-kanak.
Pembelajaran (untuk
6. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menyebut dan mengenal perkataan layang-
mencapai 3 objektif) layang. (Objektif 1)
7. Pendidik bersoal jawab mengenai layang-layang dengan kanak-kanak.
8. Pendidik memberikan kanak-kanak layang-layang dan bahan-bahan hiasan.
9. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menghias layang-layang mengikut
kreativiti sendiri (Objektif 2)
10. Pendidik membawa kanak-kanak keluar bilik darjah
11. Pendidik menunjukkan dan memberitahu cara menaikkan layang-layang ke atas.
12. Pendidik menggalakkan kanak-kanak menerbangkan layang-layang ke atas.
(Objektif 3)
13. Pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak
Langkah Kontigensi
(menjurus objektif i Jika kanak-kanak berjaya menyebut layang-layang, galakkan kanak-kanak untuk
pertama) mengeja perkataan layang-layang tersebut.
ii Beri pujian kepada kanak-kanak.
iii Jika kanak-kanak tidak berjaya, galakkan kanak-kanak sebut secara berulang
perkataan layang-layang tersebut.
iv Beri pujian kepada kanak-kanak bila berjaya

Penutup 14. Pendidik mengimbas semula pembelajaran dengan meminta kanak-kanak


menyebut semula perkataan laying-layang.
15. Pendidik bersama kanak-kanak mengemas bahan yang diguna.
16. Ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak
Perhatian
1. Keselamatan
- Memastikan bahan yang digunakan tidak merbahaya
- Memastikan kawasan pembelajaran dijalankan selamat
2. Kebersihan
- Memastikan peralatan bersih dan tidak kotor
- Memastikan kawasan dalam dan luar kelas bersih dan tidak licin
3. Kesihatan
- Memastikan kanak-kanak sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti

Refleksi

11

You might also like