You are on page 1of 2

Untuk ruangan kali ini, saya akan mengemukakan dua konsep iaitu

homofon dan homograf. Pelajar perlu mengetahui konsep ini bagi


membantu mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai
mengikut konteks ayat.

Homofon (bahasa Inggeris: Homophone) merujuk kepada perkataan yang


disebut sama dengan perkataan lain tetapi berbeza dari segi maksud. Ia
terbahagi kepada 2 iaitu:

Homofon yang dieja serupa tetapi mempunyai maksud yang berbeza,


atau merujuk kepada perkara yang tidak sama. Contoh, "buku" (bahan
bacaan) dan "buku" (bahagian di antara dua ruas);
Homofon yang dieja berbeza tetapi mempunyai sebutan yang hampir
sama. Contoh, "massa" (dalam perkataan media massa) dan "masa"
(waktu), atau "golongan" (kumpulan) dan "gulungan" (benda yang dilipat
hingga berbentuk bulat panjang).

Homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan


sebutan. Contoh: bela (menjaga atau memelihara) dan bela (tuntut
atau membalas balik).

Latihan: Homofon

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di


bawah ini, untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)

telur - telor

(b)

seluk selok

(c)

gelang gelang

(d)

cocok cucuk

(e)

gulungan - golongan

Latihan: Homograf

Bina sepasang ayat dengan menggunakan setiap patah perkataan di


bawah ini untuk menunjukkan perbezaan maknanya.

(a)

Rendang rendang

(b)

Perang perang

(c)

bena bena

(d)

semak semak

(e)

tepak tepak

You might also like