You are on page 1of 6

MC PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2019

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha Pn.Norpisah Bt Ibrahim, guru besar SK Taman Damansara Aliff


*Yang dihormati,Tn Hj Abd Rahman Bin Mohamad, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru,
Yang dihormati, En Samsuri B Md Noh, guru penolong kanan Pentadbiran
Pn Marsila Bt Abd Karim, guru pen kanan HEM
En Mohd Yazid Bin Saupian, gpk Kokurikulum
Cik Suhada Bt Abd Wahid selaku penyelaras Sambutan Bulan Kebangsaan 2019
Ahli persatuan ibu bapa dan guru, rakan2 guru serta murid - murid yang dikasihi sekalian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan kita raikan
Pelbagai aktiviti menarik telah disajikan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana di hari yang penuh berbahagia dan ceria ini
kita dapat bersama – sama berkumpul bagi memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan
Kebangsaan peringkat SK Taman Damansara Aliff tahun 2019.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sambutan bulan kebangsaan tahun ini, dengan tema
"Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih", telah bermula pada 4 Ogos 2019 yang lalu dan berakhir
pada hari ini, 12 September 2019.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan antaranya ialah pertandingan mewarna,
Pertandingan Pakaian Beragam, Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Melukis Poster ,
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik , Pertandingan Buku Skrap dan Pertandingan Swafoto.
___________________________________________________________________________

*Tayangan Montaj*
Hadirin sekalian,

Bagi membuka tirai majlis hari ini, marilah kita bersama – sama menyaksikan sebuah tayangan
multimedia sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SKTDA tahun 2019. Mari bersama
– sama kita saksikan!

____________________________________________________________________________

*Ucapan GB*

Terima kasih diucapkan atas tayangan multimedia sebentar tadi. Jelas terlihat dan terasa
bahang kemeriahan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan sambutan hangat daripada seluruh
warga SKTDA dalam apa jua aktiviti dan acara yang dipertandingkan. Berikan tepukan yang
paling gemuruh atas semangat Patriotisme yang ditunjukkan oleh seluruh warga SKTDA.

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Puan guru besar kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Majlis dengan ini mempersilakan yang berusaha Pn Norpisah Bt Ibrahim, guru besar SK Taman
Damansara Aliff untuk menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Sambutan Bulan
Kebangsaan peringkat SK Taman Damansara Aliff tahun 2019.

*Persembahan pelajar*

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha Pn Norpisah Bt Ibrahim atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Tarian gemalai Warisan tradisi


Seni budaya cerminan generasi
Tangan dihulur seikhlas hati
Persembahan pelajar menyusul kini
Hadirin sekalian, majlis kini mempersilakan adik Salwa Fadlina Bt Rapai dari Kelas 4 Alfa untuk
mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk ________________. Dipersilakan!

Terima kasih adik salwa fadlina atas persembahan yang begitu bersemangat sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Kita ceriakan lagi majlis pada hari ini dengan sebuah persembahan nyanyian koir patriotik yang
akan disampaikan oleh murid – murid dari Tahun 4 Delta dengan lagunya yang bertajuk
___________. Dipersilakan!

__________________________________________________________________________

*Penyampaian hadiah*
Terima kasih murid – murid 4 Delta atas persembahan yang begitu bertenaga sebentar tadi.

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah bagi acara – acara yang
telah dipertandingkan.

Dengan ini majlis mempersilakan yang berusaha Pn Norpisah Bt Ibrahim, guru besar SK Taman
Damansara Aliff diiringi yang dihormati Pn Marsila Bt Abd Karim untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Majlis menjemput

 Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1


 Pertandingan Mewarna Tahap 1
 Pertandingan Swafoto Kategori Murid

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha Pn Norpisah Bt Ibrahim atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
*Penyampaian hadiah / Persembahan*

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
pelbagai pertandingan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Majlis kini diserikan lagi dengan persembahan
seterusnya iaitu sebuah persembahan nyanyian solo Tahun 5 yang akan disampaikan oleh adik
Shafieq Izudin Bin Zainordin dari Tahun 5 Delta dengan lagunya __________. Marilah bersama –
sama kita dengarkan.

Terima kasih adik shafiq atas persembahan yang begitu merdu sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Kita teruskan kehangatan majlis hari ini dengan persembahan seterusnya iaitu persembahan
nyayian solo Tahun 4 yang akan disampaikan oleh adik Danisha Nuwairah Bt Zainudin dari kelas
4 Alfa dengan lagunya ________________. Mari bersama – sama kita saksikan!

______________________________________________________________________________

*Penyampaian hadiah*
Terima kasih adik Danisha atas persembahan terakhir yang begitu indah sebentar tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah yang seterusnya.

Kini majlis mempersilakan yang dihormati En Samsuri Bin Md Noh, guru penolong kanan
pentadbiran SKTDA diiringi yang dihormati, En Yazid Bin Saupian untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 Pertandingan melukis poster tahap 2


 Pertandingan kuiz kemerdekaan tahap 2

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati En Samsuri Bin Md Noh atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadirin sekalian,
Kini majlis mempersilakan yang dihormati Tn Hj Abd Rahman B Mohd, Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SKTDA diiringi yang dihormati ________________, Naib Yang Dipertua Pibg
SKTDA untuk menyampaikan hadiah bagi acara yang seterusnya. Dipersilakan

 Pertandingan nyanyian solo patriotik tahap 2


 Pertandingan Koir patriotic Tahap 2
 Pertandingan Swafoto merdeka kategori guru

*Penutup*
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _________________ atas kesudian
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,


Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
Hadirin sekalian,
Kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis dengan ini ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat SK Taman Damansara Aliff ini dapat
berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan murid - murid atas kerjasama yang diberikan
bagi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2019 ini.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Sebelum majlis bersurai, hadirin diminta berdiri untuk sama – sama menyanyikan lagu Tema
Bulan Kebangsaan 2019, Malaysia Bersih. Hadirin diminta bersedia.

You might also like