You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR

09010 KULIM KEDAH

MESYUARAT HEM BIL 1 2023/2024

Tarikh : 15 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 8.45 Pagi
Tempat : The Jerai Hotel
AGENDA:

1. Aluan Pengerusi
2. Aluan Guru Besar
3. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
4. Perkara Berbangkit
5. Jawatankuasa Induk 2023/2024
6. Pengurusan HEM
6.1 Disiplin/Pengawas
6.2 RMT/PSS
6.3 Bantuan-BAP/KWAPM/Zakat
6.4 Kantin
6.5 3K(Keselamatan,Keceriaan,Kesihatan)
6.6 SPBT
6.7 APDM/SSDM/Kehadiran
6.8 Bimbingan Dan Kaunseling
6.9 PPDa
7.0 PIBG dan PIBK
7. Pembukaan Sekolah
8. Hal – hal lain
9. Penutup

Kehadiran: 37/39

1.Pn Nur Azima Binti Ya’acob (GB)


2.Pn. Fatimah Binti Abd Hamid (Pkp)
3. Pn. Noor Hayati Binti Bahari (Pk Hem)
4.Cik Wan Nurhaslinda Binti Wan Mazuki (Pk Koku)
5. En. Abu Bakar Bin Sahari
6. En. Azizul Rahim Bin Ismail
7. Pn. Azura Binti Mohamad
8. Pn. Basirah Binti Bacharudin
9. Pn. Chithrra A/P Damodharan
10. Pn. Fadzilah Binti Jahaya
11. En. Faizal Bin Hashim
12.Pn. Faridah Binti Muda
13. Pn. Husnita Binti Hassan @ Yahya
14. Tn Haji Marzuki Bin Abu Bakar
15. Pn. Mazura Binti Abdul Aziz

1
16. En. Mohd Asri Bin Isma'ail
17. En. Mohd Izwan Bin Abd Rahim
18. En. Mohd Noor Safwan Bin Md Noor
19. En. Abdul Ghani Bin Abdul Karim
20. Pn. Noor Azlin Binti Teh
21. Pn. Noor Azlinda Binti Abdullah
22. Pn. Norul Fazlin Binti Zainal Karib
23. En. Roslan Bin Mohd Yusoff
24. En. Shamsul Azrul Bin Saari
25. Pn. Siti Zaleha Binti Ahmad
26. Pn. Sukinah Binti Hashim
27. Pn. Suria Binti Ismail
28. Pn. Azlinawati Binti Yaakob
29. Pn. Zuraini Binti Hassan
30. Pn. Masita Binti Ismail
31. Pn. Noor Aizah Binti Ilias
32. Pn. Normasita Binti Elias
33.Cik Uzma Farzana Binti Ridzuan
34.Pn Rusmaliza Binti Abdul Rahman
35.Pn Pouneshwari A/P Sundarajoo
36.En.Gunaselan A/L Govindasaamy
37.Pn Siti Rohayu Binti Zakaria

Tidak Hadir Bersebab:

1. Tn Haji Mohd Suyuty Bin Ismail


2. Pn. Zarina Binti Mohamad

1. ALUAN PENGERUSI

1.1 PK HEM memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab, al-fatihah. Seterusnya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir awal walaupun berubah lokasi mesyuarat.Seterusnya
beliau membaca visi dan misi unit HEM.Harapan beliau agar semua guru dapat merealisasikan seperti yang
dinyatakan dalam visi dan misi HEM.

2. ALUAN GURU BESAR

2.1 GURU BESAR mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PK HEM serta ahli badan kebajikan
guru(BKGKT) atas pengurusan yang baik dengan kerjasama semua guru .
2.2 Harapan beliau agar SK Labu Besar dapat melahirkan generasi masa depan /anak yang baik lagi
cerdik.

3. MENCADANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

3.1 SU HEM membentangkan minit mesyuarat yang lalu dengan edaran dalam group whatsapp rasmi sekolah.
Mohon dicadang dan disahkan.

Cadangan disahkan : Pn. Husnita Binti Hassan @ Yahya


Disokong oleh : En. Shamsul Azrul bin Shaari

2
4.PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit.

5. JAWATANKUASA INDUK 2023/2024

5.1 Terdapat 13 jawatankuasa dalam unit HEM.(Seperti Lampiran)

6. PENGURUSAN HEM

6.1 Disiplin/Pengawas
6.1.1 PK HEM memaklumkan ,Cikgu Abu Bakar Bin Sahari merupakan penyelaras bagi unit disiplin
manakala Cikgu Mohd Noor Safwan Bin Md Noor pula bagi unit Pengawas.
6.1.2 PK HEM memaklumkan bilangan pengawas,seperti jadual dibawah.

