You are on page 1of 10

KERTAS CADANGAN

PROJEK STEM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUTRA 2

2022

TARIKH :
OGOS-JANUARI 2023
TEMPAT : SMK BANDAR PUTRA 2

1
KERTAS KERJA PROJEK STEM
TAHUN 2022
1. NAMA PROGRAM:
Projek STEM

2. TEMA :
‘Inovasi Teknologi Sains Dan Matematik Pemacu Transformasi”

3. MATLAMAT PROGRAM:
3.1 Memupuk sikap suka kepada sains dan matematik serta mengaplikasikan ilmu sains dan
matematik dalam kehidupan seharian.
3.2 Membuka peluang meneroka alam sains dan Matematik di luar bilik darjah melalui
pertandingan dan permainan
3.3 Menambah pengetahuan tentang perkara yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik.
3.4 Menambahkan minat dan pengetahuan pelajar terhadap sains dan matematik
3.5 Menggerakkan minda dan fizikal pelajar untuk lebih aktif dalam aspek akademik.
3.6 Melahirkan murid yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara
berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1
Malaysia
4. OBJEKTIF PROGRAM:
4.1 Menggalakkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik
dalam kehidupan seharian.
4.2 Menyokong Pendidikan STEM yang bertunjangkan (Dasar 60:40) dasar 60% Sains dan 40%
Sastera.
4.3 Menyediakan platform untuk berbincang dan berkongsi maklumat , pengalaman serta hasil
penyelidikan tentang isu terkini, cabaran dan strategi memartabatkan STEM di kalangan
pelajar.
4.4 Mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi.
4.5 Menjadikan sains dan matematik sebagai satu subjek yang digemari di sekolah.
4.6 Menyedarkan murid bahawa Sains dan Matematik adalah mata pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda
4.7 Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan
seyerusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

2
5. JANGKAMASA PROGRAM: Julai sehingga Januari 2023
6. KUMPULAN SASARAN: Semua murid Tingkatan 1 hingga 3 SMK Bandar Putra 2

7. ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Item Kuantiti Harga / Unit Jumlah

B) Banner Laluan STEM 5x2 kaki-(3 Unit) Rm35 RM149


8x2 kaki-(1 Unit) Rm 44
Papan kenyataan (soft 2x3 kaki – ( 6 Unit) Rm55 RM330
board)
Poster STEM 1x2 Kaki (10pcs) RM 70.00

Banner 1 Minggu 1 3x2 kaki x6 unit Rm10 RM60


Kerjaya

JUMLAH RM 1286

8. SUMBER KEWANGAN:

8.1 Koperasi RM 1286.00


Jumlah RM 1286.00

9. JAWATANKUASA PELAKSANA:

3
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROJEK STEM
SMK BANDAR PUTRA 2, KULAI

Penasihat : Pn.Hjh. Shahriah Bt Jalaluddin


Pengerusi : En. Zaini Bin Shaaban
Naib Pengerusi 1 : Pn. Maryati Binti Kemat
Naib Pengerusi 2 : Pn. Iswani Binti Mohd Sanip
Penyelaras : Pn. Faridah Binti Yunus
Setiausaha : Pn Hazirah Binti Razali
Naib Setiausaha : Pn. Siti Nur Aisyah Bt Asri

Ahli Jawatankuasa :

Bil Aktiviti Penyelaras Catatan


1 Laluan STEM 1. Kharween Arbaeyah (Ketua)
2. Nor Ellya Shahirah Bt Hassan Menguruskan projek
3. Faizah Bt Nor Azhari mengikut perancangan

2 STEM Corner di Kelas 1. Hani Nadhirah (Ketua)


2. Nadirah Bt Fudzi
3. Nor Haniza Bt Saad
3 1 Minggu 1 Kerjaya 1. Rohazira Razalli (Ketua)
2. Nur Liyana Hassan

4 STEM Talk 1. Nor Hafizah Ali Bersama bantuan murid


2. Istikamah Binti Hedzir
3. Nor Baizura Abd Wahab

5 Pertandingan Sudoku 1. Norziati Md. Salleh menyediakan soalan Sudoku


dan mengedarkan kepada
2. Roselishan Abd. Ghani semua guru Matematik.
*Seorang pemenang untuk
setiap kelas.

4
6 Explorace STEM 1.Izzah Syahirah Zahari Membuat persiapan rapi
2.Surati Binti Mohamed Mobin bagi melaksanakan setiap
aktiviti dan dari segi:
3.Mohammad Sopian B Zakaria a) Pemilihan peserta
b) Menetapkan masa
pelaksanaan
c) Penyediaan bahan
d) Penyediaan tempat
e) Mengemas semula
tempat
f) Penilaian dan
penghakiman

10. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar aktiviti yang dijalankan sepanjang Projek STEM ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya oleh semua pihak dan menarik minat murid-murid untuk lebih meminati bidang
Matematik dan Sains seterusnya melahirkan pelapis-pelapis kepada pakar STEM pada masa akan datang.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH

HAZIRAH RAZALI FARIDAH BT YUNUS HJH. SHAHRIAH BT JALALUDDIN


Penyelaras STEM Penyelaras Program, Pengetua
SMK Bandar Putra 2 Ketua Bidang Sains & Matematik SMK Bandar Putra 2, Kulai.

