You are on page 1of 4

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Program Ihya’ Ramadhan

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Pendidikan Moral.

‫السالم عليكم ورحمة هللا و بركاته‬.‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Majlis pagi ini akan dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tazkirah Ramadhan.
Untuk bacaan Yaasin, majlis menjemput ____________________________________
Seterusnya kita akan mendengarkan tazkirah Ramadhan daripada _______________

#########

Perarakan masuk peserta Khatam Al Quran Bersama barisan pentadbir dan YDP Pibg
ke Dewan Budiman.

########

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.Namun,
majlis kita masih belum selesai.

#######

Yang Berusaha, Puan Hajah Atnawati binti Abu Hanipah, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Besi,

Yang Berusaha Dr Aalia bin


YDP Pibg Sek Keb Sungai Besi

Yang dihormati, barisan guru penolong kanan,


Puan Noratipah binti Mustapa, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Rozaidi bin Ismail, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
Encik Syahril bin Ibrahim, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 4, 5 dan 6 sekalian..

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Sungai Besi Majlis Khatam Al-Quran dan Program Ihya’ Ramadhan
Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Pendidikan Moral ini. bagi tahun
2022..))

‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat
kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Program Ihya’
Ramadhan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Pendidikan Moral ini.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat
direalisasikan melalui program-program sebegini.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan Atnawati binti Abu Hanipah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Besi,
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan Majlis Khatam Al
Quran dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

#########

Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran dan bouquet bagi murid-
murid Tahun 6 yang telah selesai mengkhatam Al-Quran hari ini. Majlis dengan
berbesar hati mempersilakan Yang berusaha Puan Hajah Atnawati binti Abu
Hanipah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Besi untuk menyampaikan sijil
tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Intan untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Mutiara untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Berlian untuk menerima sijil.

Dipersilakan wakil murid tahun 6 Zamrud untuk menerima sijil.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan
Hajah Atnawati binti Abu Hanipah atas kesudian menyempurnakan penyampaian
sijil sebentar tadi.

#########
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha YDP PIBG Dr. Aalia
bin untuk penyampian hadiah kepada pemenang Program Ihya’
Ramadhan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha YDP PIBG
Dr Aalia atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah sebentar tadi.

########

Seterusnya pemberian duit sumbangan kepada murid Asnaf dan Miskin.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Puan Hajah Atnawati
binti Abu Hanipah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Besi untuk
menyampaikan sumbangan tersebut.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Puan
Hajah Atnawati binti Abu Hanipah atas kesudian menyempurnakan pemberian
sumbangan kepada murid Asnaf dan Miskin sebentar tadi.

#######

Majlis diteruskan lagi dengan sumbangan duit raya kepada semua murid.

Majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha YDP PIBG Dr. Aalia
bin untuk pemberian duit raya kepada semua murid tahun 4, 5 dan
6.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha YDP PIBG
Dr Aalia atas kesudian menyempurnakan pemberian sumbangan duit raya sebentar
tadi.

#######
#######

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya dan rakan pengacara


saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an dan
Program Ihya’ Ramadhan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Pendidikan
Moral ini. bagi tahun 2022, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada-Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah
dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

You might also like