You are on page 1of 28

Tuesday, December 22, 2009

What is Teacher Professionalism?

semasa mengikuti kursus di Massey University, New Zealand, saya berpeluang bertemu
dengan seorang pensyarah di university tersebut bernama Dr Annete M Taylor.
menurut pendapat beliau mengenai profesionalisme perguruan ialah...

... its origins can be traced as far back as Socrates, Plato and other philosophers and
teachers.

Bagi saya pendidik terulung adalah Mohamad Rasulullah SAW, nabi terakhir bagi umat
manusia yang diutuskan Allah swt kepada kita sebelum bumi ini berakhir (kiamat)

Menurut Taylor lagi, perkataan profesionalisme adalah berkaitan rapat dengan:

drive

initiative

commitment

involvement

I see professsionalisme as the "pursuit of excellence, not just competence"

Saya bersetuju dengan pendapat beliau, insan guru perlu memiliki keinginan yang
tinggi (drive), mempunyai inisiatif tanpa perlu disuruh dan proaktif dalam semua
bidang dan tugas tanpa perlu dipantau (oleh Pengetua/Guru Besar - jawatan Guru
Besar juga saya fikir perlu ditukar kepada nama jawatan yang lebih sesuai .... kenapa
ada perbezaan antara pentadbir sekolah menengah (yang dipanggil Pengetua) dan
pentadbir sekolah rendah (yang dipanggil Guru Besar)...??? Letak sahaja nama jawatan
tersebut sebagai PENGARAH? PENGURUS? ....(fikirkan yang sesuai)

Beberapa ciri penting seseorang yang bergelar profesionalisme ialah

mempunyai pengetahuan (khusus atau umum)

kod etika

autonomi

akauntabiliti

komitmen kepada bidang tugas


imej yang boleh dikenalpasti

Saya berpendapat semua ciri diatas sudah pun dipenuhi. Ciri terakhir iaitu imej...
mungkin ini sukar sikit namun masyarakat masih boleh meneka sama ada seseorang itu
GURU atau tidak. Ada yang mengesyorkan supaya imej guru ini ditegaskan supaya
menjadi ikon dalam masyarakat. Makan seperti guru, berjalan seperti guru,
berkomunikasi seperti guru,..... semuanya seperti guru. kalau doktor perubatan...
bawa stetoskop dileher tu.. haaa pastilah doktor. kalau jururawat... pakaiannya. etc
etc

Posted by Deria at 10:23 AM 2 comments:

Monday, December 7, 2009

Peranan Pusat Sumber Sekolah Membantu Pengajaran dan Pembelajaran

Semua guru sedia maklum apabila disebut PSS atau Pusat Sumber Sekolah. Dahulunya
dikenali sebagai perpustakaan, namun pada awal tahun 80an, konsep pusat sumber
sekolah telah mula diperkenalkan di negara kita, maka perpustakaan di semua sekolah
seluruh negara telah ditukarkan nama kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Di negara barat, PSS adalah merupakan jantung atau nadi bagi sesebuah sekolah bagi
membantu guru dan murid memperolehi ilmu pengetahuan. Bezanya, dinegara kita,
sekiranya sesebuah sekolah itu tidak ada pusat sumber pun, pengajaran dan
pembelajaran masih tidak terjejas sedikit pun. berapa ramai guru kita menggunakan
PSS sebagai membantu pengajaran dabn pembelajaran mereka (PnP)? Berapa ramai
murid masuk ke PSS untuk mencari maklumat? Kaedah pengajaran yang bercorak
'spoon feeding' masih berleluasa dalam zaman ledakan maklumat ini. Cakap tentang
globalisasi, ledakan maklumat, teknologi maklumat, komputer, Internet dan
sebagainya, namun kaedah PnP masih terkebelakang berbanding zaman serba moden
ini.

Malah, ada Guru Besar dan Pengetua yang tak tahu pintu masuk PSS di sebelah mana,
tak tahu apa yang ada dalam PSS. Kalau ditanya apa peranan PSS... pinjam buku
sahaja. Murid pula masuk PSS untuk pinjam buku cerita sahaja.

Apa peranan dan tugas PSS?


