You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS


Peti Surat No. 60911, 91019
Tawau, Sabah Kod Sekolah: XBA3009
MALAYSIA No Tel: 089-745676 No Fax: 089-745677
Emel: xba3009@moe.edu.my
Website: skumasumas.wordpress.com
______________________________________________________________________________

No. Ruj.:

Tarikh : 06 JULAI 2022


Kepada,

Semua Guru Matematik


Tahap 1 dan Tahap 2
SK. Umas – Umas, TAWAU.

Tuan,

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 / 2022

Sukacita ingin memaklumkan kepada tuan/puan mengenai perkara di atas.

02. Tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Panitia Matematik pada ketetapan seperti berikut :-

2.1. Tarikh : 07 Julai 2022 (KHAMIS)


2.2. Masa : 11.30 pagi
2.3. Tempat : Bilik RBT SKUT
2.4. Pengerusi : Encik Ruslee Bin Ahmat @ Ahmad, Guru Besar
SKUT
03. Agenda mesyuarat:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2022
3.3 Perkara-perkara Berbangkit
3.4 Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2022
3.5 Laporan PLAN Matematik
3.6 Isu PDPC
3.7 PBD Bertulis
3.8 Hal-hal lain
04. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,

...............................................................…………
(ENCIK RUSLEE BIN AHMAT @ AHMAD)
GURU BESAR
S.K. Umas-Umas, Tawau.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS
Peti Surat No. 60911, 91019
Tawau, Sabah Kod Sekolah: XBA3009
MALAYSIA No Tel: 089-745676 No Fax: 089-745677
Emel: xba3009@moe.edu.my
Website: skumasumas.wordpress.com

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA 2022

TARIKH : 07.07.2022
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU

KEHADIRAN:

1. Encik Nordin Bin Laguda Guru Panitia Tahap 1


2. Puan Hanis ‘Aqilah Hamdan Setiausaha
3. Puan Rabiatun Binti Abdul Rahman Ketua Panitia
4. Encik Abdul Rahim Bin Mad Lajim Penyelaras Bijak Sifir
5. Puan Halimahton Saadiah Mahamad Bendahari
6. Cik Marliyana Binti Mohamed Guru Panitia Tahap 1
7. Encik Ramsah Bin Burhan Penyelaras KSSR Petang
8. Pn. Siti Affisah Samin Guru Pemulihan
9. En. Muhammad Abd. Rajak Guru Panitia Tahap 2
10. En. Hassan Bin Nordin Guru Panitia Tahap 2
1.0 UCAPAN PENGERUSI (Wakil : PN. AZIZAH HARIS)
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan
kehadiran semua ahli panitia dalam mesyuarat kali ini dan mengikut
Takwim Sekolah.
1.2 Besar harapan pentadbir sekolah agar Panitia Matematik seiring dengan
Panitia-panitia lain atau lebih baik.

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Dicadang oleh : Encik Abdul Rahim Bin Mad Lajim
2.2 Disokong oleh : Puan Siti Affisah Samin

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit.

4.0 LAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 2022


4.1 Rujuk Lampiran (Oleh Puan Rabiatun Rahman)
4.2 Aktiviti yang dilaksanakan perlu digambar sebagai evidens.
4.3 Pertahankan evidens dan justifikasi bagi setiap TP yang guru berikan
kepada murid.
4.4 TP tidak digalakkan untuk turunkan. Cuba kekalkan atau naikkan TP
mengikut aras murid.
4.5 Laporan PBD bagi subjek Matematik telah dilaksanakan dan disiapkan
mengikut masa yang ditetapkan.
Tindakan: Semua Ahli Panitia

