You are on page 1of 17

Teks Ucapan Perasmian

YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari


Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Sempena

Sustainable Development Workshop &


Semakan Pencapaian Tahun 2022
Pelan Strategik Melakaku Maju 2035 (PSMJ 2035)

Tarikh: 9 Disember 2022 (Jumaat), Masa: 8.00 Malam


Trove Hotel, Johor Bahru

1
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim


Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

Yang Berusaha Datuk Mohd Yusof Bin Abu Bakar


Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri

2
Ketua-Ketua Jabatan dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan
Negeri dan Persekutuan

Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Salam Sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat


Bahagia, Menggamit Dunia.

3
Pendahuluan

1. Alhamdulillah, pertamanya marilah kita menjunjung


setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan
taufik dan hidayah-Nya, kita dapat berkumpul di sini,
sempena Sustainable Development Workshop & Semakan
Pencapaian Tahun 2022 Pelan Strategik Melakaku Maju 2035
(PSMJ 2035).

4
YBhg. Datuk, tuan-tuan dan puan-puan,

Dasar Pembangunan Negeri Melaka

2. Dasar adalah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi


mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Dasar-dasar
kerajaan merupakan satu perisytiharan hasrat kerajaan yang
dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau
mencapai objektif seperti yang dihasratkan.

5
3. Di peringkat nasional, dasar-dasar awam digubal
mengikut kesesuaian dengan ciri-ciri dan keperluan semasa.
Ianya merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan
kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan
bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan
negara.

4. Manakala dari aspek pengurusan ekonomi, perancangan


pembangunan di Malaysia bermula pada tahun 1950 dengan
penerbitan Draf Pelan Pembangunan Malaya. Dokumen
perancangan pembangunan yang telah disediakan
6
di peringkat persekutuan termasuklah rangka rancangan
jangka panjang (RRJP 1 hingga 3) dan rancangan pelan
pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia Pertama
hingga Rancangan Malaysia ke-12).

5. Di peringkat negeri Melaka pelan perancangan


pembangunan telah dirangka bermula dengan Melaka Maju
2010, di mana pencapaian diukur melalui pemantauan 32
indikator negara-negara OECD. Ianya diikuti dengan Melaka
Maju Fasa ke-2 di mana 4 Tonggak utama diperkenalkan
meliputi sistem, produk, persekitaran dan rakyat, Green City
7
Action Plan (GCAP) serta penyediaan 9 dasar pembangunan
negeri Melaka. Diikuti pula negeri Melaka ke arah Melaka
Negeri Berwibawa.

6. Terkini, Negeri Melaka memfokuskan ke arah Melakaku


Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia. Sehubungan
dengan itu, hala tuju dasar pembangunan Negeri Melaka
menjelang tahun 2035 serta kerangka pelan tindakan yang
bersesuaian dengan cabaran dan keperluan semasa serta
perubahan persekitaran perlu dikenalpasti.

8
7. Maka pada pada 8 Mac 2021 Pelan Strategik Melakaku
Maju Jaya 2035 versi pertama telah dilancarkan, manakala
versi kedua pula pada 11 Mac 2022. Jika sebelum ini pada
versi pertama sebanyak 8 flagship PSMJ2035 telah dirangka
merangkumi 22 strategi, 102 quick wins dan 29 symbolic
actions, tetapi di dalam konteks versi kedua, masih lagi
mengekalkan 8 flagship namun digarap dan ditambah baik
berdasarkan portfolio YB Exco Kerajaan Negeri dengan 44
strategi, 237 buah program / projek dan 491 KPI.

9
8. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, dasar- dasar
ini adalah komprehensif dan tidak statik. Ianya perlu
dipantau secara berkala di dalam setiap Mesyuarat Post
Exco. Setiap strategi dan pelan tindakan yang dirangka
menjadi garis panduan dan merupakan Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) serta ‘Report Card’ bagi setiap YB Exco
mengikut portfolio masing-masing.

10
9. Justeru itu, bagi perancangan PSMJ2035 versi ketiga
pada 2023 diharap pihak tuan-tuan dan puan-puan bersiap
sedia dan bolehlah merancang daripada sekarang bagi
tujuan pemantauan dan penambahbaikan dari semasa ke
semasa serta seterusnya sehingga diangkat ke Mesyuarat
Majlis Kerajaan Negeri Melaka untuk mendapat kelulusan
dan pengesahan sebelum ianya diterbitkan secara rasmi.

11
Tuan-tuan dan puan-puan,

Environmental, Social And Governance (ESG)

10. Saya difahamkan program yang diadakan selama 3 hari


ini bermula semalam adalah bertujuan memberi pendedahan
mengenai Environmental, Social And Governance (ESG) di
samping dapat memberikan percambahan ilmu kepada
peserta program ini.

12
11. Apa yang dapat saya ungkapkan di sini bahawa kita
mahu negeri Melaka, bukan sahaja mahu menjadi negeri
yang lebih maju, berteknologi pintar bahkan membawa
Melaka lebih cemerlang dan seimbang, terus maju jaya
Menuju Negeri Lestari.

12. Berpandukan Sustainable Development Goals (SDG)


atau pembangunan lestari dengan 17 matlamat yang meliputi
pembangunan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan
hidup rakyat dengan penggunaan sumber yang bijaksana
selain memastikan pemuliharaan terhadap alam sekitar.
13
YBhg. Dauk, Tuan-tuan dan puan-puan,

Penutup

13. Apa yang ingin saya tekankan di sini, banyak lagi yang
perlu kita rancang dan perincikan melalui program, bengkel,
seminar, sesi percambahan fikiran perlu diadakan bagi
menyelesaikan isu permasalahan yang timbul di samping
memastikan negeri Melaka di dalam landasan yang betul
mengikut situasi dan peredaran semasa.

14
14. Sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih
terutamanya kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri
kerana selaku sektretariat induk PSMJ 2035 yang
menganjurkan program ini serta kepada para peserta
yang dapat meluangkan masa untuk hadir selama tiga
hari.

15. Saya berharap objektif program ini tercapai dan


akhirnya akan memberi manfaat kepada tuan-tuan dan
puan-puan dalam membantu negeri Melaka ke tahap
yang lebih ke hadapan seterusnya memberi impak yang
15
positif kepada rakyat Melaka secara keseluruhan dalam
merancang hala tuju negeri Melaka.

16. Oleh yang demikian, saya berharap kita semua


menyokong penuh dan sentiasa komited membantu Kerajaan
Negeri untuk merangka, memantau serta merealisasikan
Dasar Pembangunan Negeri Melaka. WE’RE SERVE THE
GOVERNMENT OF THE DAY.

16
17. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim… Saya dengan
sukacitanya merasmikan penutup Sustainable Development
Workshop & Semakan Pencapaian Tahun 2022 Pelan
Strategik Melakaku Maju 2035 (PSMJ 2035).

Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

-Tamat-

17

You might also like