1. Perolehan dan organisasi bahan buku dan bukan buku, termasuklah peminjaman
(sirkulasi)
2. Khidmat sokongan media
3. Perancangan dan penggunaan bahan/peralatan media

Kalau dilihat daripada peranan di atas, media amat ditekankan dalam PSS. Ini
bermakna guru-guru harus menggunakan media dalam PnP mereka (mungkin setiap
kali sesi pengajaran). Selain itu, ada lagi khidmat sokongan lain seperti penubuhan
kelab komputer, pusat akses kendiri dan terkini pusat akses sekolah. Berjuta-juta
ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk
menyediakan prasarana dan kemudahan, termasuklah kos latihan kepada guru-guru
untuk menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan.

Persoalannya.... adakah guru kita menggunakan PSS ini untuk melaksanakan PnP?

Apakah alasan yang munasabah boleh guru-guru berikan untuk tidak menggunakan
PSS?

? beban tugas dan tanggung jawab yang banyak (bertambah)


? 'exam-orientation' - alasan ini banyak digunakan oleh guru-guru, kerana mereka
mengatakan tak cukup masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran jika menggunakan
PSS dan media dalam PnP.
? tak cukup latihan
? tak cukup alatan
? tak tahu?????

Semasa dalam latihan pra perkhidmatan (sama ada di Institusi Pendidikan


Guru/Maktab Perguruan atau Universiti) semua bakal-bakal guru telah didedahkan
kepada penggunaan media dan PSS. Mereka juga telah didedahkan kepada pelbagai
teori pembelajaran dan kaedah atau metodologi pengajaran. Umpamanya, bakal guru
telah tahu apakah yang dimaksudkan dengan konstruktivisme.... learning by doing,
discovery, inquiry, project based learning, problem based learning dan banyak lagi
kaedah PnP yang berbentuk student centered. Namun apabila ditempatkan disekolah,
mereka selesa menjalankan PnP dengan kaedah teacher centered, chalk and talk,
drilll and practice... etc. Amat malang, dalam dunia tanpa sempada yang ditimbuni
dengan pelbagai sumber maklumat di hujung jari, kita (para guru) masih
terkebelakang dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik kita.

Posted by Deria at 5:26 PM 2 comments:

Friday, December 4, 2009

Komunikasi Berkesan Dalam Pendidikan

Diriwayatkan daripada Sayyidatina A'isyah, katanya:

Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah seperti tergopoh-gapahnya percakapan


kamu (kerana perkara ini mewariskan kesamaran kepada para pendengar dan sukar
untuk memahami dan mengingatinya)

Tetapi Baginda bercakap secara jelas dan orang yang duduk bersama Baginda boleh
menghafalnya.

Daripada Sayyidina Anas bin Malik beliau berkata:

Adalah Rasulullah mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali
agar mudah difahami.

Semua warga pendidik perlu mengambil iktibar daripada amalan yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW ini dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan penuh
ketenangan dalam setiap pengucapan yang dikeluarkan di hadapan murid. Kita perlu
berusaha sepenuh hati agar semua anak didik kita memahami apa yang diajar oleh
kita. Ulangilah fakta dan pernyataan yang penting dan menjadi kata kunci kepada
tajuk atau isi kandungan pelajaran yang sedang kita ajar.

Bukan semua pendidik dapat melakukan perkara sedemikian. Ada antara kita yang
sudah menjadi tabiat apabila bercakap, kita agak gopoh-gapah mengeluarkan
pendapat dan idea. Dengan secara sedar dan latihan, insyaAllah kita akan dapat
mengawal kadar kecepatan pengucapan yang dilakukan.
Tak dapat kita bayangkan bagaimana Rasulllullah SAW melakukan pengajaran beliau
sehinggakan pendengar dapat menghafal apa yang diucapkannya. Apabila muhasabah
diri sendiri, terasa amat kerdil diri saya ini untuk dibandingkan dengan Beliau, terasa
amat bersalah kepada setiap pelajar yang telah diajar selama ini kerana tidak dapat
melakukan perkara yang begitu penting untuk mereka seperti Rasullullah SAW
lakukan. Adakah pelajar saya memahami apa yang diucapkan kepada mereka selama
ini? Adakah mereka dapat mengingati fakta-fakta penting yang disampaikan? Sungguh
sedih apabila mengenangkan semua itu...

