You are on page 1of 6

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2020

PERINGKAT SMK AIR KUNING, KAMPAR PERAK.

TARIKH : 12 OGOS 2020 (Rabu)

MASA : 1.20 tengahari -1.50 tengahari

TEMPAT : SMK Air Kuning


PERKARA TEKS PENGACARA MAJLIS CATATAN
Ucapan alu-aluan Gunung ganang tinggi menjulang
Pengerusi Majlis terbang burung di balik awan
Sambutan merdeka bakal menjelang
Pelancaran norma baharu saya bawakan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Yang Berusaha En Norazmi bin Murad, Pengetua SMK Air Kuning

1
Yang dihormati En Mohd Firdaus bin Ahmad Ramli, Pen Kanan HEM
Yang Dihormati Pn Haryati binti Hashim, Pen Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Yang Dihormati barisan guru SMK Air Kuning
seterusnya para pelajar SMK air Kuning yang dikasihi sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam MALAYSIA PRIHATIN untuk semua.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi,  kerana dengan limpah kurnia serta kehendakNya, maka kita diberikan
luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan
kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita
sama-sama berkumpul dalam suasana majlis norma baharu namun masih
dengan semangat kemerdekaan yang menjulang tinggi bagi sama-sama kita
meraikan Pelancaran Bulan Kebangsaan tahun 2020 Peringkat SMK Air
Kuning.

Matlamat Program Warga SMK Air Kuning yang dikasihi sekalian, -

2
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan ini diadakan bertujuan untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan semua warga SMK Air
Kuning. Menerusi penganjuran program ini juga, diharapkan lebih banyak bakat
pelajar dapat dicungkil menerusi pelaksanaan aktiviti yang akan diadakan
seterusnya mengenali potensi murid yang boleh dibawa ke peringkat yang lebih
tinggi.

Jika dahulu kita perlu menghunus senjata untuk menunjukkan


perngorbanan kita kepada negara namun berbeza dengan situasi yang kita
hadapi kini. Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita berhadapan
dengan cabaran mendepani Pandemik Covid 19. Justeru, peranan dan
tanggungjawab yang kita tunjukkan dalam melawan pandemik ini juga
merupakan salah satu cara untuk kita menzahirkan semangat patriotisme. Inilah
yang namakan sebagai semangat patriotism dalam pelaksanaan norma baharu.

Ucapan Sebelum kita bergerak ke acara perasmian majlis, diminta 6 wakil pelajar GIMIK
Perasmian
daripada setiap kelas yang telah dipilih untuk berdiri di koridor kelas masing-

3
masing.

Irama beralun gendang dipalu,

Langkah dihayun berpasang-pasangan,

63 tahun telah berlalu,

Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada hari ini, saya dengan ini menjemput
Pn Norhayati binti Hashim, (PK KOKO)
yang di hormati ________________________________

bagi menyampaikan sedikit ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan

Kebangsaan Peringkat SMK Air Kuning tahun 2020. Majlis mempersilakan.

PENEGASAN Demikian gema gempita semangat merdeka,

Kuasa sudah pada kita

Ayuh kita hiasi wajah bangsa

4
Dengan jurai-jurai kilauan permata.

*Dengan termetrainya ucapan perasmian sebentar tadi maka rasmilah

sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Air Kuning bagi tahun 2020. untuk

pengetahuan semua pelajar tema sambutan kemerdekaan kita pada tahun ini

ialah ‘MALAYSIA PRIHATIN’

NYANYIAN DUA Bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan kita pada tahun ini,
BUAH LAGU
marilah kita bersama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu ‘Jalur

Gemilang’ dan lagu ‘keranamu Malaysia’

PERSEMBAHAN Seterusnya marilah kita sama-sama mendengarkan persembahan daripada


PELAJAR
wakil pelajar yang akan menyanyikan lagu Bahtera Merdeka. Dipersilakan.
MAJLIS Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka berakhirlah sambutan
PENUTUPAN
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat SMK Air Kuning Tahun 2020.

Saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa program memohon ampun dan maaf

jika di sepanjang saya mengacarakan majlis ini terdapat silap dan salah yang

5
telah saya lakukan.

Pergi ke kota beli selasih

Sayang si dara buat halwa,

Berilah kata simpulan kasih

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Salam kemerdekaan untuk semua, sekian terima kasih.

You might also like