Tahun Bilangan
3 16
4 12
5 16
6 23
Jumlah 67
6.1.3 Murid perempuan tidak wajib untuk berpakaian pengawas ‘pattern’ baharu.
6.1.4 Untuk pengacara yang dikelola oleh unit pengawas ,perlu ada system penggiliran bagi
mengelakkan murid yang sama.
6.1.5 Setiap pagi semua murid akan berhimpun di Dewan Lestari ,bacaan doa perlu dibuat sebelum
murid masuk ke kelas masing- masing.Waktu rehat ,murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas
6.1.6 Lantikan pengawas akan dibuat pada bulan April dan Kursus Kepimpinan Pengawas pula akan
dibuat selepas Raya AidilFitri.
6.1.7 Pengisian di waktu perhimpunan pagi perlu ada slot bacaan buku peraturan .
6.1.8 Sediakan papan kenyataan untuk diuruskan sepenuhnya oleh murid dimana guru akan memantau
.Info perlu silih berganti setiap bulan /minggu.

Makluman dan Tindakan : Unit Disiplin&Pengawas


6.2 RMT/PSS

6.2.1 Untuk sesi 2023/2024 seramai 167orang murid layak menerima RMT dan PSS.Untuk pelajar
baharu akan dipilih selepas raya.

Makluman dan Tindakan : Unit RMT/PSS

6.3 BANTUAN-BAP/KWAPM/Zakat
6.3.1 PK HEM memaklumkan bahawa duit akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah pada 16 Mac
2023.
6.3.2 BAP akan diberikan pada murid tahun 1 seramai 80 orang secepat yang boleh.
6.3.3 Seramai 4 orang murid yang layak terima bantuan KWAPM dan EMK .Murid tersebut ialah
Liyana,Firdaus,Danial Saifullah dan Aidil Zakwan.
6.3.4 Baki sumbangan zakat untuk tahun lepas ada sebanyak RM18000 .Untuk tahun ini sumbangan
adalah sebanyak RM16000. Sumbangan ini akan digunakan untuk program Infak Ramadhan serta
bantuan alat tulis bagi murid yang kurang berkemampuan.

Makluman dan Tindakan : Unit Bantuan


3
6.4 KANTIN

6.4.1 PK HEM meminta AJK unit kantin untuk memantau harga makanan sepanjang masa.
6.4.2 Beliau juga memohon agar guru sentiasa bertanyakan kepada murid berkenaan kualiti dan kuantiti
makanan murid.
6.4.3 Beliau juga meminta guru matematik memainkan peranan dalam kelas untuk topik ‘Wang’ bagi
mengatasi masalah pemberian baki di kantin.
6.4.4 Makanan berbungkus adalah TIDAK DIBENARKAN dijual kepada murid.
6.4.5 Pengisian di papan kenyataan untuk ‘piramid makanan ‘atau apa-apa berkenaan dengan makanan
sihat.
6.4.6 Untuk sisa makanan basah ,pihak kantin TIDAK DIBENARKAN untuk membuang nya di tempat
pelupusan sampah.Sisa tersebut menarik perhatian binatang seperti monyet dan binatang-binatang
lain.PK HEM sendiri akan memaklumkan kepada pihak kantin,En Shukri.

Makluman dan Tindakan : Unit Kantin

6.5 3K (KESELAMATAN, KECERIAAN, KESIHATAN)


6.5.1 Keselamatan
6.5.1.1 Penyelaras cikgu Marzuki Bin Abu Bakar. Untuk pembukaan sekolah, unit keselamatan perlu
melabelkan kawasan selamat dan tidak selamat.Antara kawasan tidak selamat ialah blok lama
dan pondok kecil.
6.5.1.2 PK HEM juga meminta kad keluar masuk kelas di kuat kuasakan semula.

Makluman dan Tindakan : Unit Keselamatan

6.5.2 Kesihatan

6.5.2.1 PK HEM memaklumkan bahawa lokasi sesuai untuk membuat Suntikan Imunisasi tahun 1
sesuai di jalankan di makmal sains.Beliau memaklumkan tarikh kepada KP Sains untuk
persediaan.
6.5.2.2 Unit wabak perlu menyediakan risalah untuk makluman murid bahaya penyakit berjangkit.

