You are on page 1of 2

Tanggungjawab Murid terhadap Sekolah

Sekolah ialah rumah kedua bagi murid dan


Pengetua serta guru-guru sebagai pengganti ibu bapa. Oleh sebab itu murid hendaklah:-

-Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah


Setiap murid bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan sekolah, tetapi juga
perlu mematuhi dan mengamalkannya setiap masa.

-Menjaga dan meningkatkan kebersihan sekolah


Kebersihan amat dihargai dan kerana itu murid perlu menjaga dan meningkatkan kebersihan seluruh
kawasan sekolah termasuk bilik darjah, bilik-bilik khas, kantin, tandas, dan lain-lain.

-Menjaga dan memelihara harta benda sekolah


Semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah hendaklah digunakan dengan cermat
dan murid bersama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatannya. Penyalahgunaan dan
kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru-guru.

-Menjaga keceriaan sekolah


Murid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti mengindahkan kawasan sekolah
seperti menanam dan memelihara pokok-pokok bunga, melukis mural, membina arca, dan
sebagainya.

-Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan sekolah


Setiap murid hendaklah sentiasa bekerjasama mewujudkan suasana pembelajaran yang
menggalakkan dan berkesan dengan mematuhi peraturan sekolah. Semangat kekitaan dan
kekeluangaan seharusnya diamalkan di sekolah melalui hubungan baik sesama murid, dengan guru,
dengan Pengetua, dan kakitangan sekolah. Murid seharusnya berbangga terhadap sekolah senta
menjaga nama baiknya dan berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang penting dalam
mencorakkan masa depannya.

-Memahami susun lapis masyarakat sekolah


Secara kasar sekolah mempunyai susun lapis yang dianggotai oleh Pengetua, Penolong Kanan,
Penyelia Petang, Guru-Guru, Kakitangan Bukan Guru, Pengawas-Pengawas, Ketua Kelas, dan murid-
murid. Setiap anggota masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Kejayaan sekolah bergantung sepenuhnya kepada
kerjasama erat dalam kalangan warganya.

-Menghormati bendera, lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah


i) Menghormati bendera
•Murid hendaklah sedan bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi negara, negeri dan juga
sekolah
•Murid hendaklah mengetahui dan memahami pengertian lambang dan warna bendera-bendera
tersebut.
•Murid hendaklah menghormati bendera negara, bendera negeri dan bendera sekolah terutama ketika
bendera-bendera tersebut sedang dikibarkan.
•Murid hendaklah merasa bangga dengan bendera negara, bendera negeri, dan bendera sekolah.

ii) Menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah


•Semua murid mestilah mengetahui seni kata lagu Negaraku, Lagu Negeri, dan lagu sekolahnya. Murid
juga harus memahami serta menghayati seni kata lagu-lagu tersebut.
•Murid hendaklah berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa lagu-lagu tersebut dinyanyikan atau
diperdengarkan dalam perhimpunan dan majlis-majlis rasmi.
•Murid hendaklah menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan betul dan bersemangat.

iii) Perhimpunan sekolah


•Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi peringkat sekolah.
•Murid mesti hadir semasa perhimpunan sekolah dan ketika menghadirinya murid hendaklah
bertatatertib, teratur, hormat serta patuh kepada peraturan-peraturan perhimpunan yang ditetapkan.

You might also like