You are on page 1of 13

Ucapan ucapan pengurusan terbaik

Teks Ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan


Dan Kebudayaan Malaysia sempena Majlis Penghargaan
Pengurusan Rekod Peringkat Dewan/Majlis Bandaraya
2015
TEKS UCAPAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA
YBHG. TAN SRI DR. ONG HONG PENG

MAJLIS PENGHARGAAN PENGURUSAN REKOD PERINGKAT DEWAN/MAJLIS


BANDARAYA 2015

2 DISEMBER 2015 (SELASA) 3.00 PETANG

(Senarai salutasi disediakan oleh pihak penganjur)

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,

YBhg. Datuk Haji Ab. Ghaffar A. Tambi


Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,

Yang Berusaha Encik Azemi Abdul Aziz


Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia,

Puan Faridah Ishak


Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan)
Arkib Negara Malaysia,

YBhg. Datuk-Datuk Bandar Dewan/Majlis Bandaraya; dan

Tuan-Tuan / Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Selamat Petang, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

PENDAHULUAN

1. Saya mengucapkan selamat datang kepada hadirin sekalian kerana dapat bersama-sama berkumpul di
dalam Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik Peringkat Dewan/Majlis Bandaraya 2015 pada
petang ini.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YBrs. Encik Azemi Abdul Aziz, Ketua
Pengarah Arkib Negara Malaysia atas kesudian menjemput saya bagi merasmikan Majlis ini.
3. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kakitangan Arkib Negara Malaysia di atas
kejayaan penganjuran Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod peringkat Dewan/Majlis Bandaraya
bersempena Sambutan Hari Arkib Negara yang ke 58 pada hari ini.

TUJUAN MAJLIS PENGHARGAAN PENGURUSAN REKOD TERBAIK

4. Sebagaimana dimaklumkan oleh Ketua Pengarah, Arkib Negara Malaysia sebentar tadi, Majlis
Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik pada tahun ini merupakan kali yang ketiga penganjurannya
dengan matlamat utamanya memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Dewan/Majlis Bandaraya
yang telah melaksanakan tadbir urus pengurusan rekod terbaik dan Anugerah Pegawai Rekod Jabatan
(PRJ) Cemerlang. Penganjuran Majlis ini menunjukkan komitmen Arkib Negara Malaysia untuk terus
membudayakan tadbir urus pengurusan rekod terbaik di Dewan/Majlis Bandaraya dan agensi-agensi
kerajaan.

TADBIR URUS PENGURUSAN REKOD

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Sebagaimana kita sedia maklum, tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Tadbir urus yang terbaik atau good governance
adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang dapat dicapai.

6. Sehubungan dengan itu, salah satu elemen penting yang perlu ditekankan dalam tadbir urus yang terbaik
adalah pengurusan rekod. Tadbir urus pengurusan rekod perlu memberi penumpuan kepada dua (2) aspek
iaitu:

(a) Pematuhan, di mana setiap agensi mematuhi undang-undang, peraturan, piawaian pengurusan rekod
yang sedang berkuatkuasa dengan harapan penjawat awam dapat berkongsi maklumat secara telus dan
bertanggungjawab; dan

(b) Prestasi, di mana program dan aktiviti pengurusan rekod dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi
mencapai penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang melalui penggunaan maklumat dan rekod
yang tepat dan cepat.

7. Dalam hal ini, Arkib Negara Malaysia telah memainkan peranan dengan menyebarluaskan kepentingan
rekod melalui pendekatan dengan mengadakan Penilaian Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik. Melalui
penilaian Pengurusan Rekod Terbaik ini, secara tidak langsung mendorong Dewan/Majlis Bandaraya
mematuhi undang-undang dan prosedur pengurusan rekod yang berkuatkuasa.

8. Penilaian ini juga digunakan sebagai satu kaedah untuk menilai sistem, proses, pematuhan dan
pelaksanaan program-program pengurusan rekod yang dilaksanakan oleh Dewan/Majlis Bandaraya.
Berdasarkan keputusan penilaian, pengiktirafan diberi melalui Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod
Terbaik pada hari ini.

9. Walaupun Penghargaan ini menetapkan ranking di antara Majlis/Dewan Bandaraya di Malaysia, tetapi
apa yang lebih penting adalah untuk mendidik dan memastikan prestasi pengurusan rekod di Dewan/Majlis
Bandaraya berada di peringkat yang terbaik dan cemerlang.

PEMBAHARUAN PELAKSANAAN SISTEM NILAIAN AUDIT REKOD (ezSiNAR)

Hadirin yang dihormati sekalian,

10. Pelaksanaan penilaian kendiri oleh Dewan/Majlis Bandaraya dalam Sistem Nilaian Audit Rekod atau
ezSiNAR adalah salah satu elemen pembaharuan yang sangat sesuai dilaksanakan bagi Penilaian
Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik.

11. Sekiranya Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik ini dijadikan salah satu acara tetap sempena
Sambutan Hari Arkib Negara setiap tahun, suntikan elemen-elemen baru dalam kriteria penilaian perlu
diadakan dari semasa ke semasa.

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN REKOD

12. Saya dimaklumkan bahawa secara keseluruhannya, pematuhan Dewan/Majlis Bandaraya kepada
prosedur dan piawaian pengurusan rekod di Dewan/Majlis Bandaraya di tahap yang baik. Maklumat dan
rekod yang diperlukan oleh stakeholder dan orang awam dapat disediakan dengan tepat, lengkap dan
dalam jangkamasa yang ditetapkan.

13. Pengurusan maklumat dan rekod di Dewan/Majlis Bandaraya juga telah dijadikan aset yang 'dimiliki'
bagi kesinambungan institutional memory. Amalan terbaik dan inovasi dalam pengurusan rekod juga telah
banyak dilaksanakan secara dalaman yang tidak melibatkan sebarang kos. Ini telah menyelesaikan masalah
dan seterusnya memberi impak besar dari segi sumber manusia, masa dan proses kerja seharian.

14. Dengan 12 Dewan/Majlis Bandaraya yang menyertai Penghargaan Pengurusan Rekod pada kali ini,
sudah tentu banyak amalan terbaik dan inovasi pengurusan rekod yang sebahagian besarnya sesuai untuk
diadaptasi dan diperluaskan penggunaannya kepada PBT dan agensi-agensi lain.

