You are on page 1of 4

KEJAYAAN PERKHEMAHAN BINA INSAN NURID SEKOLAH RENDAH

1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SARAWAK.

Perkhemahan Bina Insan Murid Sekolah Rendah 1Malaysia Peringkat Negeri


Sarawak telah berjaya diadakan dan mencapai objektif penganjurannya. Perkhemahan ini
telah diadakan pada 26 hingg 29 September 2016 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri
Sarawak (Kem Santubong). Perkhemahan ini merupakan salah satu takwim aktiviti Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan dianjurkan sepenuhnya oleh Pusat Kokurikulum Negeri
Sarawak (Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak).
Perkhemahan ini melibatkan seramai 120 peserta iaitu terdiri daripada murid-murid
sekolah rendah sekitat Simunjan, Padawan,Serian, Kuching, Lundu dan Bau. Penggerak
utama untuk memastikan kelancaran aktiviti semasa perkhemahan ini ialah barisan guru-guru
sekolah sendiri yang mana telah dilantik secara rasmi sebagai Jurulatih sama ada Jurulatih
Kebangsaan, Jurulatih Negeri atau Pembantu Jurulatih di Pusat Kokurikulum Negeri
Sarawak. Setiap jurulatih-jurulatih di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak juga merupakan
tenaga kejurulatihan yang mahir dan mempunyai bidang kepakaran masing-masing untuk
setiap aktiviti seperti aktiviti air, aktiviti darat, aktiviti aras tinggi, kaunseling dan sebagainya.
Semasa perkhemahan ini juga seramai 22 tenaga jurulatih yang terdiri daripada kalangan
guru-guru sekolah rendah negeri Sarawak diperlukan.
Antara objektif program perkhemahan ini adalah untuk menambah pengetahuan
tentang beberapa aktiviti luar. Kedua adalah mengajar murid untuk membuat keputusan
melaksanakan aktiviti aktiviti kehidupan harian secara teratur dan berdisiplin. Seterusnya
murid-murid dapat berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dan bertolak ansur antara satu
sama lain yang berbilang kaum, agama dan bahasa. Objektif seterusnya adalah untuk
mengembangkan kreativiti dan semangat kepimpinan masing-masing dalam bidang kesenian
dan kebudayaan. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada murid untuk mengenali etika
diri sendiri dan mengetahui potensi diri melalui aktiviti luar. Akhir sekali adalah dapat
memupuk dan menerapkan semangat kenegaraan dan integrasi di kalangan murid yang
berbilang kaum, agama dan bahasa.

Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa perkhemahan ini. Aktiviti terbahagi kepada
dua iaitu aktiviti secara in door dan out door. Antara aktiviti secara in door ialah
Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Di mana aktiviti ini lebih berfokuskan kepada pengetahuan
semasa dan kaedah perbincangan murid semasa dalam kumpulan. Seterusnya aktiviti
berbentuk kerohanian kepada semua peseta. Pada malam terakhir, telah diadakan juga Malam
Kebudayaan dimana pada malam tersebut murid-murid membuat persembahan dalam
pelbagai elemen seperti nyanyian, lakonan dan tarian. Selepas selesai persembahan, para
murid memperagakan busana tradisional masing-masing mengikut kaum.
Manakala untuk aktiviti berbentuk outdoor pula, antara aktiviti-aktivitinya adalah
rempuh halangan, permainan rakyat. absailing, kubung terbang, jalajah basikal dan tembok
tiruan. Kesemua aktiviti ini menguji daya ketahanan mental dan fizikal para murid. Selain itu,
aktiviti ini dapat memperlihat sikap kerjasama dan keyakinan dalam diri para murid. Secara
keseluruhannya, para murid dapat menjalankan dan menyertai kesemua aktiviti dan seronok.
Pada pagi Khamis, 29 September 2016 telah diadakan Majlis Penutupan secara rasmi.
Majlis penutupan pada pagi tersebut telah disempurnakan oleh Puan Salina binti Bujang
(Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak) yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Dalam majlis itu juga turut serta adalah Encik Mohammad Sharkawi bin Mohammad Askar
selaku Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Perkhemahan
Bina Insan Murid Sekolah Rendah 1Malaysia Peringkat Negeri Sarawak dan semua pegawai
yang betugas di Pusat Kokurikulum Negeri Sarawak.
Dalam ucapan Puan Salina binti Bujang (Ketua Penolong Pengarah Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) yang mewakili
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam majlis penutupan adalah beliau
menyatakan perasaan keterujaan untuk bersama-sama para murid apabila diberitahu untuk
bersama-sama dalam majlis penutupan ini. Antara intipati penting dalam ucapan beliau
adalah berkaitan potensi setiap murid adalah sangat penting. Beliau menambah lagi, setiap
murid haruslah sentiasa bersifat positif dan mengetahui bahawa ada satu potensi yang sangat
berharga dan berguna dalam diri mereka yang akan mereka aplikasi suatu hari nanti. Beliau
juga menyatakan bahawa setiap murid haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan
sentiasa bersyukur atas nikmat kemajuan pada hari ini dan sentiasa mengutamakan perpaduan
antara rakan-rakan semasa di sekolah.

Beliau turut menyampaikan salam kemaafan dari

Pengarah kerana tidak dapat bersama pada hari tersebut kerana desakan tugasan hakiki yang
lebih memerlukannya. Akhir ucapan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah
kepada semua murid kerana telah berjaya mengharungi cabaran dalam perkhemahan ini dan
sentiasa dalam keadaan selamat dan ceria.
Selesai ucapan, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata kepada tetamu jemputan, para jurulatih dan para peserta yang terlibat. Hadiah
telah disampaikan oleh tetamu jemputan kepada para pemenang untuk Malam Kebudayaan.
Dalam perkhemahan ini juga, 2 orang peserta telah terpilih untuk dianugerahkan sebagai
Peserta Lelaki Terbaik dan Perempuan Terbaik. Untuk Peserta Lelaki Terbaik telah
dianugerahkan kepada adik Sapetrus Pasang anak Stou dari SK Rajau Ensika (PPD
Simunjan). Manakalah Peserta Perempuan Terbaik dianugerahkan kepada adik Bellini anak
Brit dari SK Paya Mebi (PPD Padawan). Kedua-kedua mereka telah diberi sijil penghargaan
dan sebuah beg sekolah yang baharu. Dalam pemilihan peserta terbaik ini, peserta adalah
dinilai berdasarkan bebeapa kriteria penting seperti penglibatan dalam kumpulan, kerajinan,
gaya kepimpinan, komunikasi antara rakan dan guru, keaktifan semasa aktiviti dan
sebagainya.
Penganjuran perkhemahan ini juga sejajar dan selari dengan agenda dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah
diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan
dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran
Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah
dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi
penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna
terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, perkhemahan ini
memberi impak yang sangat positif dalam diri peserta agar mereka dapat dilengkapi dengan
salah satu aspirasi murid yang ditonjolkan.
Secara tuntasnya, Perkhemahan Bina Insan Murid Sekolah Rendah 1Malaysia
Peringkat Negeri Sarawak ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai obejektifnya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua barisan jurulatih yang bersemangat waja,
komited dan memberi kerjasama yang terbaik semasa program berlangsung. Tidak dilupa
juga kepada pihak penganjur kerana telah memberi perkhidmatan dan layanan yang sangat

baik dan profesional. Bersama sama kita menjulangi pendidikan negeri Sarawak demi
kemenjadian murid yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Fly Kenyalang Fly, Fly
High!!!!

Disediakan oleh :
Cikgu Osman bin Zaini
SK Rajau Ensika
PPD Simunjan

You might also like