You are on page 1of 14

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SK PEKAN TELUPID

TARIKH : 20.11.2014
TEMPAT : SK PEKAN TELUPID
BI
L

CUE

ANN

Apabila Perasmi
tiba

Mengumumkan
ketibaan
Yang
Berbahagia,Puan Duisa Uga, Pegawai Fasilinus
Bahasa Melayu, Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Tongod Telupid,
merangkap wakil Pegawai Pelajaran Daerah
Tongod Telupid.

CATATAN
Kevin

****Paluan kompang
***Selepas perasmi duduk

1.

Nyanyian lagu

Tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih


kepada ahli Kelab Muzik dan Kesenian
SK.Pekan Telupid di atas paluan kompang
yang bertenaga itu tadi.
Majlis dimulakan dengannyanyian lagu
Negaraku, lagu negeri sabah dan lagu
sekolah.

Syida

Untuk itu, hadirin diminta berdiri untuk samasama menyanyikan lagu dengan iringan
muzik.
Terima kasih di atas nyanyian lagu sebentar
tadi.
2.

Protokol majlis
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia,
Puan Duisa Uga,
Pegawai Fasilinus Bahasa Melayu, Unit
Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan
Daerah Tongod Telupid
Yang Berusaha,
Puan Atianah Noemi Dalus, Guru Besar
Cemerlang SK Pekan Telupid

Kevin

Encik Rukimin Sulit, Pengetua SMK Telupid,


Encik Dominic Nara,
Penolong kanan Kurikulum,SK.Pekan Telupid
Puan Zainab Ag Dullah,Penolong kanan Hal
Ehwal Murid, SK.Pekan Telupid
Encik Rosli Abd Kadir, Penolong
Kokurikulum, SK.Pekan Telupid
Pn Warnah Binti
SK.Pekan Telupid

Sira,

Penyelia

Kanan
Petang,

En Leprus Giswa, Pengerusi PIBG Sk Pekan


Telupid,
Dif-dif jemputan,barisan guru-guru,para ibu
bapa, murid-murid, Serta hadirin dan hadirat
yang dihormati sekalian.
3.

Kata Aluan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

syida

Selamat datang kami ucapkan kepada hadirin


sekalian ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
SK Pekan Telupid bagi tahun 2014.
4.

Bacaan doa

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan
sukacitanya dijemput En Abd Hakim bin Abd
Halim
untuk
memimpin
bacaan
doa.
Dipersilakan.
Setelah selesai bacaan doa...........
Amin2 ya robbal alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

syida

5.

Ucapan Ketua
Murid

Emas berlian buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah adik tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

kevin

Seterusnya majlis mempersilakan adik Ju


Anne Georgiana George, sebagai wakil murid
untuk menyampaikan ucapan.
**** Selepas ucapan

Ucapan
Pengerusi PIBG

Majlis mengucapkan terima kasih.


Bukan rumput sebarang rumput,
Pohon penghias tepi jambatan;
Bukan jemput sebarang jemput,
Mohon ucapan Pengerusi PIBG

Kevin

Seterusnya, majlis menjemput Encik Laprus


Giswa, Pengerusi PIBG SK Pekan Telupid untuk
menyampaikan
ucapan.
Majlis
mempersilakan.
**** Selepas ucapan

7.

Ucapan
Alu-aluan oleh
guru besar

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan


yang telah disampaikan tadi.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada suaranya.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput
Yang Berusaha Puan Atianah Noemi Dalus,
Guru Besar Cemerlang SK Pekan Telupid untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan
**** Selepas ucapan
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.

syida

8.

Ucapan oleh
Perasmi

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang hadirin sekalian,


Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu
ucapan
Perasmian
Penangguhan
Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang SK Pekan Telupid.
Untuk itu,majlis dengan penuh takzim
menjemput dan mempersilakan Puan Duisa
Uga, Pegawai Fasilinus Bahasa Melayu, Unit
Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan
Daerah Tongod Telupid untuk menyampaikan
ucapan.
Setelah selesai ucapan......
Majlis menjemput yang berusaha Puan
Atianah Noemi Dalus Guru Besar Cemerlang
SK Pekan Telupid diiringi oleh Encik Dominic
Bin Nara untuk mengiringi Yang Berbahagia,
Puan Duisa Uga, Pegawai Fasilinus Bahasa
Melayu, Unit Pengurusan Akademik, Pejabat
Pendidikan Daerah Tongod Telupid
bagi menyempurnakan perasmian, dengan
membunyikan
chimes
seterusnya
menyampaikan cendera kenangan kepada
perasmi.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian Yang Berbahagia, Puan Duisa Uga,
Pegawai Fasilinus Bahasa Melayu, Unit
Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan
Daerah Tongod Telupid dan Yg Berusaha Puan
Atianah
Noemi
Dalus
atas
kesudian
menyempurnakan acara sebentar tadi.

kevin

9.