Posted by Deria at 12:15 PM No comments:

Thursday, December 3, 2009

Guru Yang Disukai Murid

Seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak telah membuat kajian
terhadap murid-murid beliau mengenai guru yang mereka sukai. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid-murid suka kepada guru-guru yang menepati masa,
komited terhadap tugas dan kecindan (suka berjenaka).

Dapatan kajian beliau menunjukkan murid suka kepada guru yang menetapi masa iaitu
masuk kelas tepat pada waktunya dan keluar (menghabiskan sesi pengajaran) kelas
juga tepat pada waktunya. Ini menunjukkan bahawa warga guru perlu memberikan
penekanan kepada aspek pengurusan masa yang cekap dan berkesan.
Guru yang menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka adalah
merupakan guru yang disanjungi oleh murid. Warga guru perlu menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap tugas masing-masing. Guru perlu melakukan sesuatu
tugas dengan bersungguh-sungguh supaya mereka dicontohi oleh murid. Dalam satu
kajian lain, dapatan kajian menunjukkan ramai kalangan guru mengamalkan kaedah
pengajaran dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh guru mereka terdahulu. Ini
bermakna sekiranya kita mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan, maka anak
didik kita sentiasa memerhati dan memberikan keutamaan sehinggakan sekiranya
mereka menjadi guru kelak, apa yang kita lakukan terhadap mereka hari ini akan
menjadi ikutan mereka kelak. Konsep 'Bapak Borek, Anak Rintik' berlaku disini. Kalau
cikgu borek, maka anak muridnya akan menjadi rintik?

Aspek yang tidak kurang penting ialah guru yang pandai berjenaka. Amalan jenaka
atau kecindan akan membantu mengurangkan jurang pemisah komunikasi antara guru
dan murid. Gelak tawa semasa berinteraksi antara guru dengan murid akan
menjadikan hubungan guru-murid lebih mesra dan erat. Ingatlah wahai para guru,
anak murid kita sentiasa memerlukan 'kawan' dalam kehidupan sosial mereka dalam
persekitaran sekolah. Selain daripada rakan sekelas, atau sekolah, guru adalah
merupakan kawan yang boleh mereka kongsi cerita dan jenaka yang bukan semata-
mata berunsurkan akademik.

Kalau tuan-tuan pernah menonton cerita The Freedom Writers, anda dapat melihat
bagaimana seorang guru yang begitu gigih mendidik anak didiknya daripada golongan
yang hidup dalam persekitaran sosial yang teruk menajdi seorang manusia yang
berguna. Harian Metro beberapa minggu lepas telah memaparkan kisah ini sekali lagi.
Kalau anda berpeluang, carilah filem tersebut dan boleh digunakan sebagai bahan
bantu mengajar. Ini adalah satu kisah benar yang telah difilemkan. saya pernah
menulis dalam blog ini mengenai kisah tersebut pada tahun 2008 selepas menonton
filem tersebut.Kisah seorang guru yang bernama Erin Grunwell yang dilakukan semula
oleh Hilary Swank terbitan Paramount Pictures tahun 2007. Cikgu Erin yang dikenali
sebagai Miss G telah berjaya mengnerbitkan sebuah buku yang berjudul The Freedom
Writers Diary, hasil tulisan anak muridnya yang berasal daripada kawasan penduduk
yang bermasalah. Akhirnya semua anak didik beliau dapat masuk ke universiti. Tahun
ini adalah ulang tahun ke 10 mereka dan Erin Grunwell berjaya sekali lagi
menerbitkan sebuah buku yang berjudul Teaching Hope. Saya ada scan keratan akhbar
ini dan sekiranya tuan/puan ingin berkongsi, saya akan kirimkan. Dan kalau boleh
dapat filem ini, saya ingin memilikinya. Sesiapa yang ada saya minta hubungi saya.
Kita boleh jadikan filem ini sebagai bahan bantu mengajar, terutamanya sebagai
motivasi kepada guru-guru. Untuk pengetahuan, Cikgu Erin Grunwell masih ada dan
meneruskan kejayanya dalam bidang perguruan.
Ini adalah gambar Hilary Swank (depan) (aktress yang melakunkan watak Miss
G)bersama Erin Grunwell (Miss G dalam filem tersebut)

Posted by Deria at 10:43 AM 3 comments:

Wednesday, November 18, 2009

Inovasi

Salam sejahtera,

Sekian lama tidak sempat mencoretkan sesuatu dalam laman ini rasanya begitu
kecewa sekali. Setelah menghadiri satu seminar di Ipoh anjuran Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, saya mendapat pengalaman yang begitu
bermakna sekali untuk dikongsikan bersama.