15. Sehubungan itu, adalah diharapkan agar Arkib Negara Malaysia dapat mendokumentasikan Koleksi
Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan Rekod dalam bentuk buku dan diedarkan kepada pihak berkuasa
tempatan dan agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

16. Usaha untuk mengkomersialkan amalan baik dan inovasi pengurusan rekod perlu dipergiatkan agar
penggunaannya dapat dioptimumkan, terutama dalam konteks perkongsian pintar. Dengan cara ini, agensi
tidak perlu "reinvent the wheel" bagi mendapatkan penyelesaian kepada masalah yang sama dalam
menguruskan maklumat dan rekod.

KOLABORASI DENGAN KERAJAAN NEGERI

Hadirin sekalian,

17. Di sini saya amat mengalu-alukan program-program kerjasama atau kolaborasi di antara Arkib Negara
Malaysia dengan agensi-agensi Negeri seperti yang telah dilaksanakan melalui penilaian bersama dengan
Pustaka Negeri Sarawak dan Arkib Negeri Sarawak. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa
yang akan datang. Kolaborasi ini membuktikan adanya kerjasama erat di antara Arkib Negara Malaysia di
peringkat persekutuan dan agensi di peringkat Negeri terutamanya di Sabah dan Sarawak.

PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PEMENANG

18. Pada hari ini, kita akan menyaksikan penyampaian Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik kepada
Dewan/Majlis Bandaraya yang telah mencapai tahap terbaik dalam pengurusan rekod. Tahniah dan syabas
kepada Dewan/Majlis yang bakal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penghargaan Pengurusan Rekod
Terbaik. Semoga dengan kejayaan yang diterima oleh Dewan/Majlis Bandaraya ini menjadi contoh kepada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi persekutuan dan agensi negeri yang lain.

PENUTUP

19. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa penganjur dan semua warga Arkib
Negara Malaysia yang terlibat dalam menjayakan Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod Terbaik Tahun
2015 ini.

20. Dengan ini, sukacita saya merasmikan Majlis Penghargaan Pengurusan Rekod Peringkat Dewan/Majlis
Bandaraya Tahun 2015.

Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN Y. BHG. TAN SRI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD DAMANHURI KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PERHIMPUNAN BULANAN JPA DAN MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2004 PADA 18 MEI 2005 TEMA: BUDAYA CEMERLANG
PERKHIDMATAN TERBILANG Bismillahirrahmanirrahim Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul Wahab bin Mulajat
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Y. Bhg. Dato’ Habibah binti Ahmad
Termizi Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Y.Bhg. Dato’ Zakaria bin Mohd Taib
Tetamu Khas Y. Bhg. Pengarah-pengarah Bahagian Y. Bhg. Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-
tuan dan Puan-puan warga JPA yang dihormati sekalian. Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Alhamdulliah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama-sama hadir di Perhimpunan Bulanan JPA,
yang juga merupakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004. Tuan-tuan dan Puan-
puan 1. Persekitaran yang dinamik dan kompleks menuntut perkhidmatan awam memberikan
perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan menitikberatkan kepantasan bekerja dan akauntabiliti
serta memenuhi aspirasi dan ekspektasi pelanggan. Sektor awam perlu membuat perubahan secara
berterusan agar terus relevan dengan tuntutan semasa. Perubahan sejagat yang tidak menentu,
mengakibatkan organisasi perlu menyesuaikan diri dengan perubahan luaran (external environment)
dan dalaman. 2. Dalam konteks ini, JPA juga perlu sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku
dengan memastikan kebolehupayaannya untuk menangani perubahan agar kekal relevan. JPA
sentiasa berusaha agar semua elemen seperti strategi, struktur, proses, sumber manusia dan
perkongsian nilai ini dirancang dengan sebaik mungkin untuk menjadikan JPA sebuah organisasi yang
cemerlang. Oleh yang demikian, tema perhimpunan pada pagi ini “Budaya Cemerlang, Perkhidmatan
Terbilang”, adalah bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan warga JPA tentang cabaran yang
bakal dihadapi pada masa depan. 3. Hakikatnya, budaya cemerlang dalam sesebuah organisasi
bergantung kepada kecemerlangan individu. Ini adalah kerana pekerja merupakan modal insan atau
aset utama bagi kejayaan sesebuah organisasi. Organisasi yang dianggotai oleh individu yang
cemerlang akan menjadi organisasi yang terbilang dan dikagumi pelanggan. Majlis pada pagi ini juga
diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
dalam perkhidmatan kepada organisasi. 4. Sebanyak 88.5 peratus daripada warga JPA telah
mencapai prestasi cemerlang pada tahun lepas. Seramai 195 orang pegawai yang terbaik akan
dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam majlis kali ini. Saya berharap mereka
ini akan menjadi role model kepada kakitangan yang lain dan bertindak sebagai mentor di tempat
kerja masing-masing. Warga JPA digalakkan untuk 1 bersama-sama mereka untuk meneruskan
prestasi yang cemerlang bagi memastikan pencapaian visi dan matlamat organisasi. 5. Pada pagi ini
kita juga berbangga kerana JPA telah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun
lepas atas sumbangan yang telah diberi oleh semua warga JPA. Atas kejayaan ini, jabatan ingin
mengiktiraf sumbangan sebahagian daripada anggota yang telah terlibat secara langsung dalam
usaha gigih mereka. Saudara saudari yang dihormati, 6. Mengurus prestasi individu dan organisasi
adalah suatu tindakan penyampaian atau an act of communication. Ianya memberikan individu dan
warga kerja organisasi suatu kekuatan untuk bangun dan menggapai aspirasi serta kejayaan di luar
kebiasaan diri – di luar citacita dan kemahuan diri. Ianya melibatkan suatu proses yang panjang dan
tiada penghujungnya. Proses merancang, mendidik, menilai dan memberi penghargaan sebenarnya,
mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Kita mengukur prestasi adalah untuk memberi
dorongan berterusan dalam konteks pembangunan kerjaya individu. Walau bagaimanapun, anggota
yang bermotivasi akan berusaha untuk mencapai tahap yang terbaik dan ini akan membuahkan hasil
yang pastinya bukan sahaja di peringkat individu tetapi juga di peringkat organisasi. 7. Pengurusan
prestasi adalah elemen pengurusan yang kritikal dan perlu dilihat dari perspektif yang lebih strategik
dan terancang. Ianya merupakan asas kepada kejayaan organisasi yang berterusan dan berdaya
tahan. Secara ringkasnya, ini memberikan pengertian bahawa individu, iaitu warga JPA dan
organisasi ini secara keseluruhannya memahami dan mengerti akan: 2 • tujuan sesuatu pelaksanaan
matlamat operasi, • objektif utama pelaksanaan kerja; • sasaran kerja; dan • kemahiran yang
diperlukan bagi menjamin kejayaan matlamat dan visi organisasi. Saudara saudari sekalian, 8.
Sebuah kapal tidak boleh dikemudi oleh ramai nakhoda. Setiap anak kapal mempunyai tugas dan
tanggung jawab yang berbeza untuk memastikan pelayaran yang berjaya. Kayuhan mesti seirama
dan senada. Haluan dan buritan mesti sehala. Muatan kapal mesti setimpal keupayaan kapal.
Pelayaran yang tiba di destinasi tidak membawa hanya seorang nakhoda, tetapi juga sekumpulan
anak kapal yang bangga kerana telah berjaya mengharungi lautan penuh cabaran dan dugaan secara
bersama. Begitu jugalah kita di JPA ini. Kejayaan kita meraih AKPM bukanlah kejayaan saya seorang.
Kebanggaan saya adalah kerana kekuatan dan sokongan yang saya perolehi dari keseluruhan
anggota kerja di JPA tanpa mengira tugasan, tanggung jawab atau latar belakang. Kejayaan kita
adalah kejayaan sebuah tenaga kerja yang bersepadu. Setitik noda sahaja akan berupaya
memberikan persepsi yang berbeza kepada JPA. Bukan sahaja kegagalan individu mahupun bahagian
yang pincang, tetapi masyarakat atau pihak lain akan melihatnya sebagai kegagalan JPA. We must
act as one. Masyarakat umum tidak melihat kita sebagai individu mahupun sebuah bahagian sahaja.
Saudara saudari yang saya hormati, 9. Individu dan organisasi yang berprestasi tinggi mempunyai
keupayaan yang luar biasa untuk mengharmonikan objektif kendiri dan organisasi agar matlamat
dan visi unggul JPA dapat dicapai. Untuk itu, saya 3 ingin menggariskan beberapa faktor utama yang
mendorong kecemerlangan dan seterusnya memacu JPA agar terbilang. Kepimpinan 10. Faktor
pertama ialah kepimpinan. Pemimpin yang berjaya merupakan seorang yang mempunyai keupayaan
untuk mengenalpasti, mengekal dan memberikan inspirasi kepada golongan pekerja yang berbakat.
Dalam persekitaran semasa yang membolehkan kita berada pada tahap yang boleh dibanggakan,
seharusnya pemimpin di setiap bahagian dan peringkat mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan supaya
kecemerlangan yang telah dicapai akan terus dikekal dan dipertingkatkan. Kelebihan yang dimiliki
harus dimanfaat-kan agar bakat dan kebolehan yang ada digunakan secara yang optimum dan