Persembahan
Percussion

Dari Madinah ke Pengkalan Jeddah,

kevin

Sarat bermuat si buah pala,


Berucap sudah perasmian pun sudah,
Marilah kita berhibur pula..
Tuan-tuan dan puan-puan, sebagai pemecah
sunyi dan menyemarakkan semangat kita
pada pagi ini, marilah kta bersama-sama
mendengar kombinasi paluan percussion
daripada murid-murid SK.Pekan Telupid.
Dipersilakan.
***selepas persembahan
Hadirin sekalian, persembahan percussion itu
tadi telah mendapat bimbingan dan latihan
daripada En.Mohd Ali Karimi. Terima kasih
diucapkan.

10.

Persembahan
Multimedia

Pakaian dipakai cantik berseri


Majlis keraian kita semua
Majlis kita takkan berseri
Tanpa persembahan multimedia
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan persembahan
multimedia. Persembahan Multimedia ini telah
disediakan oleh Encik Firhan Bin Asilin.
Marilah sama-sama kita saksikan
persembahan multimedia ini.
Terima kasih diucapkan atas persembahan
sebentar tadi.

syida

11.

Penyampaian
Sijil Pra-sekolah

Majlis diteruskan lagi dengan acara


penyampaian sijil pra-sekolah. Bagi
menyempurnakan majlis, majlis menjemput
En Rosli Abd Kadir, Penolong Kanan
Kokurikulum, dengan diiringi oleh Puan Marina
Binti Anthony Penyelaras Hari Anugerah 2014.

Kevin

Bagi Kategori kedatangan terbaik, dari kelas


Aktif, dipersilakan adik:
TN.NURSYUHADAH TN MOHD SUHARDAM
MUSTAQIM NUR ILYAS MUSTARI
NOOR HIDAYAH SUWARTO
dan adik
KENNY MICHEAL
Dari kelas Budiman, dipersilakan adik..
Dari Kelas Cendekiawan, dipersilakan adik...
Dari kelas intelak, dipersilakan adik..
Seterusnya bagi kategori Disiplin terbaik. Dari
kelas aktif, dipersilakan adik...
Sehingga habis.. Rujuk senarai nama

12.

Penyampaian
Sijil Pendidikan
Khas

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En


Rosli Abdul Kadir di atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan acara
penyampaian sijil pendidikan khas. Untuk itu
majlis menjemput Encik Joill Bin Dohinding,
diiringi Puan Marina Anthony, Penyelaras
Majlis Hari Anugerah 2014.
Terbaik Kurikulum,
Tempat Ketiga, dipersilakan adik Nelly Albert
Tempat kedua, THIERRY JOSHUA WELLTER

syida

Dan Tempat pertama, adik Bromeo Jackroland


Jinus
Seterusnya, terbaik Ko-Kurikulum,
Dipersilakan, adik JUBLI BAKRI
Antara pencapaian murid ini ialah:
- Mewakili Sandakan ke kejohanan
balapan dan padang pendidikan khas
peringkat negeri Sabah 2014.
- Mewakili zon Sandakan ke kejohanan
sukan dan permainan (futsal) peringkat
negeri Sabah 2014.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En
Joill Bin Dohinding di atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.

13.
14.

Penyampaian
Hadiah dan sijil

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian

cemerlang

hadiah dan sijil cemerlang mengikut kelas

mengikut

kelas

tahap 1 dan
Penyampaian
Sijil

Penyampaian
Sijil
Keseluruhan Tahap 1

Murid

Cemerlang

Murid

Cemerlang
Keseluruhan
Tahap 1

tahap 1 dan

Untuk itu, majlis menjemput yang berusaha


Pn Warnah Binti Sira dengan diiringi oleh Puan
Salasiah Binti Minsil, Penyelaras Pra Sekolah
SK.Pekan Telupid.
Majlis mempersilakan.
Bagi Kategori Tahap 1, dari kelas 1 Saga,
Tempat ketiga, adik Elizebeth Alfred..dengan
pencapaian 5A dan jumlah peratus, 92%.
Tempat
kedua,
______________
dengan
pencapaian_________
dengan
jumlah
peratus___________.
Dan
Tempat
___________________
pencapaian_________
peratus___________.

pertama,
dengan

adik
dengan
jumlah

Kevin

Sehingga habis.. Rujuk Senarai nama

15.