5
CONTOH:

LAMPIRAN PERATURAN PERTANDINGAN

1 PERTANDINGAN SUDOKU

Syarat Pertandingan

 Pertandingan ini terbuka kepada setiap seorang murid sahaja.


 Penyertaan adalah secara individu dan secara online.
 Peserta akan diberi link bagi menjawab SUDOKU ini.
 Peserta perlu mengisi nama penuh dan nama kelas sebelum mula menjawab permainan ini.
 Permainan ini diberikan satu tempoh bagi menjawab soalan SUDOKU ini.
 Peserta perlu memilih satu jawapan yang betul sahaja.
 SUDOKU dimulai dengan hanya beberapa sel yang telah berisi dengan angka.
 Tujuan permainan SUDOKU adalah untuk mengisi setiap sel yang kosong dengan angka 1
hingga 9 yang sesuai. Angka hanya dapat wujud sekali dalam setiap baris dan lajur. Angka hanya
wujud sekali dalam setiap kawasan.

Format Penghakiman

 Terdapat 25 soalan yang perlu dijawab.


 Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang paling singkat dan markah yang paling tinggi.

6
Hadiah Pertandingan

SETIAP KELAS MEMPUNYAI SATU PEMENANG SAHAJA YANG PALING AWAL DAN
PALING TEPAT

Hadiah - Rm 2 x 36 pemenang

 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. EXPLORACE STEM

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

EXPLORACE STEM

1) LAPAN KUMPULAN TERAWAL YANG MENDAFTAR SAHAJA AKAN DIPILIH.


2) SETIAP KUMPULAN PERLU MEMBAYAR RM 5.00 SEBAGAI YURAN PENYERTAAN. KUMPULAN
YANG MEMBAYAR SEMASA MENDAFTAR SAHAJA AKAN LAYAK BERTANDING.
3) SETIAP KUMPULAN PERLU MEMPUNYAI 5 ORANG PESERTA SAHAJA.
4) SETIAP KUMPULAN YANG BERTANDING PERLU RIMUP (IAITU MESTI MEMPUNYAI BANGSA
MELAYU, CINA DAN INDIA ATAU BANGSA LAIN).
5) DIGALAKKAN SETIAP KUMPULAN MEMPUNYAI MURID DARIPADA TINGKATAN 1 – 5.
6) KUMPULAN YANG MEMINTA BANTUAN DARIPADA PIHAK LUAR SEMASA PERMAINAN
BERLANGSUNG AKAN DIANGGAP KALAH SERTA MERTA.
7) KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKAN DITENTUKAN DENGAN KUMPULAN MANA YANG AKAN
SAMPAI DAHULU DI “CHECK POINT” TERAKHIR.
8) KEPUTUSAN JURI PERTANDINGAN ADALAH MUKTAMAT.
9) TARIKH PERTANDINGAN AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.

**SETIAP KUMPULAN YANG BERTANDING AKAN MENDAPAT HADIAH.

3. PERTANDINGAN STEM CORNER

7
Syarat Pertandingan

 Pertandingan ini terbuka kepada semua kelas di SMK Bandar Putra 2.


 Mematuhi semua kriteria pertandingan yang melibatkan pemilihan lokasi, ruang, konsep, susunan
bahan, kemudahan, peralatan dan koleksi bahan bacaan.
 Segala kos penyertaan dan pembangunan sudut STEM adalah ditanggung sendiri oleh ahli di
dalam kelas.
 Pertandingan ini akan berlangsung selama dua bulan bermula 10 Ogos 2022 sehingga 10 Oktober
2022. Bahan sudut akan digunakan sehingga ke tahun hadapan.
 Keputusan para hakim dalam mengadili pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak
dilayan.

4. PERTANDINGAN INOVASI / REKACIPTA


SYARAT PERTANDINGAN

8
TENTATIF PROGRAM

Bil Item Tarikh Aktiviti Dijalankan

A) Kuiz STEM Talk 1 OGOS 2022 – 31 OGOS 2022

Sudut STEM Tercantik 1 OGOS 2022 – 31 OGOS 2022

B) Banner Laluan STEM 7 OGOS – 31 OGOS 2022

Papan kenyataan (soft board)


Pokok Herba
Pasu

Banner 1 Minggu 1 Kerjaya 7 OGOS – 31 OGOS 2022

(C) Sudoku 21- 31 OGOS 2022

(D) Explorace STEM 21- 31 OGOS 2022

9
(E) Inovasi STEM 21- 31 OGOS 2022

PENYERAHAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH : 11 SEPTEMBER 2022

10

You might also like