You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI DR. SALLEH SAID KERUAK


MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN BANGUNAN BAHARU
JABATAN PENERANGAN DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

8 OGOS 2017 (SELASA) 4.00 PETANG

Assalammualaikum wbt Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

YB Dato’ Jailani Johari


Timbalan Menteri
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad


Ketua Setiausaha
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

YBhg. Dato’ Mohid Mohamed


Timb. Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

YBhg. Dato’ Mohd Sukari Bin Abdul Hamid


Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia

YBhg. Dato’ Samsuni Bin Mohd Nor


Setiausaha Bahagian (Kanan)
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

YBrs. Tuan Haji Ab. Han Bin Ramin


Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Batu Pahat

1
YBrs. Tuan Haji Shafiei Bin Ahamad
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Daerah Batu Pahat

YBrs. Puan Siti Fatimah Kamaruzaman


Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan
Jabatan Penerangan Malaysia

YBrs. Encik Zainudin Bin Ismail


Pengarah Penerangan Negeri Johor

YBrs. Encik Samsuri Bin Maslan


Wakil Daripada Jabatan Kerja Raya (JKR)

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian / Jabatan / Agensi

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah


kurniaNya, dapat kita berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna pada pagi
ini iaitu Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pejabat Penerangan Daerah Batu
Pahat, Johor Baharu.

2. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan


Malaysia kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan majlis yang amat
bermakna ini.

3. Izinkan saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan tahniah atas penubuhan projek ikonik Jabatan Penerangan
dengan penubuhan Pejabat Penerangan yang baharu ini. Sesungguhnya dengan
keazaman dan iltizam yang tinggi semua pihak, projek ikonik Jabatan berjaya
direalisasikan dan menjadi penanda aras (bench mark) yang akan diperluaskan
ke wilayah-wilayah lain.

4. Saya difahamkan bangunan Pejabat Penerangan yang dibina di Batu Pahat ini
khusus untuk kemudahan warga Jabatan Penerangan yang berkhidmat dan
masyarakat setempat. Saya pasti dengan adanya bangunan baru ini suasana
bekerja akan lebih kondusif untuk semua warga dan diharapkan agar
perkhidmatan ini dapat memberikan ketenangan bekerja kepada warga kerja
Jabatan dalam meningkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan
awam kepada komuniti di daerah ini.

5. Saya difahamkan juga bahawa Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan


Perdana Menteri telah memberikan kelulusan bagi projek Pembinaan Bangunan
Baharu Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, Johor pada 2014 di bawah
Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10), Rolling Plan 4 (Tahun 2015-2016)

2
dengan kos siling berjumlah RM 3,000,000.00. Projek ini diselia urus oleh pihak
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

6. Pembinaan bangunan ini telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor dengan kos
kontrak bernilai RM 2,546,969.80. Pembinaan bangunan ini mengambil masa
selama 12 bulan pembinaan dan tarikh masuk tapak bagi kerja-kerja pembinaan
telah dimulakan pada 18 Mac 2016. Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat
yang baharu ini siap dibina pada 17 Mei 2016 dan mendapat Perakuan Siap
Kerja Projek (CPC) pada 25 Julai 2016. Pada 12 Februari 2017, Jabatan Kerja
Raya Daerah Batu Pahat (JKR) telah membuat Majlis Penyerahan Kunci dan
Dokumen Penyerahan Bangunan ini kepada Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) dan seterusnya telah diserahkan kepada Jabatan
ini untuk beroperasi. Projek bangunan baharu ini akan diperluaskan
pembinaannya dengan rekabentuk dan keluasan yang sama ke Pejabat
Penerangan Daerah (PPD) Rompin dan PPD Pekan,Pahang pada tahun ini
dengan menggunakan peruntukan RMK-11. Pejabat ini juga dilengkapi dengan
prasarana terkini yang menjadi kebanggaan seluruh warga Jabatan dan
Kementerian amnya.