Persembahan
Pra-sekolah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn


Warnah
Binti
Sira
di
atas
kesudian
menyampaikan sijil Sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan Persembahan action

Syida

song yang akan disampaikan oleh adik-adik


dari Pra-sekolah. Tajuk lagu mereka ialah
Buih Sabun dan I am for you. Persembahan
Prasekolah ini berkonsepkan nyanyian dan
gerakan. Persembahan ini telah dibimbing
oleh guru-guru Prasekolah, iaituPuan Salasiah,
Puan Callin, Puan Shirley dan Puan Maziah.
***selepas persembahan
Demikian tadi persembahan kanak-kanak
prasekolah yang sangat mencuit hati.Terima

16.

Penyampaian
Hadiah dan sijil
cemerlang
mengikut kelas
tahap 2 dan
Murid
Cemerlang
Keseluruhan
Tahap 2

kasih diucapkan.
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah dan sijil cemerlang mengikut kelas
tahap 2.
Untuk itu, majlis menjemput yang berusaha
En Dominic Nara dengan diiringi oleh Puan
Zainab Awg Dullah, Penolong Kanan HEM
SK.Pekan Telupid.
Majlis mempersilakan.
Bagi Kategori Tahap 2, dari kelas 4 Saga,
Tempat ketiga, adik Nur Ain Fadhilah..dengan
pencapaian 2A 2B 1C dan jumlah peratus,
75%.
Tempat
kedua,
______________
pencapaian_________
dengan

dengan
jumlah

Kevin

peratus___________.
Dan
Tempat
___________________
pencapaian_________
peratus___________.

pertama,
dengan

adik
dengan
jumlah

Rujuk senarai nama penerima

17.

Persembahan
tarian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En Dominic Nara atas kesudian
menyampaikan sijil sebentar tadi.
Awan bersua citra senja,
Ukiran sukma kilauan senja,
Penyampaian hadiah rehat seketika,
Persembahan pelajar menyusul pula.

syida

Dengan menggabungkan seni tari moden dan


tradisional,
saksikanlah
penari-penari
berbakat
dalam
kalangan
murid-murid
SK.Pekan Telupid dengan tema persembahan
mereka, Kelembutan dalam keriangan
***selepas persembahan

18.

Penyampaian
pencapaian
terbaik LINUS
2.0 2014,
Penyampaian
Sijil Kepada
Pengawas,
Ketua Kelas &
Penolong Ketua
Kelas tahap 1
dan 2.

Terima kasih adik-adik sekalian dan terima


kasih
juga
kepada
koreografe
yang
bertanggungjawab
dalam
latihan
dan
bimbingan anak-anak ini yang tidak lain dan
tidak bukan, iaitu Puan Marina Anthony dan
Encik Zuraizi Abd.Razak.
Acara diteruskan lagi dengan penyampaian
sijil bagi pencapaian terbaik LINUS 2014,
Penyampaian Sijil Kepada Pengawas, Ketua
Kelas & Penolong Ketua Kelas tahap 1 dan 2.
Untuk itu, majlis menjemput yang berusaha
En Rosli Abd.Kadir dengan diiringi oleh
PuanWarna Binti Sira, Penyelia Petang
SK.Pekan Telupid.
Majlis mempersilakan.

kevin

Bagi wakil penerima sijil pencapaian terbaik


LINUS 2014, dijemput adik
Marylyne Alfred, untuk menerima sijil.

