You are on page 1of 2

Refleksi Program Bersama Pelajar Asnaf

Pada 14/3/2015 (Sabtu) telah diadakan program bersama Pelajar Asnaf Lembaga Zakat
Negeri Selangor dengan kerjasama pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Matematik yang
mengambil subjek Asas Pendidikan Matematik (GGGE6633) dibawah bimbingan Dr.
Roslinda Rosli dan Dr. Siti Mistima Maat. Pelajar asnaf yang terlibat terdiri daripada murid
yang bakal menduduki peperiksaan umum iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Objektif program ini dijalankan ialah memberikan
pendedahan dan motivasi kepada para pelajar untuk mempelajari dan menghargai matematik
dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Pelajar yang menyertai kebanyakannya adalah anak-anak yatim yang kehilangan bapa
atau ibubapa dan menerima bantuan daripada Pusat Zakat Negeri Selangor. Setelah
berkenalan semasa menjalankan aktiviti, didapati pelajar-pelajar ini kesemuanya tinggal di
asrama dan diberikan bantuan wang bulanan untuk meringankan beban keluarga mereka.
Meskipun para pelajar ini tinggal berjauhan dengan ibubapa dan keluarga, mereka tetap
mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi seperti mana rakan sebaya mereka yang
tinggal dengan ibubapa dan keluarga.
Program ini dikendalikan dalan 2 kumpulan besar untuk melaksanakan aktiviti
berdasarkan peringkat umur pelajar yang menyertainya. Kumpulan UPSR dikendalikan oleh
pelajar sarjana yang merupakan guru-guru sekolah rendah dan kumpulan PT3 dikendalikan
oleh pelajar sarjana yang merupaka guru-guru sekolah menengah dan pelajar graduan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan. Pelajar sarjana dibahagikan kepada dua kumpulan besar mengikut
pilihan masing-masing sama ada mahu mengendalikan pelajar sekolah rendah ataupun pelajar
sekolah rendah. Saya merupakan guru sekolah rendah maka saya memilih untuk
mengendalikan pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menyertai program ini.
Memilih untuk mengendalikan para pelajar tahun 6 memberikan saya kelebihan
kerana saya sudah berpengalaman untuk mengendalikan pelajar yang berumur antara 7
hingga 12 tahun. Pelajar yang berada didalam lingkungan umur ini sangat sukakan permainan
dan amat senang untuk menyerap apa sahaja ilmu yang diberikan kepada mereka terutamanya
dalam bentuk rekreasi matematik atau permainan matematik. Ini kerana pada peringkat umur
sebegini mereka lebih cenderung dengan pendekatan main sambil belajar. Pendekatan main
sambil belajar saya aplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran saya disekolah
terutamanya dengan murid saya di tahun 2.
Oleh itu sebelum program ini dilaksanakan, pada 12/3/2015 (Khamis) selepas sesi
PdP subjek Asas Pendidikan Matematik kami telah berbincang dan bersepakat untuk
melaksanakan sistem stesen yang berasaskan permainan yang mempunyai kaitan dengan
sukatan pelajaran KBSR matematik. Antara unit yang terlibat ialah ruang dan bentuk,
pecahan dan nombor bulat. Sebanyak 4 stesen akan dijalankan dan dikendalikan oleh 3 orang
pelajar sarjana sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar dalam aktiviti yang akan
dilaksanakan. Permainan yang dirancang mengikut kreativiti fasilitator kumpulan masingmasing. Bagi stesen 4 yang dikendalikan oleh saya, Nurul Fatihah dan Nadia Fasha kami
memilih untuk melaksanakan aktiviti tangram.
Tangram berasal daripada China Kuno pada zaman dinasti Song dan telah dibawa ke
Eropah oleh pedagang-pedagang eropah pada kurun ke-19. Ahli psikologi china menyifatkan
tangram sebagai satu alat untuk ujian psikologi pertama dunia meskipun ia hanya digunakan
sebagai alat rekreasi matematik pada zaman tersebut. Tangram merupakan kepingan-

