You are on page 1of 3

தேசிய வகை சுங்கை தமிழ்ப்பள்ளி

35600 சுங்கை, பேராக்.


SJK (T) SUNGKAI
35600 SUNGKAI, PERAK D.R.
Kod Sekolah : ABD0077 Tel/Faks : 05-4388116
E-Mel : abd0077@moe.edu.myP
________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEEMPAT SESI 2023/ 2024

Tarikh : 31 JANUARI 2024 (RABU)


Masa : 2.10 TENGAH HARI – 3.00 PETANG
Tempat : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN

1. EN.G. THIARAN (GURU BESAR)


2. PN. K. VISALACY (PENOLONG KANAN KURIKULUM)
3. PN. R. SHARMINI ( KETUA PANITIA MATEMATIK)
4. PN. N. PARUWATHY
5. PN. S. INTHRA

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pn R. Sharmini mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa panitia Matematik dalam
mesyuarat kali keempat bagi tahun 2023/2024.

Tindakan : Makluman

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Dicadangkan oleh Puan Paruwathy dan disokong oleh Puan Inthra.

Tindakan : Makluman
3.0 Perkara berbangkit

3.1 Guru yang masuk mengajar perlu tegaskan kawalan kelas serta menepati masa semasa PdP.
Pastikan keadaan adalah kondusif untuk PdP.

1
3.2 Guru perlu mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran dengan membuat ABM
yang sesuai dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah. Amalkan PA21
didalam kelas dimana PdP berpusatkan murid.
Tindakan : Semua guru matematik

4.0 Pengurusan Panitia

4.1 Sukatan dan Rancangan Mata Pelajaran: Guru-guru hendaklah menjalankan PdP berpandukan
kepada rancangan pengajaran tahunan.
4.2 Rancangan pengajaran tahunan perlu disamakan format dan mesti ditaip.
4.3 Penulisan refleksi dibuat berdasarkan objektif. Ayat objektif PdP perlu ditulis semula dalam
refleksi.

Tindakan : Semua Guru


5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pengerusi membentangkan keputusan Matematik bagi setiap kelas.
5.2 Perbincangan antara sebab kegagalan murid dalam subjek matematik adalah kerana :
Tahun 1 - Terdapat murid yang masih tidak tahu membaca.
- Murid gagal menjawab soalan penyelesaian masalah.
Tahun 2 - Lemah operasi asas.
- Murid gagal menjawab soalan penyelesaian masalah.
Tahun 3 - Soalan penyelesaian masalah sukar dijawab kerana masalah sukar faham dan malas
membaca masalah yang diberi.
Tahun 4 - Murid-murid lemah dalam soalan berdasarkan rajah.
-Tidak menguasai sifir
Tahun 5 - Murid boleh menjawab tajuk yang baru diajar tetapi tidak dapat menguasai tajuk
lama.
Tahun 6 -Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan berkaitan
penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.
-Cuai dan tidak mengariskan kata kunci soalan.
-Tidak dapat menukar soalan penyelesaian masalah yang mudah kepada ayat
metematik.
5.3 Langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk mengatasi kelemahan ialah :
1. Perbanyakkan latihan berbentuk soalan peperiksaan sebenar.
2. Congak sifir 5 minit sebelum mula kelas.
3. Bengkel teknik menjawab soalan Matematik.

2
4. Murid-murid diminta menghafal terus nilai pecahan dalam topik-topik seperti Nombor
perpuluhan, Jisim, Isipadu, Panjang dan sebagainya.

Tindakan : Semua guru


6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru.


6.2 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat memberi tumpuan dan lebih komited
terhadap tugas terutamanya dalam bidang kokurikulum di samping dapat menjalankan tugas
dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
6.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.00 petang dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh : Disahkan oleh :

(PARUWATHY A/P NATHAMUNY) (VISALACY A/P KANGAN) (THIARAN A/L GANDIAPPAN)


SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK PK PENTADBIRAN GURU BESAR

You might also like