You are on page 1of 10

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2022

TENTATIF AKTIVITI/UCAPAN CATATAN

Pengumuman *Mohon perhatian minta kerjasama semua murid untuk


memberi laluan sambutan ambang
kemerdekaan yang akan dimulakan sebentar lagi……
terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan tetamu , Encik Md Solehan


bin Jaafar , Ketua Kampung, Kampung Jawa diiringi
oleh Bonda Rosnani binti Aminon, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bandar Putra dan barisan pentadbir ke
Dewan Datuk Ayub Rahmat.

(Tetamu dipersilakan duduk.)

**Persembahan pembukaan

Persembahan pembukaan itu tadi adalah dari murid


PPKI yang dinamakan kumpulan Charlizz Dancer.
Kumpulan ini telah berjaya merangkul Naib Johan
dalam Pertandingan Senamtari PPKI Peringkat
Daerah Segamat 2019 yang dibimbing oleh Cg Nur
Ariza binti Anuar.
Nyanyian lagu Diminta kepada semua hadirin untuk berdiri tegak dan
Bangsa Johor bersama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan
dan Negaraku.
lagu Negaraku.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.Hadirin dipersilakan


duduk.
Kata Aluan Irama beralun gendang dipalu
Bersama diayun berpasang-pasangan
65 tahun telah berlalu.
Bersama megah menyambut kemerdekaan.

Yang Dihormati,

En Md Solehan bin Jaafar, Ketua Kampung,Kampung


Jawa,

Yang Berusaha,
Bonda Rosnani binti Aminon, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bandar Putra
Cg Hj Aminoor Syafizan bin Alit , Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Cg Md Yusoff bin Ab Hamid,Guru Penolong.Kanan Hal
Ehwal Murid
Cg Siti Halijah binti Abd Wahab Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Cg Maizatul Asma binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas,
Cg Mohd Tahir bin Jusoh, Penyelaras Program
Sambutan Ambang Kemerdekaan

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana di


pagi yg berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi memeriahkan satu lagi program
bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 65
tahun Malaysia iaitu Sambutan Ambang Merdeka.

Pada tahun ini merupakan sambutan kemerdekaan


yang ke-65 . Tema yang dipilih untuk
tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh Bersama yang
mana dipilih kerana bagi menghargai keprihatinan,
kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam
mengharungi cabaran dan dugaan pendemik covid 19.
Jadi, inilah antara sebab mengapa tema
Keluarga Malaysia Teguh Bersama dipilih bagi tahun
2022.
Bacaan doa Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini,,dipersilakan


Ustaz Mohd Khairuddin bin Abd Rahman untuk
mengetuai bacaan doa.Dipersilakan.

Amin.amin ya rabbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al


Fadhil ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Ambang Hadirin yang dihormati,
Kemerdekaan
daripada Guru
Besar SK Bandar Tulisan rumi bacaan dewasa,
Putra Memenuhi laman setiap terbitan,
Berjuanglah demi memartabatkan bangsa,
Diskriminasi perkauman cuba elakkan.

Para guru dan murid sekalian…


Bagi meneruskan majlis sambutan ambang
kemerdekaan pada pagi ini, dengan sukacitanya
dijemput Bonda Rosnani binti Aminon Guru Besar SK
Bandar Putra ke pentas untuk menyampaikan ucapan
ambang merdeka.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Bonda


Rosnani binti Aminon di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Ucapan Bicara Tentera berani menggenggam pusaka
Kemerdekaan Melangkah mati nyawa diberi
dan perasmian
Ambang Merdeka Jemputlah tuan berkongsi cerita
oleh En Md Pengalaman hidup jadi memori.
Solehan bin
Jaafar Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput, En
Md Solehan bin Jaafar, Ketua Kampung, Kampung
Jawa untuk menyampaikan bicara kemerdekaan dan
seterusnya merasmikan Sambutan Ambang
Kemerdekaan peringkat SK Bandar Putra bagi tahun
2022.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan dan perasmian yang telah


disampaikan oleh En Md Solehan bin Jaafar itu tadi.

Penyampaian ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA,


Cenderahati MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN,
kepada perasmi BUDI TUAN KAMI TERIMA,
JADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang


tidak terhingga, majlis mempersilakan , Bonda
Rosnani binti Aminon Guru Besar SK Bandar Putra
diriingi Cg Mohd Tahir bin Jusoh , Penyelaras
Program Ambang Merdeka untuk menyampaikan
cenderahati kepada En Md Solehan bin Jaafar. Majlis
dengan ini dipersilakan…

****************beri cenderahati**********************

Sesungguhnya kesudian tuan hadir ke majlis kami


merupakan satu suntikan semangat kemerdekaan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Bonda Rosnani
binti Aminon Guru Besar SK Bandar Putra atas
kesudian menyampaikan cenderahati kepada En Md
Solehan bin Jaafar.