kepingan yang dipotong pelbagai bentuk yang asalnya adalah sebuah segiempat sama.
Kepingan-kepingan ini berjumlah 7 keping yang mana setiap keping dipanggil sebangai tan.
Tangram dalam bidang matematik adalah tidak asing kerana ia merupakan bahan bantu
mengajar yang boleh diaplikasikan dalam bentuk-bentuk Geometri seperti Luas dan
Perimeter juga Bentuk 2D. Setiap tan dicantumkan dan disusun untuk membentuk pelbagai
imej seperti orang, haiwan, huruf, dan objek-objek lain. Kepingan tangram terdiri daripada 5
keping bentuk segi tiga sama kaki, 1 keping bentuk segi empat sama dan 1 keping bentuk
segi empat selari.
Dalam aktiviti stesen 4, dengan menggunakan 2 set tangram para pelajar diminta
untuk membaling dadu dan membentuk gambar berdasarkan nilai dadu tersebut. Nilai dadu
akan memberikan petunjuk gambar mana yang perlu dibentuk berdasarkan 5 ketagori kad
yang mempunyai bentuk dan gambar. Pada stesen ini, murid dibahagiakan mengikut jantina
dan masa yang diberikan adalah selama 2 minit. Disini boleh dibandingkan antara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan, yang manakah mempunyai keativiti yang tinggi. Melalui
pemerhatian saya pelajar lelaki mempunyai kreativiti yang lebih tinggi daripada pelajar
perempuan semasa melaksanakan aktiviti tangram. Rata-rata pelajar lelaki dapat
menyelesaikan bentuk dibawah 2 minit atau 2 minit 30 saat. Manakala pelajar perempuan
mengambil masa lebih lama untuk menyelesaikan bentuk yang telah dipilih. Daripada
permainan ini juga, murid dapat menjana idea, kreativiti dan kemahiran penyelesaian
masalah.
Terdapat satu kumpulan yang pelajar lelakinya sangat kreatif berbanding dengan
kumpulan lain. Kedua pelajar ini sentiasa bersemangat dan mempunyai daya saing yang
tinggi untuk menyelesaikan sebanyak mana bentuk yang boleh dalam 10 minit masa yang
diperuntukkan bagi setiap stesen. Dan pada mengamatan saya mereka berdua sentiasa
bersemangat disepanjang program ini dijalankan bukan sahaja di stesen kami tetapi juga di
stesen-stesen lain juga.
Secara keseluruhannya program ini berjaya memberikan satu ilmu baharu kepada
pelajar-pelajar ini yang tidak dipelajari disekolah mereka. Pelajar boleh berkongsi ilmu yang
dipelajari dengan rakan-rakan disekolah dan ini akan melatih kemahiran menyampaikan
maklumat mereka. Dengan adanya program sebegini para pelajar akan dapat membuka minda
terhadap matapelajaran matematik yang secara tipikalnya dianggap susah dan sukar oleh
pelajar bukan sahaja sekolah rendaj tetapi juga pelajar sekolah menengah. Matematik bukan
sahaja pengiraan yang komplek dan sukar tetapi matematik juga mempunyai keindahan dan
magisnya yang tersendiri yang dapat memukau sesiapa yang mempelajarinya. Pelajar-pelajar
tersebut mungkin akan terkejut jika dikatakan bahawa matematik boleh membantu dalam
pencarian cinta.
Untuk saya sendiri, saya banyak mempelajari cara pengawalan kelas yang melibatkan
pelajar yang tidak saya kenali dan juga melatih kemahiran penyampaian makluat saya.
Disamping itu, saya juga dapati bahawa kemahiran saya menjangka atau membaca pelajar
dari segi gerak gaya dan sikap mereka meningkat. Kemahiran ini penting untuk membantu
saya untuk melaksanakan pengawalan semasa murid melaksanakan aktiviti. Agar aktiviti
yang dilaksanakan dapat memberikan impak yang optimum kepada pelajar yang terlibat.

You might also like