Makluman dan Tindakan : Unit Kesihatan

6.5.3 Kebersihan /Keceriaan

6.5.3.1 Pembukaan sekolah sesi 2023/2024 minggu pertama aka nada pengisian Program Kelasku
Ceria dimana guru kelas akan dibantu oleh guru pembantu bersama –sama murid dan waris
untuk keceriaan kelas.
6.5.3.2 Carta asas di dalam kelas perlu di kemaskini segera ,senarai nama murid perlu dipaparkan di
pintu kelas.
6.5.3.3 Semua Tandas murid dan guru perlu dipantau sebelum pembukaan sekolah.

Makluman dan Tindakan : Unit Kebersihan/Keceriaan

4
6.6 SPBT

6.6.1 Diuruskan oleh ustazah Siti Rohayu Bt Zakaria untuk sesi 2023/2024
6.6.2 Murid Baharu dari SRITI tidak mempunyai buku teks,sekolah kekurangan bekalan buku dan
masih dalam usaha mencari bekalan dari sekolah lain.
6.6.3 Setakat ini SK Taman Selasih mempunyai lebihan buku dan pihak sekolah sudah mengambil buku
tersebut.
6.6.4 Antara kelas yang masih tidak cukup bilangan buku teks ialah kelas 2 Melati seramai 5 orang.
6.6.5 Guru kelas perlu mengingatkan murid dan waris untuk menulis nama dihalaman yang
disediakan serta membalut buku dengan baik.
6.6.6 Pemeriksaan buku teks akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan semua
buku teks dibalut dengan baik.
6.6.7 Bagi pengurusan Bilik BOSS ,setiap rak perlu dilabelkan dengan kemas dan baik mengikut
tahun .Ini juga adalah salah satu persediaan sebelum dipantau oleh pihak berkenaan.

Makluman dan Tindakan : Unit SBPT dan Guru Kelas

6.7 APDM/SSDM/Kehadiran

6.7.1 APDM –kehadiran perlu dikemaskini jam 9 pagi(Ketetapan Sekolah)


6.7.2 Rekod kehadiran sesi lalu(Lampiran) merekodkan penurunan dan tidak mencapai KPI
sekolah.Pihak sekolah juga tidak dapat mengambil tindakan kepada murid ponteng atas sebab
‘PKP’.
6.7.3 Untuk sesi baharu,sekola perlu lebih tegas lagi bagi menanangi isu ponteng.
6.7.4 SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) merupakan tindakan guru kelas untuk mengisi nilai
baik atau salah laku murid.
6.7.5 Untuk salah laku berat ,mohon guru kelas memberi amaran sebanyak 3 kali /buat rampasan
sebelum mengisi SSDM.
6.7.6 Mengikut ketetapan sekolah setiap guru perlu mengisi 10 amalan baik kepada murid setiap
bulan.Rekod sesi lalu didapati 10% tidak mencapai target .
6.7.7 Isu kehadiran adalah ponteng.Guru Kelas perlu memainkan peranan dengan menghantar surat
amaran.
6.7.7.1 Murid tidak hadir secara berturut-turut
6.7.7.1.1 Amaran yang pertama murid tidak hadir berturut turut selama 3 hari
6.7.7.1.2 Amaran kedua murid tidak hadir berturut-turut selama 7 hari selepas amaran pertama
6.7.7.1.3 Amaran terakhir murid tidak hadir berturut-turut selama 7 hari selepas amaran kedua
6.7.7.1.4 Tindakan buang sekolah akan dilaksanakan selepas 14 hari selepas amaran ketiga
6.7.7.1.5 Jumlah keseluruhan murid tidak hadir adlah 31 hari berturut-turut
6.7.8.2 Murid tidak hadir (TIDAK berturut –turut)
6.7.7.2.1 Amaran pertama dikeluarkan selepas 10 hari murid tidak hadir
6.7.7.2.2 Amaran kedua murid tidak hadir sebnayak 20 hari selepas amaran pertama
6.7.7.2.3 Amaran ketiga murid tidak hadir sebnayak 20 hari selepas amaran kedua
6.7.7.2.4 Amaran ketiga juga akan dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir 60 hari berturut –
turut.

