You are on page 1of 4

TEKS EMCEE PROGRAM SIFAR CICIR DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2024

Bismillahirrahmanirrahim

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi dimohonkan limpahan berkat akan segala
nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI, Diiringkan
sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani .Salam Anak Yang Baik
Lagi Cerdik, Salam Keluarga SK RTB,SK RTB Striver

Yang berusaha Pn. Rosmawati Binti Sidek


Guru Besar SK RTB Bkt Changgang

Yang dihormati Tuan Inspektor Jamil Hakim bin Ab. Karim


Bahagian Pencegahan Jenayah & Komuniti Keselamatan IPD Kuala Langat

Yang dihormati Sarjan Zakamrie bin Zakaria,


Pegawai Perhubungan Sekolah

Yang Dihormati En. Norhazmirfikri Bin Muhammad


Yang Di Pertua PIBG SK RTB Bkt Changgang

Yang Berusaha Barisan Pentadbir SK RTB Bukit Changgang,

En. Mohd Raihan Bin Kasim


Penolong Kanan Pentadbiran ,

En. Khairul Azri b. Mohammed


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Bin Buang
Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Fatimah Azzahrah binti Abdul Rahman,


Penolong Kanan Petang

Pn.Suriyati Binti Tumiran,


Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Seterusnya AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah….. bersyukur kita ke hadrat illahi dengan izin limpah kurniaNya dapat kita
bersama sama pada pagi ini dalam PROGRAM SIFAR CICIR DAN MOTIVASI
KEIBUBAPAAN 2024.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis didahului dengan bacaan doa. Justeru itu, majlis
dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Ahmad Afiq bin
Ahmad Maulud untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Bacaan doa

"Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad
Afiq bin Ahmad Maulud atas bacaan doa itu tadi.

Rumah besar ada loteng,


Loteng bentuk berbunga-bunga
Pergi ke sekolah jangan ponteng
Kelak diri akan Berjaya.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekalian, program sifar cicir ini bertujuan memberi
kesedaran kepada murid betapa pentingnya hadir ke sekolah. Ponteng mengikut takrifannya
ialah tidak hadir ke sekolah dan meninggalkan tugas atau tanggungjawab belajar di sekolah
dengan pergi ke tempat lain atau tinggal di rumah sahaja. Hal ini akan menyebabkan pelajar
ketinggalan pelajaran dan akhirnya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam
peperiksaan .
Program motivasi keibubapaan ialah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan
kepada ibu bapa betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak. Program ini juga memberi
peluang kepada ibu bapa untuk bekerjasama dengan guru dalam memberi pendidikan yang
berkualiti kepada anak-anak.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Justeru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Pn. Rosmawati Binti
Sidek Guru Besar SK RTB Bkt Changgang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan PROGRAM SIFAR CICIR DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2024.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Ucapan GB

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Guru besar
atas ucapan dan penyempurnaan perasmian itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian


Tibalah ke acara yang dinanti-nantikan iaitu Ceramah Program Sifar Cicir dan Motivasi
Keibubapaan yang akan disampaikan oleh Yang dihormati Tuan Inspektor Jamil Hakim
bin Ab. Karim
Pegawai Bahagian Pencegahan Jenayah & Komuniti Keselamatan IPD Kuala Langat.
Dengan segala hormatnnya, majlis mempersilakan.

Ceramah
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Inspektor atas
ceramah itu tadi.

Para pelajar yang dikasihi,


Dalam menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari, pihak sekolah telah merangka
pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ini. Di antaranya adalah mengenalpasti pelajar
ponteng dalam buku kawalan kelas, memberi nasihat dan kaunseling kepada pelajar
bermasalah, mengeluarkan surat amaran kepada pelajar ponteng serta memanggil ibu bapa ke
bagi mengatasi masalah ini di sekolah.
Di samping itu, pihak sekolah juga memantau purata peratus kehadiran murid pada setiap
hari mengikut kelas.Seterusnya, purata kehadiran bulanan bagi kelas yang rendah akan
dikenalpasti manakala peratus yang terbaik akan diberi sijil penghargaan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian


Berakhirlah sudah PROGRAM SIFAR CICIR DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN 2024.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah. Assalamualaikum warahmatullah…….

Sesi foto
Majlis bersurai

You might also like