bijaksana. 11. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa none of us is as smart as all of us, kita perlu
berupaya untuk mengemblengkan sumbangan semua pihak. Pembelajaran yang berterusan
merupakan kunci utama untuk menjadikan pemimpin yang sentiasa cemerlang dan memberikan
bimbingan. Pembelajaran adalah kemahiran yang amat diperlukan dalam kepimpinan kerana
kegagalan untuk terus belajar akan menyebabkan keupayaan untuk terus menjadi pemimpin yang
cemerlang akan pudar. 12. Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza dalam hidup dan
kerjaya masing-masing. Everybody has their own wall to climb. Perbezaan antara seseorang
pemimpin berbanding dengan bukan pemimpin adalah keupayaan untuk merubah sesuatu yang
negatif dalam hidup seseorang kepada sesuatu yang akan memberi makna kepada mereka. Kerelaan
untuk terus berusaha bagi meningkatkan kerjaya di samping keupayaan untuk mencari pelbagai cara
ke arah kejayaan merupakan pengukuran kepada seseorang pemimpin. Keupayaan untuk
menyesuaikan diri dengan penuh ketabahan dan 4 keyakinan diri akan memberikan sesuatu kelainan
yang utuh kepadanya. 13. Oleh itu, apa yang diperlukan pada hari ini ialah pemimpin yang mampu
menyelaras penglibatan semua warga yang berbakat untuk bekerja sebagai satu pasukan - real
heroes are the leaders who work with follower as intimate allies. Intipati dalam kepimpinan yang
berkesan ialah pemimpin yang menggerakkan setiap anggota dalam organisasinya berusaha untuk
mencapai sesuatu kejayaan yang besar. Seterusnya mereka akan berusaha untuk mendapatkan
penglibatan anggota yang lain untuk berkongsi wawasan yang sama. Selain daripada itu, perkara
yang paling penting dalam kepimpinan ialah keupayaan untuk memberi kepercayaan kepada orang
lain untuk memimpin, memberi kebebasan kepada mereka dan seterusnya membiarkan mereka
menjadi peneraju yang berjaya. Modal Insan Saudara saudari yang saya hormati, 14. Modal insan
adalah kunci kepada kejayaan dan keunggulan organisasi. Kecemerlangan kepimpinan, inovasi,
perhubungan pelanggan dan nilai etika korporat merupakan elemen-elemen yang sinonim dan akrab
dengan warga sesebuah organisasi. 15. Dalam konteks dasar dan amalan, tiada yang lebih kompleks
dari melaksanakan strategi sumber manusia. Menterjemah polisi ke dalam realiti seharian – dalam
erti kata lain mempraktikkan dasar, merupakan monumental challenge. Kita harus berupaya melihat
di luar kerangka beroperasi di peringkat dasar. Sementara kita merancang dan merangka dasar
pengurusan sumber manusia, kita tidak dapat menyangkal bahawa rakan kita di peringkat operasi
atau pengurus5 pengurus sumber manusia di peringkat operasilah sebenarnya yang menentukan
kejayaan atau keberkesanan sesesuatu dasar itu. 16. Individu boleh memilih untuk berusaha
bersungguh-sungguh demi kejayaan organisasi atau mereka boleh memilih untuk bersikap apa yang
para cerdik pandai sifatkan sebagai discretionary behaviour. Sebenarnya, pelbagai faktor yang
menentukan sama ada seseorang individu itu akan membuat sesuatu yang luar biasa untuk
organisasinya (go the extra mile), atau mempamerkan bakat yang tersendiri dan dinamik
(extraordinary skills) untuk organisasi. Individu yang tidak diransang juga berisiko memilih untuk
mengasingkan diri ataupun memilih untuk meninggalkan organisasi. Implikasi-implikasi ini
merupakan cabaran pengurusan dan pembangunan modal insan masa kini. Saudara saudari yang
dihormati, 17. Kita harus mengikis dan sekali gus membuang fahaman bahawa hanya 20 peratus
daripada tenaga kerja manusia di sesebuah organisasi yang menghasilkan 80 peratus produktiviti.
Keberkesanan kepimpinan serta pengawasan jika diganding dan disepadukan bersama
pembangunan kompetensi dan komunikasi sewajarnyalah akan membantu memastikan gelagat
organisasi yang berdaya tahan dan berprestasi tinggi. Sementara pengukur-pengukur prestasi
mampu membantu organisasi mencapai kecemerlangan, motivasi, komitmen dan kepuasan kerja
merupakan faktor dalaman atau intrinsic yang seharusnya memandu kecekalan warga kerja
organisasi dalam mengharungi likuliku kecemerlangan dan sekali gus menganjak organisasi ke
persada keterbilangan. 18. JPA telah dan akan terus melabur secara konsisten dalam
programprogram yang akan menjamin peningkatan terhadap keupayaan dalaman JPA. Setakat ini,
JPA telah melaksanakan: 6 • Program pembangunan personel; • Menyediakan kemudahan atau
prasarana kerja seperti ICT; • Memastikan mobiliti kerjaya; • Menghargai kecemerlangan; • Sistem
cadangan warga kerja JPA; dan • mengakreditasikan sistem dan proses kerja yang terbaik dan
efisien. (melalui MS ISO, TQM, KMK, Inovasi dan AKPM.) 19. Kita tidak pernah menahan sebarang
sumber mahupun amalanamalan pengurusan sumber manusia terbaik yang diterimapakai oleh
umum dalam usaha untuk memastikan persekitaran kerja dan keselesaan warga JPA dipelihara agar
menghasilkan kualiti kerja yang bermutu tinggi. Kita seharusnya tidak mudah berpuas hati dan selesa
dengan kejayaan dan keunggulan kita di masa lalu. Kebiasaannya, individu atau organisasi lebih
gemar untuk melihat kestabilan suasana semasa. Jika mereka tidak mahu merosakkan suasana atau
keselesaan semasa, mereka seringkali terlalu bimbang akan implikasi terhadap risiko yang bakal
diambil. Kita mesti berhadapan dengan cabaran hari muka melalui kaca mata yang berbeza, sudut
yang pelbagai, skill baru, keterbukaan yang positif dengan penuh komitmen dan iltizam. Budaya
Kerja Berpasukan 20. Budaya merupakan sistem nilai, kepercayaan dan tradisi yang menjadi
panduan kepada tingkah laku individu. Ia akan mempengaruhi individu dan organisasi yang
dianggotai olehnya. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk mempunyai budaya
yang cemerlang di mana setiap individu berkongsi visi dan misi yang sama terhadap keunggulan
organisasi. Individu perlu menghayati dan mengamalkan konsep kerja yang mengutamakan amalan
terbaik, bukan sahaja dalam mengendalikan tugas tetapi juga dalam perhubungan dengan pelanggan
dan rakan sekerja. 7 21. Untuk menentukan anggota bertugas dengan tekun, sempurna dan sentiasa
berusaha memperbaiki prestasi kerja, kita perlu membangunkan pekerja dan pasukan berprestasi
tinggi (exceptional people and teams) yang dapat menghayati falsafah dan budaya kerja organisasi.
Ini dapat dilaksanakan melalui dinamik sistem organisasi yang merangkumi latihan, pembangunan
pasukan kerja dan menjadikan mereka asas pendekatan pengurusan organisasi ke arah
mengintegrasikan budaya dan proses kerja cemerlang. Untuk menentukan kejayaan pendekatan ini,
budaya kerja berteraskan penambahbaikan berterusan perlu diamalkan dalam semua aspek
pelaksanaan tugas di semua peringkat. 22. Kepentingan budaya cemerlang dalam persekitaran yang
dinamik memerlukan keputusan dibuat dengan cepat. Anggota organisasi perlu diberikan kuasa
(empowerment) serta fleksibiliti. Konsep empowerment merupakan intipati dalam melaksanakan
