You are on page 1of 3

Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Keluarga baru-baru ini.

Tulis laporan program tersebut dengan lengkap.

Laporan Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Taman Murni

Pada hari Ahad, 20 April 2018, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Murni telah
menganjurkan Hari Keluarga. Majlis itu diadakan di kawasan sekolah. Majlis tersebut bertujuan untuk
merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru.

Majlis bermula pukul 8.30 pagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Alias Borhan,
Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Dato’ Alias telah melahirkan rasa bangga atas semangat
kekeluargaan yang telah ditunjukkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Taman Murni.

Acara dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tiup belon, lari
dalam guni, cari duit dalam tepung dan tarik upih. Acara disertai oleh ibu bapa, guru-guru dan murid-
murid. Persembahan kebudayaan juga telah diadakan di Dewan Anggerik. Persembahan yang dijalankan
ialah tarian, nyanyian dan pertandingan bercerita. Setiap orang yang ingin menyaksikan persembahan
dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00.

Untuk mereka yang ingin mengalas perut, jualan makanan dan minuman diadakan di kantin
sekolah. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan disediakan. Pada
pukul 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan.Hadiah diberikan kepada
pemenang acara sukaneka dan pertandingan nyanyian. Cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi
memeriahkan lagi majlis.
Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang. Pada keseluruhannya Hari Keluarga yangdiadakan
berlangsung dalam suasana meriah. Majlis ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai
matlamatnya.

Disediakan oleh, 26 APRIL 2018


Khairul Azman
(KHAIRUL AZMAN BIN HASHIM)
Setiausaha,
Tahun Enam Delima,
Sekolah Kebangsaan Taman Murni.
Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

Pada 22 November 2019, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Imbi mengadakon Hari Ucapan don Penyampaian
Hadiah. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menghargai kecemerlangan murid-murid.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-
murid yang berjaya dalam pelajaran. Beliau juga menyeru murid-murid agar terus belajar untuk berjaya.

Majlis disusuli dengan ucapan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), iaitu Encik Wee Tong
Ngee. Beliau menasihati murid-murid supaya mendengar nasihat yang diberikan oleh guru-guru.

Majlis diteruskan dengan sesi pengampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat keputusan
cemerlang dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum. Hadiah disampaikan oleh Encik Wee Tong Ngee.

Acara pertunjukan pentas oleh murid-murid turut diadakon. Antara persembahan yang diadakan ialoh
tarian, nyanyian dan lakonan.

Selepas itu, para ibu bapa don guru menikmati jamuan ringan. Majlis itu tamat pada pukul 1 tengah hari
dalam suasana yang meriah. Majlis telah berjalan dengan lancer dan berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh, 27 NOVEMBER


2019
Khairul Azman
(KHAIRUL AZMAN BIN HASHIM)
Setiausaha,
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.

Sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan melukis sempena Minggu Alam Sekitar. Sebagai pemberita,
kamu diminta menulis berita tentang aktiviti itu. Tulis berita kamu selengkapnya.

KEMAMAN, 28 Oktober - Kemaman telah menganjurkan satu pertandingan melukis sempena Minggu Alam
Sekitar. Pertandingan itu telah diadakan di Dewan Seri Kejora.

Pertandingan melukis bertemakan alam sekitar ini dianjurkan oleh kelab Pencinta Alam Sekolah.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu murid tahap satu dan murid tahap dua. Para peserta
dikehendaki membawa peralatan melukis sendiri.

Menurut pengerusi pertandingan, Puan Sutilah binti Borhan, pertandingan melukis ini bertujuan untuk

menanamkan perasaan cinta kepada alam sekitar serta memberi pendidikan akan kepentingan menjaga alam
sekitar.

Secara tidak langsung mereka akan lebih bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Hadiah untuk para pemenang telah disumbangkan oleh orang ramai. Selain itu, beberapa syarikat swasta
juga turut menaja hadiah pertandingan ini. Pemenang bagi tahap satu ialah Nur Zahirah. Manakala pemenang bagi
tahap dua disandang oleh Mei Mei.

Pertandingan melukis berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada para

pemenang. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Encik Lee Guan Chee. Beliau mengucapkan tahniah
kepada penganjur kerana berjaya mengadakan program yang amat bermakna ini kepada murid-murid.
Pertandingan melukis sempena Minggu Alam Sekitar berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Program ini
berjaya mencapai matlamatnya.

You might also like