Gimik perasmian Hadirin sekalian, Hadapan bilik


guru
Seterusnya, sebagai gimik tanda rasminya sambutan Ppki muzik
ambang kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan tembak2
Bandar Putra Segamat, dipersilakan yang berusaha Bawa kereta
Bonda Rosnani binti Aminon dan barisan pentadbir kebal
Lakonan
bersama-sama dengan En Md Solehan bin Jaafar Bakar mercun
untuk bergerak ke kanan dewan bagi menjayakan Jatuhkan
upacara gimik ambang merdeka.Dipersilakan. bendera cap2
tangan.
** bendera jatuh Makluman
Ayuh anak-anak sama-sama kita berdiri dan alihkan bendera
pandangan kamu ke sebelah kanan dewan untuk tersebut
bersama-sama En Md Solehan bin Jaafar bagi jagem
putrarian.
melaungkan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali.

Yang baru sahaja kita saksikan bersama merupakan


gimik perasmian yang cukup menarik sebagai simbolik
Program Ambang Merdeka peringkat Sekolah
Kebangsaan Bandar Putra Segamat bagi tahun 2022.

***Untuk makluman perasmi dan semua warga SK


Bandar Putra, JAGEM PUTRARIAN merupakan
singkatan bagi Jalur Gemilang. Jagem Putrarian ini
merupakan hasil cap tangan semua murid SK Bandar
Putra Segamat.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Md


Solehan bin Jaafar atas perasmian gimik  sebentar tadi.

*Untuk itu, majlis mempersilakan Bonda Rosnani binti


Aminon mengiringi En Md Solehan ke kantin untuk
menikmati jamuan ringan…

Pertandingan Hadirin sekalian,


busana merdeka
prasekolah dan Tahap 1
Tahap 1. Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan busana Peserta 1- 24
merdeka prasekolah dan Tahap 1. Seramai 24 orang orang
peserta bagi kategori prasekolah dan 25 orang bagi Prasekolah
kategori murid Tahap 1. Peserta 1-25
Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan busana
merdeka ini merupakan salah satu program bulan
kemerdekaan anjuran Panitia Sejarah.

Sebelum pertandingan dimulakan, izinkan saya


memperkenalkan hakim yang akan mengadili
pertandingan busana merdeka ini iaitu :

1) Cg Maizatul Asma binti Ibrahim


2) Cg Norazimah binti Abd Aziz
3) Cg Nor Najihah binti Mat Zin

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Busana merdeka memeriahkan majlis,
Semua hadirin terhibur hati.

Untuk itu, saya mempersilakan peserta busana


merdeka kategori Tahap 1 :
-Peserta pertama

-Peserta ke 24

Seterusnya, saya mempersilakan peserta busana


merdeka kategori Prasekolah :
-Peserta pertama

-Peserta ke 25

Begitulah tadi peragaan pakaian busana merdeka


sempena sambutan bulan kemerdekaan bagi murid
prasekolah dan murid Tahap 1. Tidak ketinggalan juga,
busana merdeka yang dipakai oleh guru dan akp pada
hari ini juga akan dinilai dan mungkin diumumkan
sebagai pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta.


PERSEMBAHAN Sayang tebu patah sebatang, Nyanyian
MURID Ditebang ia dibuat gula, solo
3 orang
Saat yg dinanti telahpun datang,
Persembahan murid akan bermula. -Tahap 2
-Tahap 1
Hadirin yg dihormati sekalian, -Murid PPKI
Tarian

Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan pertama


dari pemenang pertandingan nyanyian solo kategori
murid Tahap 2 , adik PUTERI AIRA DANISSYA BINTI
ABD AZIZ dengan tajuk lagunya KELUARGAKU
MALAYSIA.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik puteri aira


danissya di atas nyanyian yang sangat rancak dan
bersemangat itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput adik Nur Insyirah


Husna binti Mohd Ahnaf , pemenang nyanyian solo
bagi kategori murid Tahap 1 dengan tajuk lagunya
SAYA ANAK MALAYSIA. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Nur


insyirah di atas persembahan yang begitu memukau
itu tadi.

Seterusnya,dijemput murid dari PPKI iaitu adik


Muhammad Kashfi Fiqrish bin Mohd Fitri dengan
tajuk lagunya KAMPUNGKU SUDAH BERJAYA.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik Muhammad Kashfi di atas


persembahan yang penuh bersemangat itu tadi.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan persembahan


dari Kumpulan Tari Sri Kirana dengan nama tariannya
Joget Kereta Lembu.

Dipersilakan….

