You are on page 1of 6

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN SK FELDA

CHEMOMOI 2021
PERKARA TEKS PENGACARA MAJLIS CATATAN
UCAPAN
ALU- ALUAN Dalam kerelaan majumu dewi
PENGERUSI Pantang rebah culas berdiri
MAJLIS Salam kemerdekaan buatmu pertiwi
Bertatang sembah pantun penyeri.

Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
6 dekad telah berlalu
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Sireh berlipat sireh pinang


Sireh junjung buat hantaran
Hadirin hadirat selamat datang
Ke majlis penutupan bulan kebangsaan.

Bismillahirahman nirrahim
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera dan Salam MALAYSIA
PRIHATIN untuk semua.

Yang Berbahagia Dato Seri Dr, Mohamad Haizilan


bin Alias
Pengarah Urusan Gerbang Niaga Sdn. Bhd.

Yang Berusaha…………………………………..
(Wakil PIBG)

Yang Berusaha…………………………………..,
Guru Besar SK Felda Chemomoi.
Yang Berusaha En Mohd Yusof bin Abdullah,
Guru Pen Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha Pn Sri Rahayu binti Meswan,


Guru Pen Kanan HEM

Yang berusaha En Mohamed Reduan bin Abdul


Ghani Guru Pen Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati barisan guru SK


Felda Chemomoi, Anggota
Kumpulan Pelaksana SK Felda Chemomoi ,
ibu bapa / penjaga seterusnya para pelajar
SK Felda Chemomoi yang dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman,
64 tahun bebas menikmati
Malaysia merdeka penuh keamanan

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita


memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah kurnia serta kehendakNya, maka
kita diberikan luangan waktu untuk sama-sama
berkumpul dalam Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan tahun 2021 Peringkat SK Felda
Chemomoi.
BACAAN DOA Hadiran yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh
…………………………………..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selesai bacaan doa.


Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada……………………………………atas bacaan
doa itu tadi.

UCAPAN GURU Sudilah tuan jalan berlapan,


BESAR Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang


Berusaha En…………………………………….,
Guru Besar SK Felda Chemomi untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

UCAPAN TERIMA Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru


Besar kerana sudi menyampaikan ucapan alu -
KASIH aluan sebentar tadi .
UCAPAN
PERASMIAN Pahlawan Melayu gagah perkasa,
Musuh datang habis dibasmi
Tuan sudah diberi kuasa
Sudilah kira pohon merasmi

Bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada hari


ini, saya dengan ini menjemput
Yang Berbahagia Dato Seri Dr. Mohamad
Haizilan bin Alias
Pengarah Urusan Gerbang Niaga Sdn. Bhd.
bagi menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan tahun 2021 Peringkat SK Felda
Chemomoi. Majlis mempersilakan.

UCAPAN TERIMA Jutaan terima kasih diucapkan kepada


KASIH Dato Seri Dr. Mohamad Haizilan bin Alias
sudi menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi .

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


MURID Seterusnya marilah kita sama-sama
memeriahkan suasana majlis pada malam ini
dengan mendengarkan persembahan pembukaan
sajak daripada adik

1. Nur Nadhirah binti Hasan dari Prasekolah


Azkiya .

Persembahan Murid Sajak Kemerdekaan

-Johan Bacaan Sajak Tahun 6


Muhammad Aiman Sabirin bin Johari

-Johan Bacaan Sajak Tahun 5


Muhammad Aliff Putra bin Hamidi
-Johan Bacaan Sajak Tahun 4
Melyssa Jasmin binti Johari

Persembahan Murid Nyanyian Solo Lagu Patriotik

-Johan Nyanyian Solo Tahun 3


Nur Aqilah Darwisyah binti Hairul Amri

-Johan Nyanyian Solo Tahun 2


Nur Syasya Jamalina binti Jamaludin

-Johan Nyanyian Solo Tahun 1


Muhammad Saifullah bin Abdul Syahid

Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada
…………………………………………………………
di atas persembahan tadi.

PENGUMUMAN Sidang hadirin di kasihi sekalian,


RASMI PEMENANG Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En.
PERTANDINGAN
SEMPENA BULAN Mohamed Reduan bin Abdul Ghani GPK
KEMERDEKAAN kokurikulum untuk mengumumkan nama-nama
pemenang Pertandingan Bulan Kemerdekaan.
Majlis mempersilakan.

UCAPAN TERIMA Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd


KASIH Reduan bin Ghani di atas pengumuman sebentar
tadi .
PENUTUP Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya pengumuman pemenang
sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan tahun 2021 Peringkat SK
Felda Chemomoi pada hari ini.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada


semua tetamu kehormat, pentadbir ,guru, ibu bapa dan
murid atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan.
Sekian terima kasih .
Assalamualaikum W.B.T

You might also like