You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TANAM, DALAT

CADANGAN KERTAS KERJA


MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

1.0 Pendahuluan

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik
SK Kampung Tanam. Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Sains dan Matematik.
Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Kampung Tanam terhadap mata
pelajaran Sains dan Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi
perangsang kepada pelajar SK Kampung Tanam supaya minat terhadap mata pelajaran sains
dan teknologi serta matematik dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif
dan inovatif.

2.0 Matlamat
2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan
matematik dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2      Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3      Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan.
2.4      Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan
teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua
iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
2.5      Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan
secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara
iaitu konsep ”1 Malaysia”.

3.0 Objektif Program


3.1      Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
3.2      Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan
Matematik.
3.3      Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4      Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah
ditetapkan.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga
pendidik SK Kampung Tanam
5.0 Tarikh Pelaksanaan

5.1 Tarikh :
5.2 Hari : Selasa – Jumaat
5.3 Masa : Waktu P&P Sains dan Matematik

6.0 Tempat

7.1 Kelas masing-masing

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : En. Maurice Josaphat Jepun
Pengerusi : En. Edmund bIn William Otoi
Setiausaha : Pn. Claire Anak Bujang (Ketua Panitia Matematik)
Pn. Stella Hii Jiunn (Ketua Panitia Sains)
Bendahari : Cik Rohaini Binti Nawi

AJK : Semua Guru Sains & Matematik

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Perbelanjaan Panitia Sains

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Sains Tempat 1 (18 x RM 5) 90
Tempat 2 (18 x RM 4) 72
Tempat 3 (18 x RM 3) 54

Jumlah 216

8.2 Anggaran Perbelanjaan Panitia Matematik

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Matematik Tempat 1 (18 x RM 5) 90
Tempat 2 (18 x RM 4) 72
Tempat 3 (18 x RM 3) 54

Jumlah 216

8.3 Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Panitia Sains 54 216
2. Panitia Matematik 54 216
Jumlah 432

9.0 Jadual Pelaksanaan

9.1 Panitia Sains

Hari Aktiviti Masa Guru Bertugas


Selasa Kuiz Sains 10.30 – 11.00  Pn. Stella
(6.10.2015) Tahun 1&2
Rabu Kuiz Sains 11.00 – 11.30  Cik Wong
(7.10.2015) Tahun 3&4
Khamis Kuiz Sains 11.00 – 11.30  Cik Wong
(8.10.2015) Tahun 5&6
Jumaat Majlis Penutup & 7.45 – 8.15  Semua guru DLP
(9.10.2015) Penyampaian Hadiah

9.2 Panitia Matematik

Hari Aktiviti Masa Guru Bertugas


Selasa Kuiz Matematik 9.40 – 10.10  Cik Wong
(6.10.2015) Tahun 1&2
Rabu Kuiz Matematik 9.40 – 10.10  En. Khairul
(7.10.2015) Tahun 3&4
Khamis Kuiz Matematik 10.10 – 10.40  Pn. Claire
(8.10.2015) Tahun 5&6
Jumaat Majlis Penutup & 10.10 – 10.40  Semua Guru DLP
(9.10.2015) Penyampaian Hadiah

10.0 Penutup

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian murid dalam
subjek Mathematics dan Sains

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. …………………………………..
(Pn. Claire Anak Bujang) (En. Edmund Bin William Otoi)
Ketua Panitia Matematik Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kampung Tanam, Dalat SK Kampung Tanam, Dalat

You might also like