5.0 LAPORAN PLAN MATEMATIK


5.1 Rujuk Lampiran (Oleh Cik Marliyanah Mohamed)
5.2 Secara keseluruhan, Tahun 1 masih ada TP 1 (Rujuk Lampirkan)
5.3 Jalankan aktiviti Gempar Nombor bagi murid yang mendapat TP 1.
5.4 Murid bermasalah keranamasalah kehadiran dan PDPR
5.5 Aktiviti Drilling Sifir (+, - , x) bagi murid Tahap 1.
5.6 Puan Azizah memberi cadangan agar aktiviti PLAN menggunakan soalan
yang mudah, dan dibuat secara berulang supaya lebih mantap.
6.0 ISU PDPC
6.1 Puan Rabiatun Rahman menyatakan kerisauan kerana kebanyakan murid
mengalami Ingatan Jangka Masa Pendek.
6.1.1 Puan Hanis Aqilah mencadangkan agar Panitia dapat menyediakan
set kismis untuk murid makan pada setiap hari. Sedikit sebanyak
dapat membantu menghubungkan sel otak murid.
6.1.2 Puan Azizah memberi cadangan agar guru memberikan soalan-
soalan latihan tubi dari aras rendah kepada aras tinggi mengikut
tangga aras.
6.2 Puan Siti Affisah melemparkan kerisauan bagi isu murid lemah dalam
pelajaran.
6.2.1 Bagi murid yang langsung tidak boleh mengikuti palajaran dikira
sebagai murid pemulihan.
6.2.2 Bagi tahun 2, seramai 48 orang murid pemulihan. Manakala bagi
tahun 3 pula seramai 17 orang murid pemulihan (bulan Mac).
6.2.3 Ujian pemulihan dijalankan 3 kali setahun (Mac, Ogos, Januari).
6.2.4 Markah minimum IPPKMM adalah sebanyak 75%.
6.2.5 Guru boleh menggunakan instrument pemulihan ini untuk diuji
kepada murid yang lemah.
6.2.6 Puan Hanis Aqilah menyatakan, tidak perlu betul-betul mengikut
aras tinggi untuk murid. Cukup sahaja aras rendah dan sederhana
yang penting murid dapat kuasai kemahiran asas matematik.
6.2.7
6.3 Puan Hanis Aqilah menyatakan isu penilaian PBD murid yang perlu dalam
TP3 dan tidak boleh diturunkan walaupun murid tersebut sangat lemah.
6.3.1 Puan Azizah respon, guru MP tidak perlu tertekan dengan isu ini.
6.3.2 PBD ada 4 cabang yang boleh dinilai iaitu, LISAN, PENULISAN,
PEMERHATIAN dan SAHSIAH.
6.3.3 Sediakan evidens bagi setiap perkara yang guru nilai murid dan
perlu dicatat.
6.3.4 Puan Azizah juga meyakinkan ahli panitia bahawa, PBD adalah
hak guru yang mengajar. Setiap guru perlu sediakan evidens dan
justifikasi sebagai bukti bagi setiap perkara yang dinilai.
6.4 Encik Ramsah menyatakan isu murid dan ibubapa trauma untuk bawa
anak ke klinik untuk pemeriksaan. (murid berkeperluan khas)
6.4.1 Cadangan dari ahli panitia ialah, dengan membawa doctor ke
seklah untuk membuat pemeriksaan sekaligus.
6.4.2 Puan Azizah respon, mohon panitia sediakan senarai nama murid
MBK untuk dihantar ke PPD dan klinik untuk pemeriksaan. Pihak
pentadbir perlukan data terlebih dahulu untuk membuat
permohonan doctor datang ke sekolah.
6.5 Puan Siti Affisah menjelaskan bahawa pada bulan Ogos, terdapat
Program PROSPEK (MBK) untuk mengesan masalah sosial atau
pembelajaran murid.
6.5.1 Puan Siti Affisah juga menyatakan bahawa satu sekolah hanya 1
hingga 3 murid Tahun 3 sahaja diperuntukkan untuk pemeriksaan
doktor. Jika mahu lebih murid, perlu guna bajet sendiri.
6.5.2 Puan Azizah respon, rujuk kertas kerja daripada JPN dan PPD
untuk pihak sekolah cuba memanggil doktor ke sekolah.
6.6 Puan Rabiatun bertanyakan tentang pengasingan murid pemulihan tahap
2.
6.6.1 Puan Azizah respon, Murid tidak boleh diasingkan dalam kelas
yang berbeza. Adalah inisiatif guru MP sendiri untuk uruskan murid
pemulihan dan murid biasa.
6.6.2 Sediakan lembaran kerja yang berbeza dan pelbagai aras untuk
murid.
6.7 Puan Rabiatun berminat untuk mengekalkan program berkaitan sifir kerna
program ini telah memberikan impak yang baik kepada murid.
6.7.1 Setiap hari sebelum mula pdpc, minta murid untukbacakan sifir.
6.7.2 Jangan galakkan murid membaca jawapan sifir sahaja.
6.7.3 Baca sifir secara 3 berpasangan supaya murid mampu kuasai
operasi darab dan bahagi sekaligus.
6.8 Puan Rabiatun menyatakan bahawa kelas yang diajarnya telah
melaksanakan aktiviti kad (Jogathon Sifir).
6.8.1 Galakkan murid menghafala sifir dan suka dengan aktiviti sifir.
6.8.2 Kad jogathon ini adalah berperingkat mengikut aras.
6.8.3 Murid yang berjaya akan diberikan saguhati.
6.8.4 Puan Azizah respon, Cungkil bakat muriddalm subjek matematik
dan boleh dipersembahkan dalam perhimpunan sekolah.
6.8.5 Aktiviti ini juga boleh ditambah dalam pengisian SSDM murid.
Tindakan: Semua Ahli Panitia

