You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN ROKET MERDEKA

ANJURAN PANITIA SAINS BERSAMA PANITIA SEJARAH

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2022

SK SIMPANG DURIAN.

1.0     PENDAHULUAN :

Pada tahun ini, panitia di bawah bidang Sains akan meneruskan lagi program tahunan panitia
dengan mengadakan program membina ROKET MERDEKA. Program ini akan  dijalankan
bersama Panitia Sejarah .

  

 2.0     MATLAMAT :

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.  

              3.0     OBJEKTIF :

Objektif diadakan program ini ialah untuk :

3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Sekolah Kebangsaan

dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3.2     Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat
menarik untuk dipelajari.

3.3     Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui


aktiviti yang dijalankan.
3.4     Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar

3.6     Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah tuhan menerusi
penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

3.7     Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama,

berkeyakinan dan bantu membantu.

  4.0     KUMPULAN SASARAN :

Semua pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Simpang Durian


5.0    TARIKH PELAKSANAAN :

Bulan Ogos

6.0  SUMBER KEWANGAN

 6.1. Duit Panitia

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat                  :  Guru Besar

                                   En Md Fouzar Bin Norsirin

                                :  Penolong Kanan  Pentadbiran

                                   En Sharol Nizam Bin Razali

Pengerusi                   :  Ketua Panitia Sains

                                   Pn Norsahlawati Bt Idris

Setiausaha                  :  Cik Noraishah bt Khamis

Bendahari                   :  Puan Nur Nabilahhuda bt Mustaffa


AJK : Semua guru mata pelajaran Sains.

8.0  CADANGAN  AKTIVITI

Bil Tarikh Cadangan aktiviti Sasaran

1 Ogos 2022 Peraduan Membina Roket Merdeka Semua murid tahap 2

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Butiran Jumlah

Hadiah pertama Rm42.00

6x rm7(Alat tulis)

Hadiah kedua

6x Rm 5(Alat Tulis) Rm30.00

Hadiah ketiga

6X Rm3 (Alat Tulis) Rm18.00

Jumlah Rm90

9.0 Penutup

Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat
dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih
tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.
Disediakan oleh

……………………………..

(Cik Noraishah Bt Khamis)

Setiusaha Panitia Sains

SK SIMPANG DURIAN

You might also like