You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN

Assalamualaikum w.r.t dan Selamat pagi

Yang Dihormati Pengerusi Majlis,

Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Selangor

Semua Ketua-Ketua Bahagian

Yang Diraikan Penerima-Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2012

Tetamu-Tetamu Kehormat, Semua Warga Perbendaharaan Negeri Selangor

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekelian

Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana
dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 pada pagi yang berbahagia ini. Setinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Pengurusan Anugerah Khidmat
Cemerlang, Perbendaharaan Negeri Selangor kerana telah sudi mengundang saya untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan dan menyampaikan anugerah kepada
kakitangan-kakitangan kita yang bertuah pada hari ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada seluruh jawatankuasa yang terlibat di atas penganjuran majlis pada pagi ini
dan saya difahamkan, majlis ini adalah majlis yang penting bagi setiap tahun bagi
meraikan mereka yang telah berkerja keras bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Kasih sayang di tempat kerja boleh dipupuk dengan mudah. Perkara asas yang perlu diambil
kira ialah kita bekerja untuk mendapatkan rezeki. Rezeki yang halal akan datang jika kita kerja
secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Malah apa yang terjadi pun jika ia berlaku secara
ikhlas dan bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil yang dapat dituai dengan baik.

Pertalian yang erat di antara semua kakitangan akan menyebabkan semua kerja dapat
dilaksanakan dengan mudah. Jabatan ini juga telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk
mengeratkan suasana kekeluargaan antara kakitangan Perbendaharaan Negeri Selangor.
Aktiviti-aktiviti seperti majlis sambutan perayaan, sukaneka, aktiviti kebajikan, kelab KSKP dan
lain-lain adalah untuk memupuk ikatan kekeluargaan yang erat dan sihat. Sesungguhnya apa
yang di usahakan ini, saya melihat pelbagai kejayaan telah dapat dihasilkan oleh
Perbendaharaan Negeri Selangor.

Pada tahun ini, saya difahamkan bahawa seramai 256 orang pegawai dan kakitangan
Perbendaharaan Negeri Selangor dari pelbagai peringkat jawatan dan unit telah terpilih untuk
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang
sepanjang tahun 2011. Ini adalah sekitar 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai dan
kakitangan di bawah Perbendaharaan Negeri Selangor. Jumlah ini adalah amat kecil jika
dibandingkan dengan keseluruhan warga Perbendaharaan Negeri Selangor. Ini menunjukkan
anda adalah yang teristimewa.

Saya dimaklumkan bahawa penerima-penerima ini adalah insan-insan teristimewa dan


mendapat peluang yang besar melalui pengiktirafan ini. Peluang dan keutamaan untuk
memajukan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh
menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja, menerima pingat, bintang dan darjah
kebesaran persekutuan dan negeri; dan sebagainya.

Walau bagaimanapun saya yakin, pegawai dan kakitangan Perbendaharaan Negeri Selangor
yang berada di sini bekerja keras bukan hanya untuk mencapai peluang ini tetapi kerana cinta
kepada kerja, bangsa dan negara. Jika anda meneruskan sikap ini, insyallah anda akan
sentiasa mencapai kejayaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sejajar dengan hasrat Kerajaan membudayakan perkhidmatan cemerlang di kalangan para


penjawat awam, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diwujudkan melalui Pekeliling
Kemajun Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002. Anugerah ini merupakan penghargaan
Kerajaan kepada para anggota perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan yang
cemerlang, iaitu perkhidmatan yang diberikan yang mana mutu atau penghasilannya melebihi
daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikannya itu
boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan
bekerja dan daya usaha anggota perkhidmatan awam yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Sebagaimana yang saya sebutkan pada awal ucapan tadi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
ini dianjurkan bagi menghargai usaha serta keringat para penjawat awam tidak kira di
Kementerian, Jabatan serta Agensi Kerajaan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang
cemerlang. Inisiatif yang Kerajaan berikan adalah sebagai pemangkin semangat serta galakkan
untuk para penjawat awam berusaha dengan lebih gigih. Tahniah dan syabas saya ucapkan
sekali lagi kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini.
Semoga anugerah ini akan menjadikan tuan-tuan dan puan-puan lebih bersemangat dalam
mencurahkan khidmat bakti kepada negara Malaysia yang tercinta ini.

Dengan ucapan Bismillahhirahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah


Khidmat Cemerlang 2012 bagi Jabatan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like