7.0 PBD BERTULIS


7.1 PBD Bertulis akan diadakan serentak pada 8 – 12 Ogos 2022.
7.2 Tarikh akhir penghantaran soalan adalah pada 29 Julai 2022.
7.3 Tarikh akhir pengisian pelaporan adalah pada 26 Ogos 2022.
7.4 Ahli panitia telah sepakat untuk menyediakan soalan dalam aras yang
sederhana dan rendah serta perlu selaras dengan DSKP.
7.5 Penyediaan kertas Soalan :
7.5.1 Tahun 1 : Puan Halimahton (Kertas 1 sahaja)
7.5.2 Tahun 2 : Encik Nordin (Kertas 1 sahaja)
7.5.3 Tahun 3 : Cik Marliyana (Kertas 1 sahaja)
7.5.4 Tahun 4 : Puan Hanis Aqilah (Kertas 1 dan 2)
7.5.5 Tahun 5 : Encik Abdul Rahim (Kertas 1 dan 2)
7.5.6 Tahun 6 : Puan Rabiatun (Kertas 1 dan 2)

8.0 HAL – HAL LAIN


8.1 Kemaskini fail panitia (SKPMg2 3.1.2.1) melengkapkan dengan evidens
dan penilaian kendiri.
8.1.1 Ahli Panitia perlu menyediakan jadual waktu persendirian, Biodata
guru.
8.1.2 Puan Rabiatun akan menyediakan borang untuk setiap guru panitia
memberi cadangan untuk pembelian barang panitia dalam PCG.
8.2 Pn. Rabiatun Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli panitia yang terlibat dalam mesyuarat dan berharap semua guru
panitia dapat bekerjasama dalam meningkatkan tahap penguasaan bagi
semua murid khususnya subjek Matematik.
8.3 Puan Azizah perharap kerjasama daripada semua ahli panitia agar panitia
Matematik menjadi panitia yang lebih baik dan hebat.
Tindakan : Semua Ahli Panitia
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.45 petang.

Disediakan oleh :

………………………………………….
( HANIS ‘AQILAH BINTI HAMDAN )
Setiausaha Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Umas-umas, Tawau

SK. - Fail

You might also like