You are on page 1of 2

ENCIK MUHAMMAD NAZMI BIN ROSLI

DARI SK LONG SUKANG, LAWAS, SARAWAK

Dicalonkan oleh Muhammad Nazri Bin Rosli

Cikgu Muhammad Nazmi, atau lebih dikenali di alam maya dengan nama "Little
Chuckee" jelas sekali mengangkat persada perguruan di Malaysia ke satu peringkat
yang berbeza. Beliau menjadi sumber inspirasi bukan sahaja kepada saya, malah
saya percaya ratusan lagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan beliau di
media sosial. Cikgu "Little Chuckee" mengubah perspektif masyarakat kita dengan
pendekatan pengajaran beliau yang berunsurkan simulasi, memberikan pendedahan
kepada murid beliau akan konteks kehidupan sebenar (contextual learning).
Tambahan pula dengan lokasi sekolah yang terletak jauh dari bandar, pendekatan
beliau pada perspektif saya mampu sedikit sebanyak menutup jurang pendidikan
yang dialami murid bersekolah di kawasan pedalaman. "Simulasi penerbangan
pesawat", "pengalaman menjejaki kaki ke bulan", "Lawatan ke Zoo Negara" dan
banyak lagi tema pengajaran beliau mungkin nampak agak biasa bagi kita yang
duduk di kawasan urban dan bandar yang membangun, namun pengalaman seperti
ini merupakan satu detik keemasan bagi anak-anak yang menduduki kawasan
pedalaman. Bayangkan, menetap di kawasan yang terpencil dan cuma memiliki
klinik kesihatan kecil, diberi peluang untuk merasai sendiri suasana di bilik
pembedahan dan memegang tanggungjawab sebagai pakar bedah di dalam bilik
darjah mereka? Bagi sesetengah kita, ianya mungkin suatu perkara yang biasa,
namun apa yang dilakukan cikgu "Little Chuckee" ini merupakan satu pengalaman
yang mungkin dirasai buat julung kalinya oleh anak-anak ini. Cikgu "Little
Chuckee" ini jelas memberikan inspirasi bukan sahaja dari segi idea, malah kaedah
PAK21 yang beliau guna pakai dalam menjayakan idea-idea pengajaran tersebut
pada pendapat saya sangat sesuai dengan kehendak pendidikan semasa. Walaupun
terbeban dengan bebanan kerja guru yang sedia ada, beliau masih mampu
meluangkan masa mencari bahan-bahan kitar semula, pergi ke pelosok kedai baju
terpakai untuk menyediakan bahan bantu mengajar beliau. Ya, beliau
menggunakan bahan terpakai untuk mereka dan mencipta bahan bantu mengajar
beliau! Satu nilai inovasi dan kreativi yang saya harap dapat dilihat dengan lebih
meluas dalam kalangan guru-guru di Malaysia. Akhir kata, semoga kisah ini
memberikan inspirasi kepada ramai lagi kalangan guru atau bakal guru di luar
sana. Guru berinovasi pemangkin pendidikan berkualiti.

You might also like