You are on page 1of 1

Laporan Pertandingan Pidato

Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini telah menganjurkan


pertandingan pidato. Pertandingan ini diadakan pada 6 April 2010 di dewan
sekolah. Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi. Pertandingan
pidato ini diadakan bertujuan memilih wakil sekolah untuk menyertai
pertandingan pidato di peringkat daerah. Selain ini, pertandingan ini akan
memberi peluang murid-murid menonjolkan bakat masing-masing dalam
pidato.

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap dua. Pada


peringkat awal sebanyak 30 orang murid telah menyampaikan pidato
masing-masing. Lapan orang murid sahaja yang dipilih untuk pertandingan
akhir.Hakim pertandingan akhir terdiri daripada beberapa orang guru iaitu
Cikgu Aminuddin Sarmiran, beliau telah menghakimi bahagian isi, Cikgu
Anuar Ahmad telah menghakimi bahagian penyampaian, dan Cikgu
Bangidin Bedu pula telah menghakimi bahagian bahasa. Dua orang murid
telah ditugaskan menjaga masa.-

Johan pertandingan ini ialah Amira binti Amir, Tahun 6 Bestari. Naib
johan Amrizan bin Zaman dari Tahun 6 Jujur, dan tempat ketiga pula ialah
Azmi bin Mohamad dari Tahun 5 Amanah. Amira binti Amir akan mewakili
sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah.Pertandingan pada
tahun ini telah mendapat sambutan yang hebat berdasarkan penyertaan
murid, berbanding tahun lalu. Selain itu, murid-murid telah menunjukkan
minat yang mendalam apabila dewan sekolah telah penuh sesak dengan
kehadiran mereka untuk menyeksikan pertandingan tersebut.

Disediakan oleh, 12 APRIL 2010

(JASMIN BINTI JASMAN)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
Sepang, Selangor.

You might also like