You are on page 1of 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Yang berusaha, Tuan Haji Suhaimi bin Haji Sanusi, Guru besar SRA Al munir, Us Hj Abdul Munir b. Hj
Sanusi, penolong kanan pentadbiran; Puan Salawati binti Noor, penolong kanan hal ehwal murid; Us
Mohd Amin b. Hj Sanusi, penolong kanan kokurikulum; guru kanan bidang, guru-guru serta anak-anak
yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah, program Daie Muda yang julung kali diadakan telah sampai ke penghujungnya bagi sesi
2023/2024. Sepanjang program ini berlangsung, beberapa siri saringan telah dijalankan di mana para
peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan berkaitan hafalan surah-surah lazim,
hafalan wirid dan doa selepas solat.

Seramai 10 orang peserta telah berjaya melengkapkan setiap satu tugasan dengan cemerlang dan pada
hari ini daie muda ini akan diraikan dan diberikan sijil penghargaan.

Dengan ini, majlis menjemput, tuan guru besar, Tuan Haji Suhaimi bin Haji Sanusi diiringi Us Abdul
Munir bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada para daie.

1. Daie Muda ____


2. Daie Muda
3. Daie Muda
4. Daie Muda
5. Daie Muda
6. Daie Muda
7. Daie Muda
8. Daie Muda
9. Daie Muda
10. Daie Muda

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas kesudian penyampaian sijil sebentar tadi dan tahiah
diucapkan kepada para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan daripada Unit Kerohanian dan Panitia Ulum Syariah kepada
guru-guru dan murid-murid atas sokongan dan penglibatan yang diberikan secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan program ini sepanjang sesi ini.

Untuk pengetahuan para guru dan murid, program ini tidak akan terhenti disini sahaja dan akan
diteruskan pada sesi hadapan dengan penambahbaikan yang lebih jitu. Sekiranya terdapat Cadangan
daripada pihak guru dalam menjayakan program ini, boleh disalurkan kepada Unit Kerohanian dan
Panitia Ulum Syariah.

Semoga penacapaian daie muda pada hari ini dpaat dijadikan suntikan semangat kepada anak-anak SRA
al munir untuk terus menjadi contoh dan pembimbing yang baik kepada generasi akan datang seterusnya
menjadi pemimpin Rabbani.

Sekian sahaja daripada saya,

Saya serahkan majlis kepada pengawas yang bertugas.

You might also like