You are on page 1of 4

MAJLIS PELANCARAN PENUBUHAN

KELAB RUKUN NEGARA & PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI


TEKS UCAPAN
SK. KAMPONG BAHRU, 2022
TARIKH : 27 JANUARI 2022 (KHAMIS)

MURID BERHIMPUN DI DEWAN TERBUKA

1 UCAPAN ALU-ALUAN

Yang Berusaha,
Cikgu Rohaizat B. Abdul Ghani
CEO SK. Kampong Bahru.

Yang Dihormati
Cikgu Shaari B. Bidin
CAO SK. Kampong Bahru.

Cikgu Ibrisham B. Ibrahim


CSAO SK. Kampong Bahru.

Cikgu Fauzi B. Ahamad


CCCO SK. Kampong Bahru.
Barisan Guru-Guru, Dan Para Pelajar Yang Dikasihi Sekalian.

Assalamualaikum wbt , dan Salam Sejahtera,

2 PEMBUKAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurniaNya,maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada hari
yang indah ini bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Penubuhan Kelab Rukun Negara
peringkat sekolah 2022.

Hadirin yang dimuliakan

Kelab Rukun Negara ini adalah digalakkan bagi semua murid sekolah rendah dan
sekolah menengah menjadi ahli dan mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini. Keahlian Kelab Rukun Negara ini juga
mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum
sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras
dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin
kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan
Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi

1
supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan terutamanya dikalangan
murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan
prihatin dalam sebuah negara majmuk,

3
LAGU BANGSA JOHOR & SEKOLAH

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu sekolah.

Hadirin semua diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan kepada semua diatas nyanyian lagu bangsa Johor & lagu
sekolah sebentar tadi.

Hadirin semua diminta duduk.

4
IKRAR RUKUN NEGARA

Hadirin sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Irsyad B. Rosdin untuk memimpin


Lafaz Ikrar Rukun Negara

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Irsyad B. Rosdin di atas pimpinan lafaz ikrar itu tadi.

5 UCAPAN PERASMIAN

Para Guru Dan Pelajar Sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini, tanpa Membuang Masa, Saya
Menjemput, CEO SK. Kampong Bahru, Cikgu Rohaizat B. Abdul Ghani Untuk
Memberikan Ucapan, Seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Penubuhan Kelab
Rukun Negara, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Bagi Tahun 2022.

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

Terima Kasih Diucapkan Kepada CEO SK. Kampong Bahru, Cikgu Rohaizat B.
Abdul Ghani Atas Ucapan dan Perasmian Majlis Pelancaran Penubuhan Kelab
Rukun Negara, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Bagi Tahun 2022,sebentar tadi.

2
6 PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG

Guru-Guru Dan Pelajar Sekalian,

Seterusnya majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah Pemenang. Bagi


menyempurnakan majlis, dengan ini
menjemput____________________________________mengiringi_________________
___________bagi menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada_____________________________diatas kesudian


menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya sebentar tadi.

1. Pemenang Pertandingan Kuiz


2. Pemenang Pertandingan Mencari Perkataaan
3. Pemenang Pertandingan Mewarna Poster
4. Pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak

7 PENUTUP 1

Bagi Mengakhiri majlis kita, pada hari ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu 5
Prinsip Rukun Negara dan Lagu Negaraku.

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.


8 PENUTUP 2

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah Majlis Pelancaran Penubuhan
Kelab Rukun Negara,peringkat sekolah kita pada hari ini. Jika terdapat kesalahan dan
kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang
program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

3
4

You might also like