You are on page 1of 3

Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti

keseluruhan yang kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan,


kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, norma, adat resam dan kemahirankemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam
kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara
ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala, menurut Marof Redzuan dan
rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat
ahli-ahli masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh
budaya masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual dan holistic
(menyeluruh).
Definisi Budaya Sekolah
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah
sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi,
struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri
untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah:
Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik
oleh Yaakob, 2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu
faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru,
reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya
mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai
persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana.
Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang
dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992;
Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya
boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan
budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
Sifat budaya sekolah
Melalui definisi-definisi di atas, terdapat beberapa sifat yang dapat kita pastikan dalam
membentuk budaya sekolah. Setiap sifat dan dalam rangkaian budaya mempunyai fungsi

dan peranan serta pengertian yang tersendiri yang menjadi asas sekolah. Maksud yang
tersirat dalam sifat-sifat budaya sekolah menurut Shatar Sabran (2001) adalah seperti
simbol, norma yang terdiri daripada Mores dan resam, nilai, kepercayaan dan ritual,
bahasa, tradisi dan perayaan, konvensi dan andaian dan pengetahuan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya sekolah
Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang
membentuk sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam
membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi, struktur
organisasi, komunikasi yang berkesan, persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan
pekerja, perancangan kurikulum, belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan
disiplin dan komuniti.
Definisi visi, misi dan nilai
Visi ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang
berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi
Empat). Visi juga merupakan matlamat sekolah yang berorientasikan pencapaian. Misi
ialah memberi arah tuju dan tujuan sekolah yang nyata. Ia adalah cara merancang pelan
operasi bagi mencapai objektif dan sasaran oleh masyarakat sekolah. Nilai adalah
bagaimana sifat-sifat dapat dicapai.
Nilai dan visi mempengaruhi budaya sekolah.
Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan
dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan yang menjadi asas dam visi sekolah. Selain itu,
struktur dan sistem sekolah membolehkan sekolah memilih cara bagaimana ia
menjalankan aktiviti visi. Visi sekolah terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang
timbul daripada nilai dan kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam
sesebuah sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan hala tuju sekolah sesebuah
sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam membentuk wawasan
sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga sekolah untuk mencapainya. Oleh itu,
nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk budaya sekolah dan

tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai dan visi adalah
cermin sesebuah sekolah tersebut.

You might also like