You are on page 1of 2

Contoh Karangan Laporan 1

Laporan Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan

Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang


Pada 24 April 2019 Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang telah mengadakan sambutan Hari
Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-40. Majlis ini diadakan di Dewan Semarak Budi. Hari
Anugerah Kecemerlangan ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid dalam kurikulum dan
kokurikulum.
Sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan dilakukan. Para guru bekerjasama
menghias pentas dan menyediakan hadiah untuk murid, cenderamata untuk tetamu kehormat,
dan hadiah cabutan bertuah. Murid-murid turut sama membantu guru. Malah, murid-murid
yang terlibat dalam persembahan gigih berlatih bagi memastikan persembahan tiada cacat
cela ketika majlis berlangsung.
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi apabila tetamu kehormat dan ibu bapa tiba dan
mengambil tempat duduk masing-masing. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aidil
bin Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ulu
Mengkuang. Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan, persembahan tarian murid Tahap 2 dan
nyanyian murid Tahap 1.
Majlis melabuhkan tirai pada pukul 12.30 tengah hari. Tetamu kehormat dan ibu bapa
menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Pihak sekolah berharap agar majlis
seperti ini diadakan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 28 APRIL 2019


Daniel
(DANIEL BIN RAHIM)
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan,
Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang.
Contoh Karangan Laporan 2

Laporan Perkhemahan Pengakap


Sekolah Kebangsaan Sri Delima

Pada 25 Februari 2019 hingga 28 April 2019, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Sri
Delima telah mengadakan perkhemahan di Lata Kijang. Perkhemahan ini telah disertai oleh
40 orang ahli pengakap dan empat orang guru pengiring.
Perkhemahan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental dan
membentuk keyakinan diri para peserta. Di samping itu bertujuan memupuk nilai-nilai positif
dalam diri peserta untuk melahirkan generasi muda yang memiliki sahsiah terpuji.
Sepanjang perkhemahan, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulan dalam
menjalankan sebarang aktiviti.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya
ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan, memasak, membina gajet dan sebagainya.
Aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua ahli kumpulan.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Para peserta dapat
menimba pengalaman berharga dan pengetahuan baru. Malah, hubungan antara pengakap
bertambah erat ibarat aur dengan tebing.

Laporan disediakan oleh, 05 MAC 2019


Hairul Azam
(HAIRUL AZAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sri Delima.

You might also like