You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM KAD SIFIR


TAHUN 2021
Peringkat SK Kampung Tanam

Anjuran:
Panitia Matematik
Pengenalan

Program Kad Sifir dilaksanakan untuk memantapkan penguasaan sifir di


kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Program ini dilaksanakan setiap minggu
dan murid hanya perlu membaca satu sifir sahaja untuk 1 minggu.
 Pembacaan sifir tidak boleh melebihi 3 minit.
 Guru akan bertanya 3 soalan sahaja selepas murid membaca sifir.
 Sifir yang dibaca ialah sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11 dan 12.
 Setiap minggu murid mesti membaca sifir yang berbeza.

Matlamat

Program ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang pintar dan


menguasai sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11 dan 12 serta dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Matematik.

Objektif

1. Murid-murid menghafal dan menguasai sifir 2 hingga 12.


2. Memudahkan murid-murid menjawab soalan-soalan asas terutamanya
soalan-soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi tanpa perlu merujuk
sifir.
3. Menambahkan keyakinan murid dan dalam masa yang sama menjimatkan
masa murid menjawab soalan-soalan ujian tanpa perlu merujuk sifir.
4. Menjadikan amalan membaca sifir sebagi sebahagian hidup.

Anjuran
Panitia Matematik

Sasaran
Murid-murid SK Kampung Tanam (Tahap 2)

Tarikh Perlaksanaan
Tarikh : Bulan Mac hingga Disember 2021
Tempat : SK Kampung Tanam, Dalat
Jawatankuasa Program Kad Sifir

Pengerusi : En. Maurice Josaphat Jepun


(Guru Besar)

Penolong Pengerusi : En. Edmund Bin William Otoi


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Setiausaha : Pn. Claire Anak Bujang

Penolong Setiausaha : Cik Wong Yun Yu

Ahli Jawatankuasa : En. Khairul Izzuddin Bin Zaini


Pn. Stella Hii Jiunn
Contoh Kad Sifir / Rekod Penilaian Murid:
Muka depan Kad Sifir

Bahagian dalam Kad Sifir


Sesi Penilaian Guru
Murid membaca sifir yang telah dihafal
Rekod Penilaian Guru
Penutup

Dengan perlaksanaan program ini, kami menjangka dapat melahirkan murid-


murid yang berkualiti dalam mata pelajaran Matematik dan dalam masa yang sama
dapat meningkatkan peratus lulus Matematik.

Adanya program ini, diharap murid-murid dapat memanfaatkan kemahiran


yang diperoleh dan lebih berkeyakinan diri untuk cemerlang dalam mata pelajaran
Matematik.

Akhir sekali, program ini dapat menjana semangat kerjasama di kalangan


para guru dan murid-murid serta dapat mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan
oleh sekolah ini.

Sekian,
Terima kasih.
Panitia Matematik SK Kampung Tanam, Dalat.

You might also like