You are on page 1of 2

Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping, Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman panglima telah mengadakan Hari Ucapan


dan Penyampaian pada hari Sabtu bersamaan 3 Februari 2009. Majlis itu diadakan
dengan tujuan untuk menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah
ini dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pada majlis tersebut pelajar-pelajar yang
mencapai kejayaan cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut akan diraikan dan
menerima hadiah masing-masing. Majlis ini merupakan tradisi tahunan sekolah ini dan
menjadi program wajib sekolah.
Sebelum majlis ini diadakan, pihak sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong
Kanan, Penolong Kanan Hem, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan
Petang telah menentukan kategori hadiah yang akan diterima oleh pelajar-pelajar. Para
pelajar akan dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Setelah kategori penerima hadiah
ditentukan, pihak sekolah telah mengadakan tapisan bagi menentukan penerima hadiah
pula. Pembelian dan pembungkusan hadiah telah diadakan beberapa hari sebelum
majlis diadakan. Urusan hadiah ini telah diuruskan oleh Pn.Sopiah Ismail dan ahli
jawatankuasanya. Selain itu, persiapan pentas dan dewan diuruskan oleh Pn.Ayu
Mawarni Hashim bertujuan menyerikan lagi majlis ini.
Pada hari yang ditetapkan, majlis dimulakan tepat pada jam 9.00 pagi. Majlis ini
dimulakan dengan upacara menyambut kehadiran tetamu kehormat dengan paluan
kompang oleh pelajar-pelajar asrama. Tetamu kehormat ialah Tuan Haji Mat Lazim Idris
yang merupakan Pegawai Pendidikan Daerah. Pada tahun ini beliau telah diundang
untuk merasmikan majlis ini. Beliau merupakan tokoh pendidik yang amat berjaya di
peringkat kebangsaan. Beliau dijemput untuk merasmikan majlis ini dengan tujuan
untuk memberi motivasi kepada para pelajar sekolah ini agar berusaha dengan gigih
demi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ini dimulakan dengan ucapan Yang
Dipertua PIBG iaitu En.Ahmad Kenek. Dalam ucapannya beliau menasihati para pelajar

agar berusaha d engan gigih bagi memenuhi harapan ibu bapa mereka yang ingin
melihat kejayaan anak-anak mereka. Dalam ucapan Puan Pengetua iaitu Puan
Rahimah Jamaluddin pula, beliau mengajak guru-guru dan para pelajar berusaha
mengharumkan nama sekolah dengan mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum. Manakala dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Mat Lazim
telah menggesa para pelajar meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah ini sebagai
salah sebuah sekolah tertua di kawasan Larut Matang dan Selama dengan pelbagai
kejayaan dan kecermelangan. Beliau ingin melihat sekolah ini terus melahirkan
generasi muda yang berjaya dalam pelbagai bidang.

You might also like