Pertandingan inovasi yang telah dijalankan sempena seminar tersebut memberikan


satu gambaran yang begitu jelas sekali tentang pentingnya guru-guru bersifat atau
mempunyai ciri-ciri yang inovatif. Berbagai masalah dapat diselesaikan hasil daripada
ciptaan kreatif para guru (pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM).
Berbagai rekaan kreatif telah diketengahkan dan boleh dikongsi bersama-sama dengan
golongan pendidik lain seluruh negara.

Setiap sekolah, daerah atau negeri perlu menganjurkan pertandingan yang sedemikian
setiap tahun bagi mencungkil bakat kreatif guru-guru sekolah dalam penghasilan idea
baru yang kreatif dan inovatif. Sama ada PKG atau BTPN perlu menyahut seruan ini
dan memperuntukkan sedikit kos dan mengadakan perancangan yang rapi dan teliti
untuk tujuan tersebut.

Hasil inovasi daripada IPGM yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut
amatlah menarik dan boleh diketengahkan ke peringkat kebangsaan. Sesetengahkan
berkaitan dengan pedagogi serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya
dan yakin sekiranya guru-guru diberikan peluang, pasti mereka juga dapat
mengemukakan hasil inovasi yang baik.

Posted by Deria at 2:35 PM 3 comments:

Monday, November 9, 2009

Pesanan Lukman Al-Hakim

Kita kongsi bersama pesanan Lukman Al-Hakim kepada anaknya. Sebagai seorang guru,
kita juga boleh pesankan pesanan ini kepada anak didik kita, semoga mereka mejadi
seorang insan yang sempurna dan beriman.Banyak perkara yang guru boleh gunakan
dalam pesanan ini sewaktu mengajar. Ingatlah, kita sebagai guru bukan sekadar
bertanggung jawab untuk mendidik murid kita menjadi seorang yang pandai (daripada
segi intelek sahaja) malah kita perlu membentuk mereka supaya menjadi seorang
insan yang berakhlak mulia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan
tugas dan tanggung jawab kita dalam usaha mendidik anak murid kita iaitu supaya
mereka menjadi seorang insan yang seimbang daripada aspek Jasmani, Emosi, Rohani
dan Intelek. Semoga anak didik kita menjadi seorang yang pandai, berakhlak mulia,
menghormati orang lain (terutama ibu bapa mereka) dan sihat tubuh badan serta akal
fikiran.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka
dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH
juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh


menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut
( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan
besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang
berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir
majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan
hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya


makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis
belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan
musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang
yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain
yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin
menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~
yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Posted by Deria at 2:31 PM No comments:

Tuesday, October 27, 2009

Nak kongsi jenaka mengenai Cikgu Yang Best!

Kelas yang tadi bercempera tiada guru kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana
guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin
yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu
ialah......?

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.


Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan
saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang
dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua
tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti
menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!

Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Berjaya!

Murid-murid: Usno!

Cikgu: Salah!

Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar ini!


Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid-murid: Akar lama tak tau!

Posted by Deria at 6:02 PM 3 comments:

Monday, October 26, 2009

Karektor Guru 12: Mengaku Kesalahan Sendiri

Guru yang paling berkesan adalah mereka yang dengan cepat dan tidak teragak-agak
untuk mengaku kesalahan sendiri yang dilakukan. Mereka dengan rasa rendah hati
akan memohon maaf daripada pelajar. Mereka dengan segera akan memperbetulkan
sesuatu kesalahan yang dilakukan dengan segera tanpa merasa segan dan silu.
Misalnya, semasa memeriksa kertas jawapan atau tugasan, sekiranya pelajar
mendapati guru melakukan kesalahan memberi markah, guru dengan segera mengakui
kesalahan mereka yang terus memperbetulkannya tanpa berlengah-lengah lagi.
Dalam banyak kes disiplin yang berlaku di sekolah, ramai dalam kalangan guru
menggunakan kuasa mereka untuk menghukum pelajar tanpa banyak soal jawab atau
menyelidiki kedudukan sebenar. Ini menimbulkan perasaan dendam pelajar kepada
guru, dan akan memburukkan lagi situasi. sekiranya guru menyedari kesalahan yang
dilakukan, maka janganlah merasa bersalah atau malu untuk mengaku kesalahan
sendiri, bak kata pepatah "tidak akan hilang bisanya ular yang menyusur akar".

