You are on page 1of 11

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2013 SK HAJI BUJANG RANGAWAN PUTIN, SADONGJAYA Tarikh : 10 JANUARI Masa : 02.

05 Petang Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kehadiran : 1. En. Narudin Bin Bujang 2. En. Issnu Bin Dollah 3. Pn. Suri Anak Ju-it 4. Pn. Nurfahana Bt. Abdullah 5. Cik Jacquelin Kon Li Ching Agenda : 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2. Pengerusi juga mengalu alukan kehadiran wakil pentadbir sekolah atas kesudian menghadiri mensyuarat kali ini. Tindakan : untuk makluman sahaja 2.PENETAPAN TARIKH- TARIKH MESYUARAT 2.1 pengerusi juga memaklumkan mesyuarat panitia mesti diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Semua ahli berpakat telah memilih tarikh seperti ketetapan yang berikut. 2.1.1 mesyuarat pertama 2.1.2 mesyuarat kedua 10 januari ( Khamis) ( khamis) Tindakan : untuk makluman sahaja 3. PENUBUHAN AHLI JAWATAN KUASA PANITIA SAINS 2013 3.1 ahli mesyuarat sebulat suara mengekalkan Pn. Suri Anak Ju-it sebagai ketua Panitia dan AJK Panitia seperti yang terdapat dalam Lampiran 1. 3.2 pengerusi juga menjelaskan bahawa ahli-ahli panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains dan guru yang opsyennya adalah Sains. Senarai nama guru yang dilantik mengajar Sains terdapat dalam Lampiran A. Tindakan : untuk makluman sahaja

4. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran 4.1 Rancangan Pelajaran Tahunan & HArian 4.1.1 Pengerusi meminta setiap ahli panitia mesti memiliki sukatan pelajaran tahunan yang terkini. 4.1.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk menggunakan format mengajar harian seperti format yang terdapat dalam Lampiran 2. 4.1.3 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersamasama bukurekod mengajar kepada PK Pentadbiran di setiap hari Jumaat. 4.1.4 ahli mesyuarat juga bersetuju untuk menggunakan format mengajar harian seperti yang terdapat dalam Lampiran 2. Tindakan : semua ahli mesyuarat 5. Penilaian dan Pentaksiran 5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2013 berkemungkinan terdapat 3 kali peperiksaan akan berlangsung iaitu Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 (mac), Peperiksaan pertengahan tahun (mei), dan juga peperiksaan akhir tahun 5.2. Pengerusi menjelaskan bahawa soalan-soalan bagi ujian topikal dan bulanan perlu disediakan oleh guru guru. 5.3 Pengerusi meminta agar penyelaras bagi setiap tingkatan membuat analisa sebaik saja peperiksaan selesai dan membuat Headcount bagi setiap pelajar. 5.4 Setiap guru pelajaran wajib menulis markah pelajar dalam buku rekod mengajar masing-masing Tindakan : semua ahli mesyuarat 6. Analisa UPSR Sila rujuk lampiran 3 9.1. Ketua panitia membentangkan keputusan analisa UPSR pelajaran sains dari tahun 2006 hingga 2012.

bagi mata

Tindakan : untuk makluman sahaja 7. Aktiviti yang dirancang sepanjang 2013 7.1 Ahli mesyuarat telah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan aras keupayaan murid untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti panitia. Senarai aktiviti yang telah dipersetujui seperti yang terdapat dalam Lampiran 4

8. BELANJAWAN TAHUNAN 8.1 Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan sains bagi menyokong aktiviti 5X eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran. 8.2 Memandangkan budget panitia masih belum dibentangkan oleh pihak pentadbiran maka ahli panitia diminta menyenaraikan alatan yang telah rosak atau lupus dan perlu di ganti. Tindakan : untuk makluman sahaja 9. SASARAN 9.1 ahli mesyuarat telah berbincang dan mengambil kata sepakat untuk meletakkan sasaran pencapaian murid dalam UPSR bagi matapelajaran Sains adalah . Tindakan : untuk makluman sahaja 10. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 10.1 ahli mesyuarat telah bersetuju mengadakan kelas tambahan untuk tahap 2. Kelas tambahan itu akan dijalankan pada setiap hari Rabu dan Khamis untuk tahun 4 dan tahun 5 manakala untuk tahun 6 pula akan dilaksanakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis. 10.2 program Anak Angkat juga akan diteruskan memandangkan ianya satu program yang berjaya membantu murid-murid mengatasi kelemahan dalam setiap matapelajaran UPSR. Program ini akan dikendalikan mengikut keselesaan murid dan tidak dalam suasana terlalu formal. 10.3 ahli mesyuarat juga sebulat suara hendak mengadakan Program Motivasi peningkatan akademik dan motivasi sahsiah diri peringkat sekolah untuk murid tahun 6. Kita bersetuju untuk menjemput orang luar yang mahir dalam bidang tersebut. 10.4 pengerusi menjelaskan juga untuk mengetahui prestasi murid, ujian topikal atau ujian bulanan hendakalah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan peperiksaan sekolah sekali setiap semester. Tindakan : untuk makluman sahaja

11. HAL-HAL LAIN 11.1 Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modulmodul sains yang dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah ini. Tindakan : Semua guru 11.2 Pengerusi juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog sains dan sebagainya. Tindakan : Semua Guru 11.3 Pengerusi berharap agar Persatuan sains yang ditubuhkan akan bergiat aktif Tindakan : KP & Penasihat persatuan 11.4 pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 1500 petang.

