You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur


Gemilang Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor
Jaya 2 Tahun 2019.

Bil Queue Remark


1 Salutasi

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merba dipohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh,
Dan salam sejahtera.

Yang berusaha,

Pn Nik Hasni binti Nik Mahmod,


Pengetua SMK Taman Johor Jaya 2,
Barisan Guru Penolong Kanan,
Guru Kanan Mata Pelajaran,
Barisan guru,
Dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

2 Kata Aluan

Setinggi – tinggi kesyukuran kedahrat


pencipta, kerana diatas limpah
kurnianya,dapat kita bersama-sama
berkumpul bagi Majlis penutupan Bulan
Kebangsaan dan Kibarkan Jalur Gemilang
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Johor Jaya 2 Tahun 2019.

3 Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi


ini marilah kita sama-sama mengaminkan
doa yang akan diketuai oleh

__________________________________

Cue: selepas doa dibacakan

Amin, Amin ya Rabbal Alamin. Majlis


merakamkan setinggi- tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Adik Ammar
Haikal diatas bacaan doa sebentar tadi.
4 Pengenalan Aktiviti

Untuk makluman para hadirin, seperti


tahun-tahun sebelum, SMK Taman Johor
Jaya 2 menyambung tradisi sambutan yang
diadakan saban tahun.

Selaras dengan tema sambutan hari


kebangsaan pada tahun ini, Sayangi
Malaysiaku:Malaysia Bersih,tema tahun
ini menekankan kepentingan perpaduan dan
semangat cintakan Negara bagi memastikan
kesejahteraan dan kemakmuran Negara
tanpa mengira perbezaan kaum,agama dan
bangsa. Menonjolkan nilai integriti dan
jati diri rakyat Malaysia yang bersih
dan tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah


telah mengadakan pelbagai aktiviti yang
menarik sepanjang bulan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan


mulai 1 Ogos hingga 17 September adalah,

1. Kuiz Kemerdekaan
2. Pertandingan Melukis Poster
Kemerdekaan
3. Pertandingan Kelas Patriotik Abad
21
4. Senamrobik Merdeka JJ2
5. Pertandingan Fotografi Selfie
Wefie Merdeka(Ucapan di laman
Facebook)

5 Penyampaian Hadiah

Bagi tidak melengahkan masa lagi pihak


majlis menjemput Pn Nik Hasni binti Nik
Mahmood, Pengetua SMK Taman Johor Jaya 2
diiringi oleh Pn Pushparani P.
Palanisamy, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Rujuk senarai pemenang


6 Ucapan Pentadbir

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan Berlapan dimalam kelam,
Sudilah puan memberi ucapan,
Kata-kata puan pembuka kalam.

Seterusnya,
Memulakan bingkisan ucapan, majlis
menjemput Pn Nik Hasni binti Nik Mahmod,
Pengetua SMK Taman Johor Jaya 2 untuk
menyampaikan ucapan sekaligus menutup
rasmi Bulan Kebangsaan dan Kibarkan
Jalur Gemilang Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2
Tahun 2019.

Dengan penuh takzim, majlis


mempersilakan puan.

Cue: selepas habis ucapan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di


atas ucapan penutupan sebentar tadi.

7 Gimik Pelancaran

Seterusnya, Majlis menjemput wakil murid


untuk mempersembahkan sebuah sketsa
sebagai gimik penutupan
Bulan Kebangsaan dan Kibarkan Jalur
Gemilang Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 Tahun
2019.

Cue: selepas habis penutupan

Terima kasih diucapakan kepada Pn


Pushparani Palanisamy diatas kesudian
beliau menyempurnakan gimik penutupan
itu sebentar tadi.
8 Penutup

Seterusnya, bagi mengakhiri majlis kita


pada pagi ini, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian diminta berdiri untuk nyanyian
lagu Negaraku.
Cue: selepas habis lagu Negaraku

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya


nyanyian lagu Negaraku itu tadi,maka
berakhirlah majlis penutupan kita pada
pagi ini.

Akar Keladi Melilit Selasih,


Selasih tumbuh tepi jambangan,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman.

Saya mewakili pihak jawatankuasa program


memohon ampun dan maaf sebarang salah
dan silap sepanjang pengendalian majlis.

Sekian Wabillahiwaltaufik walhidayah,


wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

Tambahan:

You might also like