Posted by Deria at 2:29 PM No comments:

Thursday, October 22, 2009

Karektor Guru 11: Pemaaf

Guru yang paling berkesan adalah mereka yang tidak menyimpan dendam dan
kebencian dalam hati terhadap pelajar mereka walaupun pelajar itu nakal dan
sentiasa menyakiti hati mereka. Guru sebegini akan sentiasa memaafkan pelajar
mereka di atas perlakuan yang tidak sesuai seperti kesalahan disiplin yang ringan atau
tingkah laku yang kurang sopan dan sebagainya. Mereka akan sentiasa memberikan
nasihat dan panduan secara bersopan kepada pelajar yang berkelakuan yang tidak
sepatutnya. Mereka memahami bahawa dengan sikap pemaaf ini akan dapat
membantu pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang sukar dibendung. Mereka
percaya bahawa dengan menyimpan dendam dan kebencian kepada pelajar yang
bermasalah displin ini, akan menyebabkan pelajar memusuhi mereka sama ada di
dalam sekolah atau di luar sana. Dengan keadaan yang sukar memaafkan pelajar ini,
akan menyebabkan lebih sukar kita untuk menangani masalah yang mereka hadapi.
Sifat pemaaf adalah merupakan satu sifat yang universal, semua agama menuntut
supaya manusia bersifat demikian. Sifat ini adalah menunjukkan martabat yang tinggi
dan nilai kemanusiaan yang hebat dan mulia. Semua guru harus memiliki sifat ini
supaya kita sentiasa dipandang mulia oleh pelajar kita, malahan kita akan dipandang

mulia oleh masyarakat sekeliling kita. Saya


percaya, sekiranya semua guru memiliki karektor ini, masalah disiplin di sekolah akan
dapat dibendung. Penghormatan masyarakat terhadap warga guru juga akan dapat
dipulihkan seperti yang pernah kita persoalkan sebelum ini iaitu 'guru dahulu vs guru
sekarang'.

Posted by Deria at 11:07 AM 1 comment:

Wednesday, October 21, 2009

Karektor Guru 10: Menghormati Pelajar

Guru yang paling berkesan adalah guru yang tidak memalukan pelajarnya sama ada
secara bersemuka atau di hadapan khalayak (kelas). Guru yang memberikan
penghormatan yang paling tinggi akan memperolehi penghormatan yang paling tinggi
daripada anak didik mereka.

Guru perlu menghormati hak individu setiap anak didik mereka, tidak mendedahkan
kelemahan seseorang pelajar kepada orang lain sama ada sesama rakan mereka atau
guru lain.
Guru boleh berbincang dengan pelajar mengenai markah atau pencapaian seseorang
pelajar secara individu tanpa didengari atau diketahui oleh rakan lain. Guru seperti
ini akan menunjukkan kepekaan yang tinggi terhadap perasaan pelajarnya dan
sentiasa berhati-hati supaya tidak memalukan pelajarnya setiap masa sama ada ianya
perlu atau tidak.

Posted by Deria at 9:11 AM No comments:

Friday, October 16, 2009

Karektor Guru 9: Kebolehan Jenaka (Sense of Humor)