kerja berpasukan. Pasukan yang berkesan berupaya melaksanakan tanggung jawab yang
diamanahkan mengikut apa yang diharapkan. Mereka juga mampu membuat keputusan yang dapat
membangunkan kemahiran dan sumber manusia dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Setiap
anggota organisasi perlu sedar tentang keperluan memberikan perkhidmatan terbaik. Berdasarkan
kepada kajian, organisasi yang dapat mengekalkan budaya kerja yang cemerlang mempunyai
pengurus yang dapat menetapkan ekspektasi yang jelas, menggalakkan semangat kekitaan (sense of
belonging), penglibatan pekerja dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah serta
membudayakan pembelajaran dan meningkatkan kemahiran. Proses Kerja 23. Organisasi yang
cemerlang beroperasi dalam persekitaran yang menggalakkan keberkesan dan kecekapan.
Keupayaan organisasi dalam menentukan keberkesanan dan kecekapan bergantung kepada 8
perancangan proses kerja yang dibuat. Proses kerja yang cemerlang dapat dibentuk melalui: •
pengenalpastian proses kerja; • perancangan kerja; • penjadualan kerja • pencapaian kerja; •
dokumentasi kerja; dan • analisis dan pengukuran kerja. 24. Proses-proses yang dinyatakan adalah
saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, pembentukan proses kerja yang cemerlang
memerlukan setiap proses tersebut dilaksanakan secara yang terbaik. Dalam era teknologi maklumat
yang berkembang pesat pada hari ini, kita perlu bijak memanfaatkannya sebagai enabler bagi
mempercepat dan meningkatkan proses kerja. Pemodenan proses dalam melaksanakan tugas
seharian melalui aplikasi teknologi semasa akan membantu kita meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Berorientasikan Pelanggan 25.
Perkhidmatan berorientasikan pelanggan merupakan intipati pengukuran masyarakat umum
terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang dihasilkan oleh sektor awam. Pengukur
kejayaan penyampaian perkhidmatan adalah terletak di tangan pelanggan. Kita menyedari bahawa
memenuhi kepuasan pelanggan merupakan suatu cabaran yang sukar untuk dipenuhi. Meskipun
masyarakat pelanggan memberi pengukuran terhadap perkhidmatan yang disampaikan berdasarkan
prinsip-prinsip ‘fairness and justice’ yang bersifat tanggapan umum - ianya perlu diberi perhatian
sewajarnya. 9 Saudara saudari yang saya hormati, 26. Melalui tetingkap sektor awam, kita tidak
melihat pelanggan dengan pendekatan yang berbeza jika dibandingkan dengan sektor swasta.
Pelanggan sektor awam juga menagih perhatian dan keperihatinan warga sektor awam yang
setimpal. Selain masyarakat umum dan stakeholders bertindak sebagai pelanggan, kita juga
merupakan pelanggan di gelanggang sendiri. Keperluan dan kehendak kita merupakan keperluan
dan kemahuan pelanggan kita. Maka kita perlu bukan sekadar memahami pelanggan, malah
memberi penghormatan dan penghargaan sebagaimana kita menghormati diri sendiri dan memberi
keutamaan serta memenuhi pengharapan yang sebaiknya seperti mana yang kita ingini sekiranya
kita bergelar pelanggan. 27. JPA merupakan nukleus kepada penjana kecemerlangan modal insan
serta guna tenaga sektor awam. Amat wajarlah sekiranya penumpuan tanggung jawab dan
akauntabiliti ini didokong dengan kemas dan dijiwai oleh kita semua. Hampir 1.1 juta pelanggan
melanggan di JPA dengan penuh pengharapan tanpa kita sedari. Mereka adalah saudara seangkatan
kita – anggota sektor awam. Hari ini keperluan mereka kita penuhi, kita bantu, kita kongsi – esok,
kita pula yang mengharapkan layanan dan penumpuan yang jika tidak lebih baik maka yang
setanding dengannya. Namun, hanya seorang daripada 1.1 juta anggota yang tidak berpuas hati
akan membawa kita ke tajuk utama berita. Kita perlu meningkatkan sistem pengurusan aduan yang
proaktif dan menyediakan maklumat yang bertepatan dengan isu yang dibangkitkan. Sejajar dengan
inilah, kita telah meluluskan skim Pegawai Khidmat Pelanggan untuk memastikan pengurusan
perhubungan pelanggan dan reputasi korporat organisasi adalah dipelihara. Tanpa perubahan sikap
dan pemikiran semua pihak, sistem yang diwujudkan tidak akan menampakkan hasil yang diimpikan.
10 28. Setiap hari banyak pendekatan dan konsep yang diketengahkan dan diterap dalam usaha kita
untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan sektor awam. Yang paling utama atau rahsia
di sebalik kejayaan ini adalah keikhlasan dan kesungguhan yang kita pamerkan ketika melayani
pelanggan. Keikhlasan itu terpancar melalui sinar mata yang perihatin, telinga dan hati yang
mendengar, gerak tubuh (body language) yang simpati dan tutur kata yang tersusun serta berbudi
bahasa. Kita perlu mendekati pelanggan dengan keperibadian yang berhemah tinggi dan arif dalam
melaksanakan tindakan susulan. Seandainya kita perlu memperihalkan penyelesaian yang tidak
menyebelahi pelanggan, kita laksanakanlah dengan penuh iltizam, profesional dan penuh hikmah
agar ketrampilan organisasi tidak terabai dan kita mencerminkan tindakan yang telus serta adil dan
saksama. Kesimpulan Saudara saudari sekalian, 29. Berhadapan dengan cabaran hari muka yang
tiada kepastian, kita didepankan dengan keperluan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran
baru, pendedahan-pendedahan baru serta kualiti pemikiran dan sikap yang lebih baik, yang
berupaya untuk memberikan ruang baru, sumber aspirasi baru dan anjakan baru dalam pelbagai
konteks. We need to move to the next level or better still jump to the next plateau. Kesukaran dan
ketidakpastian hari esok harus menjadi incubators for new insights. Kita mesti mempunyai
kebolehan untuk menjana hikmah melalui pengalaman. 30. Kejayaan warga yang cemerlang dan
kecemerlangan organisasi merupakan suatu perjalanan. Hari ini pelbagai pancaroba dan masih
banyak perjuangan yang perlu diatasi. Malah, terdapat banyak juga lapangan baru yang perlu
diterokai. Yang paling utama adalah 11 memahami apa yang perlu dipelajari, termasuklah belajar
untuk belajar, kecenderungan dan kesediaan kita untuk mengulangi proses pembelajaran,
menerokai ruang baru, untuk terus belajar dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Dengan
ketabahan dan keupayaan untuk mengadaptasi - tiada kegagalan kecuali kejayaan. (With enough
adaptive capacity and tenacity, there are no failures, only growth.) Saya yakin dan percaya bahawa
kita semua dan JPA sebagai sebuah organisasi can rise up to new heights and higher plateaus of
success pada masa hadapan. 31. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada warga JPA yang
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penghargaan kepada mereka yang telah memberikan
sumbangan kepada kejayaan JPA sebagai pemenang AKPM dan terima kasih kepada semua yang
menjayakan program pada hari ini. Sekian saya sudahi dengan Wabillahitaufiq Walhidayah,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Jabatan Perkhidmatan Awam 18 Mei 2005. 12