Disediakan oleh, ........................................................... ( Suri Anak Ju-it )

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PANITIA SAINS Tahun 2013

Penasihat Pengerusi Ketua Panitia AJK

: : : :

En. Narudin Bin Bujang ( Guru Besar ) En. Issnu Bin Dollah ( Penolong Kanan Pentadbiran ) Pn. Suri Anak Ju-It 1. Pn. Nurfahana Binti Abdullah 2. Cik Jacqueline Kon LI Ching

SENARAI GURU MENGAJAR SAINS TAHUN 2013 BIL 1. PN. SURI ANAK JU-IT NAMA GURU KELAS DIAJAR TAHUN 2 TAHUN 4 TAHUN 5A TAHUN 6A 2. PN. NURFAHANA BINTI ABDULLAH TAHUN 1 TAHUN 3 TAHUN 5B TAHUN 6B

LAMPIRAN 2 Jenis Model Tarikh Hari Tahun/Kelas Bilangan Murid Masa Bidang/Tema Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran
FASA 1. Persediaan Pemerhatian Indikator Amalan 1.1.1 Penggunaan deria 1.1.2 Pemerhatian menyeluruh. 2. Imaginasi Penjanaan Idea Indikator Amalan 2.1.3 Menghasilkan idea bermakna. 3. Perkembangan Penambahbaikan Indikator Amalan 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea. 4. Tindakan Pelaksanaan Indikator Amalan 4.1.1 Menghuraikan idea dengan terperinci. Pentaksiran Nilai dan Sikap

: : : : : : : : : Murid dibimbing untuk: : Murid berupaya untuk: : Di akhir pembelajaran murid dapat:
CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI

Refleksi dan Tindakan Bilangan Pelajar yang mencapai objektif pembelajaran 1 dan 2 Senarai Nama Pelajar yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran 1 dan 2 Tindakan susulan Senarai Pelajar yang tidak hadir

LAMPIRAN 3 Analisis Data Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK Haji Bujang Rangawan Putin Dalam Mata Pelajaran Sains ( 2006 - 2012)

Bilangan Dan Peratusan A Tahun 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 Bil.Calon 33 41 43 53 32 58 44 Bil. 1 0 2 6 5 4 4 % 3.03 0 4.65 11.32 15.62 6.9 9.1 Bil. 8 9 3 18 12 21` 12 B % 24.24 21.95 6.97 33.96 37.5 36.2 27.3 Bil. 16 19 21 13 9 31 15 C % 48.48 46.34 48.83 24.52 28.12 53.4 34.1 Bil. 4 5 7 5 3 15 6 D % 12.12 12.19 16.27 9.43 9.37 25.9 13.6 Bil. 4 8 10 11 3 4 7 E % 12.12 19.51 23.25 20.75 9.37 6.9 15.9 GPMP 3.06 3.29 3.46 2.94 2.59 2.53 3.00

Petak bertanda jingga merupakan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi SK Haji Bujang Rangawan Putin secara keseluruhannya.

LAMPIRAN 4 PERANCANGAN PROGRAM / AKTIVITI PANITIA


TARIKH JAN-OKTOBER Hari Sains

AKTIVITI

Nota Sains Permainan rekreasi treasure hunt

Sepanjang tahun

Kuiz Sains Mingguan

mengemukakan soalan kuiz sains terbuka kepada para pelajar dengan menyediakan ganjaran

Sepanjang tahun (waktu P&P)

Membudayakan Sains di sekolah melalui 5X eksperimen.

Guru memilih eksperimen yang sesuai mengikut tajuk yang diajar dan mendedahkan murid dengan semua ;variables; tantang bagaimana ia digunakan dalam kajian.

(Jan-Ogos) Sepanjang tahun (waktu petang) (Jan-Ogos) Sepanjang tahun Julai dan Ogos kelas

Klinik Sains

kelas pemulihan untuk kelompok pelajar yang lemah

Kelas Tambahan Petang

diadakan selepas sesi persekolahan untuk semua pelajar darjah 6

Bengkel Sains

akan diadakan sebanyak 2 kali pada bulan Julai dan Ogos Teknik menjawab dan motivasi

sesi 1 latih-tubi topik-topik terpilih Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun Penyeliaan nota dan latihan pelajar-pelajar Perkongsian Pintar/Kolaborasi/ P&P duet

BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS SESI 2 SKTH Secara keseluruhannya aktiviti bengkel teknik teknik menjawab soalan Sains dijalankan dengan baik dan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan pada 27 Julai 2010 ( Selasa ) dan seramai 70 orang pelajar dipilih untuk menyertai sesi bengkel yang diadakan. Seramai 70 orang pelajar hadir semasa bengkeldijalankan. Bengkel teknik menjawab soalan ini

telah memberikan pendedahan dan pengetahuan yang amat berguna terutamanya pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Aktiviti yang dijalankan banyak melibatkan dan mendapat

maklumbalas daripada pelajar sendiri. Penggunaan slaid powerpoint dan bahan-bahan fotostat banyak memberikan banyak input dalam menjayakan

bengkel ini. Penceramah yang berpengalaman memberi kesan yang positif terhadap bengkel yang telah diadakan.

You might also like