7. Selepas 60 tahun merdeka, Jabatan Penerangan Daerah Batu Pahat berjaya


memperoleh bangunan sendiri yang tersergam indah pada hari ini yang mampu
menampung kapasiti yang lebih ramai dalam satu-satu masa. Syukur
alhamdulillah. Saya juga maklum, sebelum ini Jabatan Penerangan Daerah Batu
Pahat berada di Padang Majlis Perbandaran Batu Pahat kemudiannya berpindah
menyewa di Bangunan UMNO Bahagian Parit Sulong sekitar tahun 1980-an
sebelum berpindah ke Bangunan Persekutuan Batu Pahat selama 17 tahun
bermula tahun 2000 hingga 2017. Kini ternyata di bawah kerajaan yang prihatin
inilah impian Jabatan untuk memiliki projek ikonik tersendiri terlaksana. Tahniah
dan syabas saya ucapkan kepada pihak pengurusan dan warga kerja Jabatan
Penerangan Malaysia.

8. Pihak KKMM merasakan lebih dekat masyarakat di Batu Pahat melalui Pejabat
Penerangan Daerah ini dalam membina masyarakat bermaklumat. Sesuai
dengan visi Jabatan Penerangan iaitu ‘Masyarakat Terhubung dan Berinformasi’,
warga Jabatan perlu sentiasa berada di hadapan dalam melaksanakan
tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

9. Berpandukan prinsip ini, saya melihat Jabatan Penerangan telah menunjukkan


kemampuan serta keupayaan untuk memandang jauh ke hadapan.

3
10. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti anjuran pihak Jabatan diharapkan mendapat
sokongan masyarakat di sini dan sentiasalah berkunjung mendapatkan
perkhidmatan dari warga Jabatan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

11. Kerajaan sedar betapa pentingnya untuk menyediakan persekitaran yang baik
dan berkualiti kepada kakitangan sebagai asas kepada pembangunan insan
yang mampu melahirkan penjawat awam berminda kelas pertama. Kerajaan juga
amat prihatin bahawa kejayaan penyampaian perkhidmatan awam kepada
kumpulan sasar bergantung pada kecekapan dan kreativiti maklumat yang
disampaikan.

12. Kementerian sememangnya akan melaksanakan pembaharuan terutama dalam


memastikan agensi di bawahnya mempunyai prasarana infrastruktur yang
lengkap bagi memenuhi permintaan dari anggota perkhidmatan awam. Jabatan
Penerangan harus lebih proaktif dalam mempromosikan dirinya sebagai agensi
yang dapat menjana budaya kerja cemerlang, inovatif dan kreatif dalam aspek
penyampaian maklumat kepada rakyat. Hasrat ini tidak dapat dilaksanakan
seandainya terdapat kekurangan pada prasarana, walaupun mempunyai
pegawai lapangan yang berkemahiran dan berpengalaman dalam segala bidang.

13. Seiring dengan itu, Jabatan Penerangan juga mempunyai tanggungjawab yang
besar untuk memperkenalkan inovasi-inovasi baru dalam mempertingkatkan
kecekapan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan selaras dengan
hasrat kerajaan yang mahukan Malaysia mempunyai pekerja yang berdaya saing
dan berinovatif.

14. Sesungguhnya di samping dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan


Jabatan, bangunan baharu ini juga diharapkan dapat memberikan keselesaan
dan semangat lebih tinggi kepada warga kerja untuk melaksanakan
tanggungjawab mereka dan mempertingkatkan taraf kecekapan dan kualiti kerja
mereka.

Hadirin yang dihormati,

15. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan
Penerangan Malaysia yang telah berjaya mempunyai bangunan indah ini.
Kewujudannya juga adalah demi menyahut seruan kerajaan dalam memastikan

4
semua kakitangan diberi peluang bagi menikmati kemudahan dan faedah yang
kondusif.

16. Tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa majlis yang telah bekerja keras untuk
memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar serta yang paling utama
ucapan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Ketua Pengarah Jabatan
Penerangan, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman yang memberi sokongan padu
dan merealisasikan bangunan baharu Pejabat Penerangan Daerah ini.

17. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan


Bangunan Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, Johor Baharu.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like