1 TEKS UCAPAN YBHG. DATUK SERI MOHD ZUKI BIN ALI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN
JABATAN PERDANA MENTERI BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN DISEMBER 2018
TARIKH : 19 DISEMBER 2018 (RABU) MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : AUDITORIUM JPM BLOK B1,
KOMPLEKS JPM 2 Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam
Sayangi Malaysiaku, Terima kasih kepada saudara dan saudari pengacara majlis serta kumpulan koir
dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang dipimpin oleh Puan Sti
Fatimah Binti Daud, dan kepada Encik Mohd Azrun bin Abd Rahman yang telah memimpin bacaan
doa sebentar tadi, Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua
Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) JPM, Yang Berbahagia Dato’ Junaidah binti Kamarruddin,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, Yang Berbahagia DCP Dato’ Sanusi Bin Sidek, Ketua
Pengarah Keselamatan Kerajaan 3 selaku penganjur perhimpunan pada hari ini, dan Yang Berusaha
Encik Jazannul Azriq bin Aripin, selaku penceramah jemputan pada hari ini. Yang Berbahagia Datuk-
Datuk, Ketua-Ketua Jabatan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, TuanTuan dan PuanPuan sekalian.
PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah SWT
kerana dengan rahmat dan inayahNya jua kita dapat berjumpa dan berkumpul lagi dalam
Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember 2018 ini. Ia juga amat
bermakna kepada kita semua kerana perhimpunan ini merupakan Perhimpunan Bulanan penutup
untuk kita pada tahun 2018. 4 2. Sepanjang tahun 2018 banyak perkara yang telah kita lalui,
disamping peristiwa besar iaitu perubahan kepimpinan Kerajaan, kita juga dikenalkan kepada
pentadbiran yang berpaksikan kepada ‘Rules of Law’. Saya berharap pada tahun 2019 yang akan
datang, kita akan mempertingkatkan iltizam untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik dan
menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua sebagai Penjawat
Awam terutamanya di Jabatan Perdana Menteri. 3. Sebagaimana yang telah diumumkan tadi,
beberapa orang pegawai telah bertukar dari Jabatan/ Agensi Jabatan Perdana Menteri sepanjang
bulan November 2018. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala
sumbangan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama bersama-sama berkhidmat di Jabatan
Perdana Menteri. Saya mendoakan agar tuan-tuan dan 5 puan-puan terus berjaya dalam
melaksanakan tanggungjawab baharu. 4. Kepada pegawai yang baharu melapor diri ke Jabatan
Perdana Menteri, saya amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dan saya
berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat menyesuaikan diri, mencurah khidmat bakti dan
menyumbang idea yang bernas bagi membantu Jabatan Perdana Menteri dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. 5. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Penjawat Awam Cemerlang Bulanan (APCB)
Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan November 2018 dan ucapan tahniah ini juga saya panjangkan
kepada penerima-penerima surat kenaikan pangkat dan surat pemangkuan. Semoga kecemerlangan
ini dapat diteruskan dan juga menjadi contoh kepada warga Jabatan Perdana Menteri yang lain
untuk terus 6 berkhidmat dengan cemerlang. Maka dengan itu, hadirin dan hadirat sekalian, sebagai
warga Jabatan Perdana Menteri marilah kita terus menggembleng tenaga dan menyumbang idea,
untuk menjadikan Jabatan Perdana Menteri lebih cemerlang. 6. Tahniah juga kepada pegawai yang
telah menerima Anugerah Peminjam Paling Aktif @Perpustakaan JPM dan tahniah kepada Bahagian
Teknologi Maklumat di atas anugerah Most Active Department Lending Books @Perpustakaan JPM
bagi Bulan November 2018. Kita semua percaya bahawa membaca merupakan satu medium utama
kepada penambahan ilmu pengetahuan. MENELURUSI KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI JPM
BAGI TAHUN 2018 7. Setahun kita menelusuri tahun 2018, terdapat banyak pencapaian dan
anugerah yang diterima oleh Agensi/Bahagian di bawah Jabatan Perdana 7 Menteri. Ini
membuktikan bahawa setiap usaha dan komitmen yang kita lakukan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat dan luar biasa. Ini merupakan pengiktirafan kepada Jabatan Perdana Menteri dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik dalam sistem penyampaian Kerajaan. Setinggi-tinggi ucapan
tahniah dan syabas saya ucapkan kepada warga JPM. Semoga pencapaian dan anugerah ini akan
menguatkan tekad kita untuk terus menyumbang bakti dan kepakaran seterusnya memartabatkan
perkhidmatan awam di Negara kita. 8. Antara pencapaian dan anugerah yang berjaya diterima oleh
Jabatan Perdana Menteri sepanjang tahun 2018 ialah:  Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Indeks
Penarafan Bintang Indeks (SSR) Tahun 2017- 2018; 8  Anugerah Kategori Organisasi Akrab Gemilang
(Sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Tahun 2018);  Anugerah Khas Keselamatan
Perlindungan Tahun 2017;  Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun
2017 (Pencapaian 5 Bintang); &  Tempat Kedua Anugerah ASEAN Energy Efficient Building Awards
2018 (Bangunan Perdana Putra bagi Kategori Retrofitted Building); 9. Kejayaan-kejayaan ini diharap
dapat dijadikan pemangkin kepada semua warga JPM untuk terus berusaha dengan penuh
komitmen dan konsisten serta ditunjangi idea yang kreatif dan inovatif demi kelangsungan
kecemerlangan JPM pada masa akan datang. Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, 9 DASAR
RASIONALISASI & PEMBENTANGAN BAJET 2019 10. Susulan daripada inisiatif rasionalisasi yang
dilaksanakan oleh Kerajaan, JPM kini terdiri daripada 56 Jabatan/agensi/BBP/CLBG berbanding 95
sebelum ini. Antara jabatan/agensi baharu adalah:  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),  Pusat
Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC),  Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
11. Bagaimanapun, Rakyat Malaysia khususnya penjawat Awam juga amat berterima kasih kepada
pihak Kerajaan kerana walaupun dalam keadaan ekonomi Negara yang tidak stabil pada masa kini,
kebajikan penjawat awam tidak pernah diabaikan khususnya dengan pemberian bayaran khas
sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam 10 dan RM250 kepada pesara Kerajaan yang telah
pun diberikan di samping beberapa insentif lain sama ada secara langsung atau tidak langsung
kepada penjawat awam. Hadirin hadirat sekalian, HALA TUJU KERAJAAN PADA MASA KINI 12. YAB
Perdana Menteri di dalam amanatnya pada Majlis Permuafakatan Perkhidmatan Awam di Langkawi,
Kedah menyatakan tentang perlunya sistem Kerajaan yang tersusun dan teratur bagi mencapai
kejayaan dalam melaksanakan pentadbiran. Dalam konteks ini, ianya melibatkan penyusunan
semula jentera kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan mengutamakan perkhidmatan demi