Sungguh menarik dan cantik lenggokan tarian dari


kumpulan Tari Sri Kirana itu tadi. Hadirin
sekalian,demikian tadi persembahan yang begitu hebat
daripada murid-murid SK Bandar Putra.

Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Hadiah
Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah bagi pertandingan busana merdeka.

Dijemput _____________________ untuk mengiringi


___________________ bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Dipersilakan.

Untuk pengetahuan semua, hadiah pertandingan


busana merdeka bagi kategori Prasekolah terdapat
15 saguhati dan 5 pemenang terbaik.

Kita mulakan dengan hadiah saguhati :


Tempat ke 15 diberikan kepada :
Tempat ke 14 diberikan kepada :
Tempat ke 13 diberikan kepada :
Tempat ke 12 diberikan kepada :
Tempat ke 11 diberikan kepada :
Tempat ke 10 diberikan kepada :
Tempat ke 9 diberikan kepada :
Tempat ke 8 diberikan kepada :
Tempat ke 7 diberikan kepada :
Tempat ke 6 diberikan kepada :

Tibalah saat yang ditunggu, kita akan umumkan


pemenang bagi pertandingan busana merdeka
kategori murid Prasekolah :

Tempat ke 5 dimenangi oleh :


Tempat ke 4 dimenangi oleh :
Tempat ke 3 dimenangi oleh :
Tempat ke 2 dimenangi oleh :
Johan pertandingan busana merdeka dimenangi
oleh :

** Terima kasih kepada ___________ atas


penyampaian hadiah itu tadi.

Kita beralih kepada acara seterusnya iaitu


penyampaian hadiah pertandingan busana
merdeka bagi kategori Tahap 1. Terdapat 18
saguhati dan 5 pemenang terbaik.

****Dijemput _____________________ untuk


mengiringi ___________________ bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Dipersilakan.

Kita mulakan dengan hadiah saguhati :


Tempat ke 18 diberikan kepada :
Tempat ke 17 diberikan kepada :
Tempat ke 16 diberikan kepada :
Tempat ke 15 diberikan kepada :
Tempat ke 14 diberikan kepada :
Tempat ke 13 diberikan kepada :
Tempat ke 12 diberikan kepada :
Tempat ke 11 diberikan kepada :
Tempat ke 10 diberikan kepada :
Tempat ke 9 diberikan kepada :
Tempat ke 8 diberikan kepada :
Tempat ke 7 diberikan kepada :
Tempat ke 6 diberikan kepada :

Tibalah saat yang ditunggu, kita akan umumkan


pemenang bagi pertandingan busana merdeka
kategori murid Tahap 1 :

Tempat ke 5 dimenangi oleh :


Tempat ke 4 dimenangi oleh :
Tempat ke 3 dimenangi oleh :
Tempat ke 2 dimenangi oleh :
Tempat pertama dimenangi oleh :

**Terima kasih diucapkan kepada _______________


atas penyempurnaan penyampaian hadiah itu tadi.
Kategori guru dan akp :

Murid-murid semua , jom kita lihat guru-guru dan akp


disekeliling kita. Sungguh cantik dan bergaya pakaian
yang dipakai oleh guru dan akp sekolah kita. Jadi,
sudilah kiranya , kita menghargai idea kreatif guru dan
akp kita kerana memakai busana merdeka pada tahun
ini mengikut tema yang diberi. Dengan itu, pihak
sekolah juga turut menyediakan hadiah untuk
pertandingan busana merdeka bagi kategori guru dan
akp.

Dengan itu, Dijemput _____________________ untuk


mengiringi ___________________ bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah busana
merdeka kategori guru dan akp. Dipersilakan.

Tempat ke 5 jatuh kepada :


Tempat ke 4 jatuh kepada
Tempat ke 3 jatuh kepada :
Naib johan jatuh kepada :
Johan busana merdeka kategori guru dan AKP
jatuh kepada :

Terima kasih diucapkan kepada _______________


atas penyempurnaan penyampaian hadiah itu tadi.

Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati,


patriotik
Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Jalur
Gemilang’ dan ‘Tanggal 31’. Diminta murid-murid
berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian


lagu patriotik yang penuh semangat daripada para guru
dan murid.

Hadirin dipersilakan duduk

Bersurai Dengan berakhirnya nyanyian patriotik itu tadi, maka


lengkaplah Program Ambang Merdeka peringkat
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra Segamat bagi
tahun 2022.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua
guru dan murid atas kehadiran dan kerjasama anda
pada hari ini. Akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada
pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga
SK Bandar Putra Segamat kerana dapat bersama-
sama dalam sambutan ambang kemerdekaan ini.

Terima kasih.sekian

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…

You might also like