You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERPISAHAN PUAN NORIZAN BINTI

MOHD SIDEK

PERKARA KANDUNGAN

KETIBAAN YANG Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Puan Norizan


DIRAIKAN binti Mohd Sidek

Selamat datang ke Majlis Perpisahan sempena


Pertukaran Puan Norizan binti Mohd Sidek.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Puan Hajah Zaiton Binti Ismail,

Pengetua SMK Jengka 18

Yang dihormati Tuan Haji Azamuddin bin Ahmad

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati, Encik Aswadi Bin Mohamed Razali

Pengerusi KKS SMK Jengka 18 bagi tahun 2022/2023

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Yang dihormati Encik Zainol bin Shamsuddin

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang diraikan, Puan Norizan Binti Mohd Sidek.

Ketua- ketua bidang, rakan-rakan guru serta para pelajar


yang dikasihi sekalian.

 
KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap
pertemuan pasti mengundang perpisahan. Hadirin, kita
berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan Majlis
Perpisahan Puan Norizan Binti Mohd Sidek yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang
tidak terkira di sekolah ini.

Bunga Mawar cantik tersemat


BACAAN DOA
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati. 

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,


Al- Fadhil Ustaz Shamsul Baharin Bin Hussain untuk
memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.
 

–       Amin, amin amin ya Rabbal A’lamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz Shamsul Baharin Bin Hussain di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN Bukan Keris tanpa ulunya,


PENGETUA
Bukan Majlis kalau tanpa ucapannya.

Sebagai pembuka bicara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Berusaha, Puan Hajah
Zaiton binti Ismail untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Hajah Zaiton Binti Ismail atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

UCAPAN YANG Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


DIRAIKAN Itu adat. itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan ,
Walaupun sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.
 

Sebelum kita meneruskan kepada ucapan yang diraikan,


molek rasanya jika kita mendengar serba sedikit sejarah
pendidikan dan perkhidmatan yang diraikan.
Beliau dilahirkan dan bersekolah di SMK Jengka 16
daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti


Pendidikan Sultan Idris dengan pengkhususan
Pendidikan Geografi.

Mula melapor diri di SMK Jengka 18 pada 15 Ogos 2016

Merupakan anak kelima daripada enam adik beradik.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, iaitu


Ucapan daripada guru yang diraikan pada pagi ini.Pihak
majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Diraikan, Puan Norizan binti Mohd
Sidek untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


kesudian yang diraikan Puan Norizan binti Mohd Sidek
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


Cenderamata cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang diraikan pada pagi ini iaitu Puan Norizan
binti Mohd Sidek.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Berusaha Puan Hajah Zaiton binti Ismail Pengetua SMK
Jengka 18, diiringi Encik Aswadi Bin Mohamed Razali,
Pengerusi KKS untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

Majlis menjemput Yang diraikan, Puan Norizan binti


Mohd Sidek untuk menerima sedikit cenderahati
kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

Majlis mempersilakan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


hadiah daripada para pelajar iaitu kelas

.....................................

Wakil Pelajar Tingkatan 2

Wakil Pelajar Tingkatan 3

Kelas ...........................................

Dan Wakil pelajar Tingkatan 5.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan


Pengetua, Puan Hajah Zaiton Binti Ismail dan Encik
Aswadi Bin Mohamed Razali di atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada yang Diraikan pada
hari ini.

Penutup Kini majlis sudah hampir ke penghujungnya, saya selaku


pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.


Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like