Guru yang paling berkesan adalah guru yang tidak menganggap semua perkara adalah
serious dan menjadikan pembelajaran adalah sesuatu yang seronok dan
menghiburkan. Mereka menjadikan jenaka sebagai alat untuk ‘breaking the ice’ ketika
sesuatu situasi yang sukar dialami. Misalnya, dalam menguruskan bilik darjah, guru
perlu menggunakan arahan secara berjenaka bagi mengurangkan tekanan dan
ketegangan yang berlaku sesama pelajar. Guru sebegini akan sentiasa berjenaka
setiap hari dalam kelasnya. Mereka sentiasa bergelak ketawa bersama-sama pelajar
sama ada dalam kelas atau di luar kelas. Mereka sentiasa berjenaka dengan murid dan
sebaliknya. Namun, jenaka yang digunakan adalah jenaka yang tidak mendatangkan
keburukan seperti memperlekeh atau mempersendakan pelajar atau orang lain,
berbentuk ugutan dan berunsur lucah.
Bukan kita mahukan jenaka yang dapat mentertawakan murid sehingga kelas menjadi
hingar bingar. Cukuplah sekadar dapat membuatkan murid kita tersenyum atau
merasa terhibur dan lega dengan apa yang kita ucapkan. Bukan perlu kita
mempelajari atau berlatih untuk berjenaka, tak kanlah sepanjang hayat kita tak
pernah pun berjenaka! Jenaka yang ringan dengan memberikan contoh-contoh yang
melucukan adalah amat mudah dilakukan oleh guru semasa mengajar dalam kelas.

Banyak kajian di luar negara menunjukkan bahawa murid suka kepada guru yang
gemar berjenaka. kajian juga membuktikan bahawa kelas yang diselang seli dengan
jenaka oleh guru, dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan
seterusnya meningkatkan pemahaman murid. Oleh itu kajian yang berbentuk
eksperimental telah dilakukan oleh para sarjana barat membuktikan terdapat
peningkatan pencapaian yang signifikan bagi kelas yang mengandungi jenaka
berbanding sebaliknya.

Posted by Deria at 5:45 PM 3 comments:

Friday, October 9, 2009

Karektor Guru 8: Belas Kasihan (Compassionate)

Guru yang paling berkesan adalah guru mengambil berat akan masalah peribadi setiap
pelajarnya dan sentiasa mengambil perhatian terhadap perkara yang berkaitan
dengan masalah tersebut. Misalnya, seorang pelajar yang mengidap penyakit lelah,
guru akan mengambil perhatian khusus kepada beliau supaya tidak terdedah kepada
habuk atau cuaca sejuk yang memudaratkan lagi kesihatan beliau.
Pelajar yang memakai cermin mata dan mempunyai masalah penglihatan, diberi
peluang dan dipastikan supaya beliau dapat duduk di hadapan kelas dan dapat melihat
tulisan di papan hitam atau papan putih atau skrin. Banyak cerita yang mengkisahkan
bagaimana seseorang guru itu mengambil berat seseorang pelajarnya dan
mempengaruhi kehidupan mereka seterusnya.

Pelajar kita dahulu, kini menjadi rakan baik dan sentiasa berkongsi pengalaman,
ziarah menziarahi sama ada semasa sihat, sakit dan pada hari-hari perayaan. Kadang-
kadang mereka menjawat jawatan tertentu yang tinggi dan dapat memberi bantuan
kepada kita yang berurusan dengan mereka. Banyak kisah dimana bekas pelajar tidak
mempeduli atau menghiraukan bekas guru mereka semasa berurusan dalam
perkhidmatan tertentu kerana guru tidak mengenali mereka dan guru itu juga tidak
pernah mempedulikan mereka semasa mengajar di sekolah dahulu. Alangkah ruginya
sekiranya kita tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan disebabkan
kita tidak mempunyai karektor sedemikian.

Bayangkan sekiranya bekas pelajar kita adalah seorang doktor perubatan atau
jururawat terlatih!

Posted by Deria at 11:15 AM 2 comments:

Karektor Guru 7: Mananamkan Rasa Dipunyai (Sense of Belonging)

Guru yang paling berkesan adalah guru yang berupaya menyediakan situasi yang
sangat selesa dalam kelas dan menjadikan seolah-olah menyambut kehadiran
pelajarnya masuk ke kelas beliau. Pelajar pula sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran
guru tersebut untuk mengajar mereka. Walaupun mata pelajaran yang diajar adalah
mata pelajaran yang sukar, namun, beliau dapat menyedia penyampaiannya
sehinggakan pelajar pun menjadi suka kepada mata pelajaran tersebut. Banyak
pengalaman yang kita sendiri dapat kongsikan di mana seorang guru itu dapat
menjadikan kita ‘suka’ kepada sesuatu mata pelajaran yang sangat kita ‘benci’
selama ini dan akhirnya kita lulus dengan baik walaupun kita tak suka kepada mata
pelajaran itu.