rakyat dan negara. Selain itu, pembersihan ahli politik dari anasir-anasir tidak baik (isu rasuah) dan
memastikan institusi dan organisasi ditadbir dan terajui oleh mereka yang layak, 11 berkemahiran
dan professional merupakan keutamaan yang perlu diberi perhatian; 13.Kerajaan juga telah
melaksanakan inisiatif rasionalisasi penstrukturan semula beberapa Kementerian dan agensi
kerajaan di bawah kepimpinan baharu negara, didapati terdapat pertindihan fungsi antara
kementerian/agensi dan bagi mengoptimumkan sumber dan menjadi lebih efektif, Kerajaan komited
untuk melaksanakan pengurangan perjawatan di Kementerian dan agensi Kerajaan sebanyak 1%
pada Tahun 2019; Hadirin hadirat sekalian, ISU KEBOCORAN RAHSIA RASMI KERAJAAN 14. Untuk
makluman semua, Kerajaan sedang giat dalam proses transformasi dan pembangunan untuk
melonjakkan Negara kepada sebuah Negara maju. Namun usaha-usaha ini sedikit sebanyak akan 12
tergugat sekiranya berlaku kebocoran maklumat dan rahsia rasmi Kerajaan. Kerajaan memandang
serius isu kebocoran rahsia rasmi yang mana telah menjejaskan integriti dan keutuhan Kerajaan.
Akibat kebocoran tersebut, Kerajaan terpaksa menghabiskan banyak sumber-sumber tenaga
manusia, masa dan kewangan bagi memperbetulkan keadaan dan membaiki persepsi negatif yang
timbul darinya. 15. Sehubungan ini, pihak Kerajaan meminta kesemua penjawat awam mentaati
ikrar perkhidmatan awam dan Perakuan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk tidak
membocorkan rahsia rasmi Kerajaan. Insiden kebocoran rahsia rasmi Kerajaan sebelum sesuatu
pengumuman rasmi dilakukan oleh Kerajaan boleh memberi implikasi kepada keputusan Kerajaan
dan mampu mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan, pertahanan, kewangan dan
kredibiliti Kerajaan. Mana-mana individu yang disabitkan atas kesalahan membocorkan rahsia rasmi
boleh dihukum 13 dengan mandatori penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh
tahun. 16. Pihak Kerajaan menerusi Pejabat CGSO telah mengambil langkah-langkah konstruktif bagi
membendung gejala kebocoran maklumat/ dokumen sulit Kerajaan dengan mengadakan program
pendidikan dan kesedaran keselamatan perlindungan kepada semua pegawai awam termasuk
pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat anggota pentadbiran peringkat Persekutuan dan Negeri.
17. Untuk tujuan ini, tidak kurang daripada 7500 taklimat/ ceramah dan kursus keselamatan
perlindungan telah disampaikan kepada penjawat awam sepanjang tempoh 2010-2018. Bagi tempoh
yang sama, Pejabat CGSO juga telah menyelidiki sebanyak 840,000 latar belakang penjawat awam
dan individu yang berurusan 14 dengan pihak Kerajaan melalui sistem tapisan keselamatan. 18.
Pihak CGSO juga telah menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi utama berkaitan keselamatan
ICT seperti: (a) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU); (b)
Cyber Security Malaysia (CSM); (c) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA); dan (d) Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 19. Kerjasama ini adalah untuk merangka dan
menyediakan satu platform yang berkesan untuk menangani isu kebocoran/ ketirisan maklumat di
dalam pentadbiran Kerajaan dan ancaman keselamatan dalam bentuk siber. Sekali lagi, saya
menyeru kepada semua penjawat awam supaya sentiasa berpegang kepada aku janji dan Perakuan
di bawah Akta Rahsia 15 Rasmi 1972 yang telah ditandatangani dan rahsiakanlah rahsia Kerajaan
pada setiap masa. PENUTUP 20. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Krismas buat warga JPM yang beragama Kristian dan juga selamat bercuti kepada
semua warga JPM yang akan bercuti pada hujung tahun bersama keluarga tercinta. Berhati-hati di
jalan raya, serta pandu kenderaan secara berhemah dan ingatlah orang-orang yang kita cintai di
rumah mahupun kampung halaman. 21. Dalam keseronokan bercuti, suka untuk saya ingatkan tuan-
tuan dan puan-puan agar melaksanakan ‘clean desk policy’ dengan memastikan perkara-perkara
rasmi dan rahsia rasmi disimpan mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam
Arahan Keselamatan. Kita juga perlu memastikan penugasan pegawai bertugas, pengurusan sistem
kawalan keselamatan, pengurusan kunci keselamatan dan 16 pelaksanaan peraturan berkaitan
Dasar Keselamatan ICT dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan. 22. Akhir kata, sekali lagi
sebagai penutup tirai tahun 2018, saya menyeru supaya kita bersamasama menggembleng tenaga,
usaha dan idea untuk melakar pembaharuan yang dihasratkan oleh Kerajaan baharu kearah
membentuk “Malaysia yang umpama Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit
mengaum semula”. 23. Terima kasih dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pihak penganjur
terutamanya pihak CGSO dan semua yang terlibat di atas penganjuran Perhimpunan Bulanan
Jabatan Perdana Menteri pada kali ini. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH SEMPENA MAJLIS ANUGERAH SYARIKAT TERBAIK KKLW TAHUN 2016 HOTEL PREMIERA,
KUALA LUMPUR 18 SEPTEMBER 2017 (ISNIN) WAKTU KETIBAAN : 8.00 MALAM Terima kasih Tuan /
Puan Pengacara Majlis. KATA-KATA ALUAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamua’laikum dan Salam
Sejahtera, Salam 1 Negaraku Sehati Sejiwa, YB Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub Timbalan
Menteri KKLW, Yang Berbahagia Datuk Borhan bin Dolah Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Ketua-ketua Agensi, Pengerusi-
pengerusi Agensi dan Anak Syarikat, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Tertinggi Syarikat,
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, segala puji bagi
Allah S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya, maka dapat kita berada di dalam satu majlis untuk
meraikan dan memberi pengiktirafan terhadap pencapaian yang telah ditunjukkan oleh semua anak
syarikat milik agensi di bawah KKLW sepanjang tahun 2016. 2. Saya percaya majlis sebegini
merupakan suatu bentuk dorongan atau motivasi yang baik bagi semua anak syarikat untuk terus
meningkatkan prestasi masing-masing. Pada masa yang sama, majlis ini juga dapat menyatukan kita
dalam semangat sebagai sebuah keluarga besar KKLW. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan, 3.
Hasil daripada pelaksanaan dasar fiskal yang mampan dan pelaburan dalam pelbagai projek strategik
oleh kerajaan telah memacu ekonomi Malaysia mencapai kadar pertumbuhan 4.5% bagi suku ke-4
tahun 2016 atau secara keseluruhannya pada kadar 4.2%. Momentum pertumbuhan ekonomi ini
berterusan hingga mencapai kadar 5.6% bagi suku pertama tahun 2017. Ini menunjukkan bahawa
pengurusan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang tepat. 4. Pertumbuhan yang baik
ekonomi Malaysia ini telah memberi kesan yang positif terhadap prestasi anak syarikat. Secara
umumnya saya boleh katakan bahawa prestasi yang ditunjukkan oleh anak syarikat milik agensi di