Bagi wakil pengawas tahap 1, dijemput adik


Joshua Jaimus,
untuk menerima sijil.
Seterusnya dijemput adik Asmerelda Leprus,
untuk menerima sijil ketua kelas dan penolong
ketua kelas Tahap 1.
Bagi wakil pengawas tahap 2, dijemput adik Ju
Anne Georgiana George, untuk merima sijil.
Seterusnya wakil untuk Ketua kelas dan
Penolong Ketua Kelas Tahap 2, dijemput adik
Connie Broklyn Gibson.
Seterusnya wakil untuk Pengawas Pusat
Sumber Tahap 2, di jemput adik Aimie Alyana
Yayoh.
*** Selepas penyampaian hadiah
Terima kasih, Encik Rosli Abd.Kadir atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.
19

Persembahan
Action Song

Haidirin sekalian,
Acara diteruskan lagi dengan persembahan
action song. Lagu yang akan dibawakan oleh
mereka bertajuk rhytm Persembahan ini
telah dipimpin oleh Puan Halley dan Puan
Ratchel.
Marilah
sama-sama
persembahan tarian ini.

kita

saksikan

Syida

***selepas persembahan
Demikian tadi persembahan action song yang
sangat bersemangat dan menghiburkan
daripada murid-murid Tahun 3 Saga 2014.
20

Penyampaian
Anugerah Khas
Permata Bonda
dan Permata
Sekolah PPD
Tongod (Telupid)

Tahniah, diucapkan.
Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan
penyampaian Anugerah Khas Permata Bonda
dan Permata Sekolah PPD Tongod (Telupid).
Justifikasi pemilihan calon bagi anugerah khas
Unit Hem ini ialah, murid yang
berlatarbelakangkan keluarga susah, dan
cemerlang dari segi kehadiran dan disiplin.
Bagi menyampaikan anugerah ini, dijemput
Puan Atianah Noemi Dalus, Guru Besar
Cemerlang, diiringi Puan Warna Binti Sira,
Penyelia Petang SK.Pekan Telupid.
Anugerah Permata Bonda dan Permata
Sekolah bagi tahun 2014 dianugerahkan
kepada:
1. Angeluswin Nechodimus dari kelas 5 Saga
dengan peratus kehadiran 100%
2. _________________________ dari kelas 5 Iswara
dengan peratus kehadiran ____________
Sehingga habis(Rujuk senarai penerima)

Majlis mengucapakan terima kasih kepada


Puan Atianah Noemi Dalus, Guru Besar
Cemerlang atas kesudian menyampaikan sijil

Kevin

sebentar tadi.
21

Tokoh murid
kurikulum, dan
kokurikulum.

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan
penyampaian sijil tokoh murid kurikulum, dan
kokurikulum.
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang
Berbahagia Puan Duisa Uga, Pegawai Fasilinus
Bahasa Melayu, Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pendidikan Daerah Tongod Telupid
Dengan diiringi oleh Yg Berusaha Pn Atianah
Noemi Dalus, Guru Besar Cemerlang SK Pekan
Telupid.
Majlis menjemput dan mempersilakan.
Bagi tokoh murid kurikulum disandang oleh
adik Connie Broklyn Gibson dari kelas 6 saga
dengan pencapaian 5A.
Adik ini juga pernah menyertai:
-

Tokoh murid kokurikulum SK.Pekan Telupid,


2014 ialah adik Ju Anne Georgiana George,
dari kela 6 Saga.
Adik ini pernah mengikuti:
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada yang berusaha Yang Berbahagia, Puan
Duisa Uga, Pegawai Fasilinus Bahasa Melayu,
Unit
Pengurusan
Akademik,
Pejabat
Pendidikan Daerah Tongod Telupid dan Yang
Berusaha Puan Atianah Noemi dalus atas

Syida

kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.


22.

Nyanyian duet.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebagai

Kevin

persembahan akhir kita pada majlis ini,


marilah kita sama-sama berhibur dengan
nyanyian daripada pasangan duet sensasi
SK.Pekan Telupid, iaitu adik Ammar Mohd Ali
dan pasangannya adik Dezelynn Sony dengan
lagu medley mereka Penyembuh Rindu dan
Sandiwara Cinta.
***selepas persembahan
Itulah tadi persembahan nyanyian duet yang
telah mendapat bimbingan dan latihan
daripada Encik Mohd.Ali Karimi dan Puan
Marina Anthony. Terima kasih adik Amar dan
23.

Penutup

adik Dezelyn.
Dengan berakhirnya nyanyian duet sebentar
tadi, maka berakhirlah sudah majlis anugerah
pelajar cemerlang SK Pekan Telupid bagi
tahun 2014.
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang SK Pekan Telupid
merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.

Syida.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
dan salam berjumpa lagi.
Majlis menjemput penyelaras Sambutan Hari
Anugerah 2014 Puan Marina Anthony untuk
mengiringi jemputan khas dan guru-guru ke
kantin sekolah. Terima kasih.

You might also like