Pelajar sentiasa merasakan mereka memiliki dan bersama-sama dengan guru semasa
belajar dalam kelas yang diajar oleh guru sedemikian. Pelajar juga tahu bahawa
mereka mempunyai seorang guru yang seronok mengajar mereka dalam mata
pelajaran tersebut dan seorang guru yang begitu komited dengan kerjayanya.

Ramai antara kita (warga guru) dapat menamakan guru-guru kita dahulu yang
mempunyai karektor sebegini. Subjek Fizik yang sangat tidak disukai, dapat diikuti
dengan mudah dan lulus dengan cemerlang dalam SPM. Selepas itu tak sentuh lagi
buku Fizik dan subjek yang berkaitan dengan Fizik. Maka, jadikanlah kita seperti guru
ini dan kelak nanti kita akan sentiasa dikenang oleh pelajar kita.

Posted by Deria at 11:01 AM No comments:

Monday, October 5, 2009

Karektor Guru 6: Mempamerkan Sentuhan Peribadi (Personal Touch)

Guru yang paling berkesan adalah guru yang mudah didekati oleh semua pelajarnya.
Mereka berhubung dengan pelajar secara personal. Mereka berkongsi pengalaman
bersama pelajar di dalam kelas. Guru seperti ini akan mengambil berat dan
memahami setiap pelajarnya secara personal serta mencuba untuk memahami semua
pelajarnya sebanyak mungkin. Mereka melawat ke ‘alam pelajar’ seperti makan
bersama mereka di kantin sekolah, bersukan bersama-sama di padang, malah
menziarahi pelajar yang sakit dan terlantar di rumah atau hospital. Berapa ramai
antara kita berbuat demikian. Ayuh, mulai hari ini kita tunjukkan karektor guru yang
sebenarnya supaya profesion ini menjadi lebih dihormati. Kembalikan kegemilangan
zaman profesion perguruan yang diperkatakan bahawa sudah kurang mulai malap
berbanding dengan suatu masa dahulu.
Guru sebegini akan mengambil tahu kesihatan, latar belakang dan masalah peribadi
pelajarnya (bukan mengambil kesempatan). Guru seperti ini juga akan mengenali
semua ibu bapa pelajarnya dan sentiasa berinteraksi dengan mereka sama ada dalam
atau luar sekolah. Guru sebeginilah akan dikenang sepanjang hayat oleh bekas pelajar
mereka. Guru sebeginilah yang senantiasa didoakan keampunan, kesejahteraan dan
keselamatan oleh bekas murid mereka.

Posted by Deria at 10:43 AM No comments:

Karektor Guru 5: Adil dan Saksama

Guru yang paling berkesan ialah guru yang dapat menangani semua masalah
pelajarnya dan juga memberikan markah ujian atau peperiksaan dengan adil dan
saksama. Mereka tidak kedekut markah dan memberikan markah yang sepatutnya
kepada pelajar yang sepatutnya memiliki markah tersebut.

Mereka menyediakan keperluan yang sesuai dan peraturan yang jelas untuk kelas.
Sekiranya pelajar melanggar peraturan yang telah ditetapkan, guru akan bertindak
mengikut garis panduan yang telah dipersetujui bersama. Ini menyebabkan pelajar
tidak merasa diri mereka dianiayai oleh guru.
Pelajar akan menyedari bahawa adil dan saksama itu bukanlah semestinya melayani
semua pelajar dengan cara yang sama, tetapi memberi peluang dan ruang kepada
semua pelajar untuk mencapai kejayaan.

Guru seperti ini juga akan menyedari bahawa bukan semua pelajar itu belajar dengan
kaedah yang sama dan pada kadar yang sama. Ada sesetengah pelajar agak lambat
untuk memahami sesuatu topik dan mempunyai cara yang berlainan untuk
memahaminya seperti perlu perbincangan dengan rakan-rakan lain. Guru perlu
memberikan peluang kepada mereka untuk belajar dengan kaedah dan kecepatan
sendiri sebelum menguji atau menilai mereka.

