You are on page 1of 2

Yang berusaha Cg Nor’Aini bt Annuar, GB SK Bukit Puteri

Yang berusaha Cg ____________________, GPK Pentadbiran SK Bukit Puteri


Yang berusaha Cg Noorrezal Isa bin Daud, GPK HEM SK Bukit Puteri
Yang berusaha Cg Kamilah bt Mustafa, GPK Ko kurikulum SK Bukit Puteri
Yang dihormati En Ghazali bin Umar, YDP PIBG SK Bukit Puteri

Barisan guru2 SK Bukit Puteri, AJK PIBG Sk Bukit Puteri


barisan kakitangan dan pekerja swasta SK Bukit Puteri
Seterusnya murid -murid SKBP yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang diucapkan kepada semua ke Majlis Khatam Al-Quran SK Bukit Puteri
bagi sesi 2021/2022. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnianya kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Alquran ini. Mudah-mudahan hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan Alquran dapat direalisasikan melalui program-
program sebegini. InshaaAllah.

Tanpa melengahkan masa, majlis Khatam Alquran SK Bukit Puteri sesi 2021/2022 akan
berlangsung. Untuk itu, dipersilakan Ustaz Hafizul Hakimee untuk memimpin Majlis
Khatam Al Quram kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-Khatam Al quran-

Alhamdulillah..Demikian tadi kita dapat sama2 mendengar bacaan Al quran yang telah
dibaca secara beramai2 oleh murid Tahun 6 dengan diketuai oleh Ustaz Hafizul
Hakimee.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Cg Nor’Aini bt


Annuar, guru besar SKBP  untuk menyampaikan ucapan penutup dan merasmikan majlis
Khatam Al Quran SK Bukit Puteri sesi 2021/2022. Majlis mempersilakan.

-ucapan GB-

Terima kasih diucapkan kepada Cg Nor’Aini atas ucapan sebentar tadi.

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6
yang telah Berjaya khatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang Berusaha Cg Nor’Aini bt Annuar, GB Sk Bukit Puteri dengan diiringi oleh Cg
Noorezal Isa bin Daud, GPK HEM SK Bukit Puteri untuk menyampaikan sijil tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid 6K


-List nama murid-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cg Nor’Aini dan Cg Noorrezal Isa atas
kesudian menyempurnakan acara penyampaian sijil sebentar tadi. Tahniah diucapkan
kepada semua murid Tahun 6 yang telah menjayakan program khatam Alquran pada
tahun ini. Semoga Alquran sentiasa dibaca dan dijadikan panduan dalam kehidupan kita
semua. InshaaAllah.

Untuk makluman murid2, jamuan untuk murid2 turut disediakan. Selepas majlis ini
berakhir, murid2 dikehendaki beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan.
Tunggu arahan selanjutnya dari guru.

Alhamdulillah, majlis kita sudah hampir ke penghujung. Saya mewakili seluruh


Jawatankuasa Majlis Khatam AlQuran mengucapkan kesyukuran dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada
hari ini. Saya juga ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacara majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Jamuan untuk guru turut disediakan. Jemput guru ke Café Skitteri untuk Jamuan
Makan Istimewa.

You might also like