6.8 Bimbingan dan Kunseling PPDa

6.8.1 Untuk program guru penyanyang ,sekiranya murid tidak memberi salam ,guru perlu
memulakan dahulu.
6.8.2 Program 5 minit PPDa akan diteruskan .
6.8.3 Sudut PPDa akan ditambah baik dari masa ke semasa

5
6.8.4 Mohon warga SKLB untuk kosongkan tempat meletak kenderaan di sebelah pondok
PPDa.Ini bertujuan untuk menaik taraf pondok tersebut.
6.8.5 Terdapat program baharu iaitu Program Modal Insan Dan Kenegaraan .Merupakan program
berbentuk kerohanian .Untuk perlaksaan boleh berkerjasama dengan Panitia Sejarah atau
Kelab Rukun Negara .Akan di kelolakan oleh Ustazah Rusmaliza Bt Abdul Rahman

Makluman dan Tindakan : Semua Guru

6.9 PIBG Dan PIBK

6.9.1 Pk Hem memaklumkan mesyuarat PIBG akan berlangsung pada akhir bulan April
6.9.2 Mohon jawatankuasa PIBG membuat persediaan awal
6.9.3 PIBK – sekolah perlu menarik lebih ramai waris datang ke sekolah .Untuk bersama –sama
melaksanakan program atau majlis yang dijalankan

Makluman dan Tindakan : AJK PIBG


7.0 Pembukaan Sekolah

7.1 Gotong royong akan dijalankan sebelum pembukaan sekolah


7.2 Guru perlu memastikan kelas,bilik –bilik khas dan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih dan
selamat. Setiap guru yang terlibat akan diberi ‘check list’ pada hari gotong royong.
7.3 Pada hari pembukaan sekolah sekolah akan didatangi oleh pelawat dari PPD ,guru akan bertugas
seperti biasa.
7.4 Sambutan Murid Tahun 1 akan dimulakan lewat sedikit iaitu pada jam 7.45pagi.Murid akan masuk dari
pintu masuk Tahap 1 dan berhimpun di belakanag dewan.
7.5 Minggu pertama persekolahan tiada PdP berlaku.Sekolah akan menganjurkan Program ‘Kelasku Ceria
‘ pada hari pertama persekolahan .Ini kerana Objektif KPM menetapkan sekolah tiada PdP pada
minggu pertama –persekolahan adalah bertujuan untuk memastikan murid seronok hadir ke
sekolah
7.6Setiap kelas akan dicat semua mengikut aras.Setiap aras akan dicat dengan warna yang berbeza.
7.7 Kelas 4 Melati akan menjadi kelas 5 Melati,guru kelas pastikan tanda nama kelas dikemaskini.
7.8 Guru kelas perlu sediakan senarai nama murid dan dilekatkan di pintu masuk kelas serta sediakan jam
dinding di dalam kelas
7.9 Murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah pada hari pertama persekolahan.Dan Isnin
hingga Khamis murid dibenarkan memakai pakaian sukan.

Makluman dan Tindakan : Semua Guru


8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pk HEM meminta setiap unit HEM mengemaskini semula fail


8.2 Harapan beliau agar setiap program yang dijalankan ,semua guru memberi kerjasama dan
komitmen yang baik serta dapat membuat pengagihan kerja yang adil
8.3 Mohon guru membat dokumentasi untuk setiap aktiviti yang dijalankan
8.4 PK HEM memaklumkan bahawa duit zakat telah dikeluarkan bagi pembelian tali leher (murid
lelaki) dan tudung hitam(murid perempuan) dan akan diedarkan pada minggu pertama
persekolahan.
8.5 Mohon jawatankuasa bantuan untuk mengira semula kuantiti tali leher dan tudung
8.6 Banner Tahun 1 disediakan oleh Sir Izwan .
8.7 Pihak KAFA bersetuju untuk tidak menggunakan kelas tahun 1 dan mereka akan menggunakan
blok tahun 2 sebagai kelas terkini.
Makluman dan Tindakan : Semua Guru

6
9. PENUTUP

9.1 PK HEM mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru kerana telah
memberikan komitmen yang baik kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugasan masing-
masing untuk sesi 2022/2023 ini.

9.2 Akhirnya, PK HEM mengakhiri dan menangguhkan mesyuarat dengan tasbih kafarah dan
suratul ‘Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………........................
Norul Fazlin Bt Zainal Karib Noor Hayati Bt Bahari
Setiausaha HEM PK HEM
SK Labu Besar SK Labu Besar

Disahkan oleh,

………………………………
Nur Azima Bt Ya’acob
Guru Besar
SK Labu Besar

You might also like