bawah KKLW bagi tahun 2016 adalah lebih baik berbanding 2015. 5. Sungguhpun nilai perolehan
keseluruhan syarikat sebanyak RM3.374 bilion adalah berkurangan berbanding RM3.649 bilion pada
2015, tetapi jumlah keuntungan selepas cukai (PAT) mencatatkan peningkatan sebanyak 863%
kepada RM131.829 juta pada 2016 berbanding hanya RM13.680 juta pada tahun sebelumnya.
Jumlah syarikat yang menjana keuntungan juga turut bertambah. 6. Kluster perladangan merupakan
kluster yang paling menonjol dengan nilai perolehan RM1.69 bilion dengan menjana keuntungan
sebanyak RM75.35 juta. Prestasi ini berkait rapat dengan kenaikan harga komoditi di samping
amalan ‘Good Agricultural Practices’ (GAP) yang dilaksanakan dengan berkesan. Dato’-Dato’, Tuan-
tuan dan Puan-puan, 7. Seperti mana yang saya katakan semasa Sesi Retreat Anak Syarikat KKLW
pada 23 Januari 2017 yang lalu, bahawa cabang perniagaan sedia ada perlu dikekalkan, dengan
memberi keutamaan kepada core business agensi supaya matlamat penubuhan syarikat tidak
tersasar. Kita perlu memberi tumpuan kepada bidang yang kita mempunyai kepakaran dan
kemahiran. 8. Ini termasuklah memberi fokus kepada industri hiliran yang bersesuaian untuk
melengkapkan ekosistem yang menyeluruh. Syarikat di bawah RISDA misalnya, boleh meneroka
pembuatan perabot berasaskan kayu getah, memandangkan mereka adalah pengeluar utama kayu
getah negara. Manakala FELCRA pula, penerokaan perniagaan perlu menjurus kepada bidang oleo-
chemical berasaskan sawit seperti penghasilan santan, sabun, kosmetik dan sebagainya. 9. Di
samping itu juga, kita perlu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat di luar
bandar. Melalui pelaburan di kawasan ini, kita dapat mengoptimumkan penggunaan sumber bahan
mentah dan tenaga kerja yang ada. Malahan aktiviti perniagaan ini mampu menarik semula
penduduk untuk kembali bekerja di kampung halaman dan menambahkan bilangan usahawan.
Dengan cara ini, selain membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, pihak syarikat juga
dapat beroperasi dengan kos yang lebih efektif. 10. Saya telah mengatakan bahawa kita boleh
membina kekuatan sekiranya kita bergerak sebagai satu entiti KKLW, di mana kita akan mempunyai
kuasa permintaan yang besar dalam merundingkan tawaran input harga dan menikmati operasi
berskala besar. Susulan daripada itu, gerak kerja telah dimulakan dengan termeterainya MoU
kerjasama antara anak-anak syarikat milik agensi di bawah KKLW bagi Fasa 1 pada 14 April 2017. 11.
Pencapaian yang memberangsangkan hasil daripada kerjasama ini telah mendorong kepada
pelaksanaan MoU Fasa 2 yang akan diadakan pada 28 September 2017 ini melibatkan 34 syarikat
daripada Kluster Pendidikan, Pelaburan, Hartanah dan Perkhidmatan. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan
Puan-puan, 12. Perubahan ekonomi masa kini menunjukkan bahawa ekonomi digital dan internet of
things (IoT) merupakan teras pengurusan perniagaan masa hadapan. Kepantasan teknologi internet
dan pelbagai aplikasi atas talian mampu membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia
perniagaan. 13. Sebagai langkah merangka strategi jangka panjang, kita perlu mewujudkan model
perniagaan yang bersesuaian termasuk mengambil kira hala tuju meliputi pelbagai dimensi
perniagaan. Ini termasuklah perkembangan Revolusi industri 4.0 di mana kerajaan sentiasa berusaha
memastikan ekonomi Malaysia terus dipacu pada tahap tertinggi. Komitmen kerajaan ini ditunjukkan
menerusi pendekatan gagasan Transformasi Nasional 2050 atau TN50 di mana pandangan pelbagai
stakeholders diambilkira dalam merangka strategi perniagaan. 14. Dalam merealisasikan hasrat
tersebut, inovasi dan kreativiti syarikat amat penting untuk kekal bersaing dan relevan. Saya
berharap anak-anak syarikat mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran baru
perniagaan. Kita akan ketinggalan jika kita masih mengekalkan cara kerja lama dan gagal
menyesuaikan diri dengan perubahan. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan, 15. Dalam
menguruskan syarikat, kita tidak boleh lari daripada CAT iaitu ‘Corporate Governance, Accountability
and Tranparency’. Beberapa teguran yang telah diberikan oleh Jabatan Audit Negara (Audit)
berkenaan tadbir urus korporat, pengurusan kewangan, perolehan syarikat dan sebagainya perlu
diberikan perhatian serius. 16. Bagi memastikan teguran audit ini tidak berulang lagi pada masa
hadapan, saya mahu tindakan yang tegas diambil bagi setiap ketidakpatuhan yang dikenalpasti. Pada
masa yang sama, latihan kepada anggota syarikat perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan serta
dipantau oleh CEO dan pengurusan tertinggi syarikat. 17. Kementerian akan mengeluarkan Buku
Tadbir Urus Korporat dan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Di Bawah KKLW dalam
masa terdekat yang diselaraskan dengan Akta Syarikat 2016 serta Kod Tadbir Urus Korporat terkini.
Kursus Corporate Directors Leadership & Integrity (CDLI) juga akan ditambahbaik dengan kerjasama
INTAN bagi membolehkan lebih ramai pengurusan tertinggi syarikat terlibat. Dato’-Dato’, Tuan-tuan
dan Puan-puan, 18. Pada malam ini, kita akan menyaksikan syarikat yang terbaik di antara 56
syarikat di bawah Kategori Modal Berbayar Kurang RM5 juta dan 35 syarikat di bawah Kategori
Modal Berbayar RM5 juta ke atas. Penilaian peringkat akhir melibatkan pemilihan 3 syarikat terbaik
daripada 10 syarikat yang disenaraipendekkan bagi setiap kategori. 19. Sebagai suntikan semangat
kepada semua syarikat, pada majlis anugerah kali ini buat julung kalinya saya telah memperkenalkan
Anugerah Khas YB Menteri KKLW sebagai penghargaan kepada syarikat yang telah menunjukkan
lonjakan prestasi yang tinggi serta banyak menyumbang dalam program CSR kepada masyarakat.
Pada tahun hadapan, saya ingin mencadangkan agar kategori CEO Terbaik pula diwujudkan. 20.
Menyentuh penglibatan syarikat di bawah program CSR, saya ingin mengucapkan penghargaan
kepada semua anak syarikat di bawah Kementerian dan juga GLC yang telah menyumbang untuk
pembaikan Tabika KEMAS pada tahun 2016. Saya difahamkan semua sasaran yang ditetapkan bagi
pembaikan ini akan dapat disiapkan sebelum penghujung tahun ini. Begitu juga dengan sumbangan
kepada Tabung Amanah Baktidesa KKLW. Diharapkan agar sumbangan ini akan berterusan dan
dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa. 21. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan
tahniah kepada bakal penerima Anugerah Syarikat Terbaik KKLW bagi tahun 2016 pada malam ini
dan mendoakan agar semua syarikat terus berusaha lebih keras supaya kekal berdaya maju, dan
berdaya saing serta berjaya mencapai KPI yang ditetapkan untuk tahun hadapan. Kejayaan semua
syarikat akan menjadi kejayaan agensi secara khususnya dan kementerian secara amnya. Dengan
lafaz Bismillahirrahmanirrahim maka saya merasmikan Majlis Anugerah Syarikat Terbaik KKLW
Tahun 2016 Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like