You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2020

AKTIVITI TEKS UCAPAN

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera .

Yang berusaha En. Mohammad Solihin Sivakumar bin Abdullah,


Guru Besar SK Bukit Rokan Utara, Yang Dihormati, Ustaz Mohd
Amin bin Mat, (GPK Pentadbiran), En. Nazarul bin Mohamad
Kata alu-aluan
(GPK Hem), guru-guru serta murid-murid yang dikasihi.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Pelancaran Sambutan Bulan kebangsaan peringkat sekolah SK
Bukit Rokan Utara bagi tahun 2020.

Bagi memulakan acara pada hari ini, diminta semua guru dan
murid berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Nyanyian
Selesai nyanyian
Para guru dan murid dipersilakan duduk.
Hadiran yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Najib bin Mohd Kahar . Dipersilakan.
Bacaan Doa
Selesai bacaan doa.
Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ustaz
Mohd Najib bin Mohd Kahar atas bacaan doa itu tadi.

Pengenalan Hadirin-hadirat yang dihormati,


Majlis

Malaysia Prihatin tema rasmi,


Untuk sambutan Hari Kebangsaan,
Pemimpin negara kita sanjungi,
Membentuk negara menuju wawasan.

“Malaysia Prihatin” merupakan tema sambutan Hari Kebangsaan


pada tahun ini. Tema ini amat bertepatan dengan aspirasi yang
didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat Malaysia sama ada
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun
orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di
kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala prihatin menunjukkan
inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan
dan kelansungan rakyat Malaysia.

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah


merencana beberapa aktiviti untuk menyemarakkan lagi
sambutan Bulan Kebangsaan negara tahun 2020.

Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk semangat


cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

SudilahP tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan di malam kelam,

Sudilah tuan beri ucapan,

Menjemput Kata aluan pemanis kalam.

Guru Besar Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang Berusaha En


untuk berucap Mohammad Solihin Sivakumar bin Abdullah, Guru Besar SK
Bukit Rokan Utara untuk menyampaikan sepatah dua kata
seterusnya merasmikan Program Sambutan Bulan Kebangsaan
bagi tahun 2020. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana


Ucapan terima
sudi menyampaikan ucapan dan menyempurnakan perasmian
kasih
sebentar tadi.
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Tema Sambutan


Kemerdekaan “Malaysia Prihatin” dan lagu-lagu patriotik. Untuk
Nyanyian lagu
itu, para guru dan murid dipersilakan untuk berdiri bagi sama-
Tema Bulan
sama menyanyikan lagu-lagu ini.
Kebangsaan

Selesai Nyanyian lagu tema.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Penutup Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi maka berakhirlah
majlis pelancaran bulan kebangsaan kita pada hari ini.
Diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan


murid atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan. Sekian
terima kasih . Assalamualaikum W.B.T

You might also like