You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

KURSUS PENANDAAN
KERTAS 2 SAINS
(018/2)UPSR
2018

TARIKH : 11 APRIL 2018


(RABU)

TEMPAT : AUDITORIUM SKBU 2


KERTAS KERJA
KURSUS PENANDAAN KERTAS 2 SAINS(018/2) (UPSR)
2018

1. LATAR BELAKANG PROGRAM

Kursus Penandaan Kertas 2 Sains UPSR merupakan program yang diadakan khusus untuk
guru-guru Sains bagi membuat persediaan dan memberi pengetahuan teknik menanda
jawapan kertas 2 soalan Sains UPSR. Kursus yang akan diadakan di Auditorium SK Bandar
Uda 2 ini melibatkan guru-guru sekolah di sekitar Johor Bahru. Penceramah jemputan
merupakan guru cemerlang Sains dalam menanda kertas 2 Sains UPSR peringkat
kebangsaan iaitu En. Mohd. Noor b. Buyamin.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Memperkenalkan teknik penandaan soalan sains kertas 2 UPSR dengan teknik
yang tepat, mudah dan berkesan.
2.2 Memberi pendedahan kepada guru tentang teknik-teknik penandaan terkini .
2.3 Memaksimumkan skor murid dalam peperiksaan melalui teknik penandaan
berkesan.

3. JUSTIFIKASI PROGRAM

3.1 Meningkatkan pencapaian prestasi mata pelajaran Sains 2018 bagi semua
sekolah-sekolah daerah Johor Bahru.
3.2 Pendedahan pada guru teknik menjawab kertas Sains 018/2 mengikut teknik
sebenar.
3.3 Menambahkan bilangan cemerlang iaitu bilangan A dalam pencapaian Sains
UPSR.
3.4 Menyelesaikan masalah murid dan guru mengenai cara menjawab soalan no 7
dan 8 yang banyak melibatkan kemahiran proses sains.
3.5 Mendedahkan guru-guru dengan cara mudah menjawab soalan sains UPSR
dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam pematuhan
pemarkahan UPSR.
3.6 Memberi pendedahan pada guru mengenai soalan KBAT atau HOTS.

4. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Puan Noorayu Binti Jayus (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Marfuah Binti Tukiman (GPK Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Chandralegah a/p Kuppusamy (Ketua Panitia Sains)
AJK : Pn. Suhaila Binti Safar (S/U program teknik penandaan)
Pn. Siti Anita Binti Misran
Pn. Syazlizawati Binti Ahmad
En. Abdul Syafiq Bin Md Subahir
Pn. Nor Sahidah Binti Mohamad Ali
Cik Nur Afiqah Bt. Zahari
5. NAMA PENCERAMAH
En. Mohd Noor Bin. Buyamin
(Guru Cemerlang Sains Negeri Johor)

6. SASARAN PROGRAM
6.1 Terbuka kepada guru-guru Sains sekitar Johor Bahru.

7. JADUAL PROGRAM

Tarikh : 11 April 2018


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengahari - 4.30 petang
Tempat : Auditorium SK Bandar Uda 2
Nama penceramah : En. Mohd. Noor b. Buyamin
Anjuran : Panitia Sains SKBU 2
8. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM
FEB /MAC
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM FEB FEB FEB APRIL
M1 M2 M3 M2
1. Mesyuarat ahli jawatankuasa untuk menentukan tarikh
teknik menjawab soalan.
2. Menghantar surat jemputan kepada
penceramah.
3. Mengumpul bahan yang perlu dicetak untuk
teknik menjawab.
4. Sebaran kepada sekolah-sekolah daerah Johor Bahru

5. Penyediaan dewan dan alat PA sistem

6. Bayaran kursus
7. Pelaksanaan teknik menjawab
8. Pendokumentasian

9. KOS PERBELANJAAN

PERKARA PERBELANJAAN
1. Bayaran penceramah RM 15.00
2. Makan tengahari RM 10.00
3. Bayaran lain-lain RM 10.00
- dewan
- bahan modul
- alat tulis
JUMLAH RM 35.00

10. PENUTUP
Berdasarkan kepada penjelasan yang dikemukakan ini, Panitia Sains memohon
pertimbangan dan kelulusan agar program Kursus Penandaan Kertas 2 Sains(018/2)
UPSR ini dapat dijalankan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Semoga program
kursus penandaan ini dapat memberikan manfaat kepada guru-guru Sains dan calon-
calon UPSR sekitar Johor Bahru khususnya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………………………………

(PN. CHANDRALEGAH A/P KUPPUSAMY)


Penyelaras program
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

….………………………………………………….. …………………………………………………

(PN. HJH. MARFUAH BINTI HJ TUKIMAN) (PN. NOORAYU BINTI JAYUS)


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru besar
Sk Bandar Uda 2, SK Bandar Uda 2
81200 Johor Bahru. 81200 Johor bahru
Disahkan oleh,

………………………………..
(PN NOORAYU BINTI JAYUS)
Guru Besar,
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.

You might also like