Posted by Deria at 10:33 AM No comments:

Wednesday, September 16, 2009

Key Characteristics of Effective Schools

Menurut Peter More daripada University of London (2004), beliau menyatakan


terdapat 11 ciri sekolah berkesan iaitu: 1. Kepimpinan profesional 2. Perkongsian visi
dan misi 3. Kewujudan budaya pembelajaran 4. Penumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran 5. Pengajaran bermatlamat 6. Pengharapan yang tinggi kepada murid 7.
Pengukuhan yang positif 8. Pemantauan terhadap perkembangan pengajaran dan
pembelajaran 9. Hak dan tanggungjawab murid 10. Permuafakatan ibu bapa dan guru,
sekolah dan masyarakat 11. Organisasi yang dinamik

Berapakah ciri dia atas wujud di sekolah anda? Wahai Guru Besar, Pengetua dan
pentadbir sekolah sekalian, bertindaklah untuk menambahkan ciri-ciri di atas di
persekitaran pekerjaan kita masing-masing. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk
menjadikan tempat tugas anda adalah tempat tugas yang berkesan.

Posted by Deria at 9:39 AM No comments:


Karektor Guru 4: Kreatif

Ciri yang Keempat: Kreatif Guru yang paling berkesan ialah guru yang memiliki ilmu
pengetahuan yang meluas dan sentiasa mengajar dengan menggunakan pelbagai
pendekatan yang menarik dalam kelas. Guru seperti ini akan menggunakan teknologi
dengan berkesan semasa mengajar dalam kelas. Mereka sentiasa menggunakan bahan
bantu mengajar yang pelbagai termasuklah penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Guru seperti ini sentiasa


peka dengan kaedah dan strategi penyampaian yang bersesuaian dengan topik yang
mahu diajar. Misalnya, sekiranya topik tersebut memerlukan amali (eksperimen)
beliau akan menyediakan kelas amali untuk pelajarnya melakukan amali. Misalnya,
seorang guru ingin mengajar bagaimana sabun bertindak terhadap kotoran (minyak),
beliau sanggup membawa sabun, botol, minyak dan sebagainya ke dalam kelas untuk
didemonstrasikan di hadapan pelajarnya dalam kelas. Guru sanggup membawa biji
sawi, paku, beras dan sebagainya hanya semata-mata untuk ditunjukkan kepada
pelajar bagi memudahkan mereka memahami tajuk pelajaran yang akan diajar. Guru
sebeginilah yang dikatakan kreatif. Sudah tentu guru yang sanggup melakukan
pelbagai kaedah pengajaran ini akan sentiasa dihormati oleh semua pelajarnya
sepanjang hayat mereka.

Posted by Deria at 9:32 AM No comments:

Monday, September 14, 2009

Kareaktor Guru 3: Menaruh Harapan Tinggi


Ciri yang Ketiga: Menaruh Harapan Tinggi Guru yang palinh berkesan adalah guru
menaruh setinggi-tinggi pengharapan kepada pelajar beliau dan percaya bahawa
setiap orang pelajar akan mempunyai peluang untuk berjaya dalam hidup mereka.
Guru seperti ini akan sentiasa menyediakan cabaran kepada pelajar mereka supaya
pelajar dapat menunjukkan kebolehan mereka pada tahap yang terbaik. Mereka akan
membina keyakinan diri pelajar dan mengajar dan menanamkan kepercayaan kepada
diri sendiri. Pelajar akan merasa diri mereka sentiasa didorong oleh seseorang yang
lebih dewasa dan Berjaya. Mereka akan menjadikan guru sebagai idola kerana
kejayaan yang dimiliki oleh guru tersebut adalah sebagai perangsang dan motivasi
kepada diri mereka.

Janganlah kita sebagai guru memandang rendah akan kebolehan anak didik kita. Mana
tahu suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih berjaya daripada orang lain (juga
daripada kita) dalam bidang yang tidak kita sangkakan. Hakikatnya perkara ini
sentiasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. ramai sekali anak murid kita yang
dahulunya kita anggap 'bodoh', kini menjawat jawatan tinggi atau 'lebih berjaya'
berbanding kita. Oleh itu, semua guru perlu menaruh harapan yang tinggi terhadap
anak didik kita. Binalah keyakinan diri kepada mereka yang kita dapati agak lemah
dan tidak bermotovasi terhadap pelajaran.

Posted by Deria at 5:35 PM No comments:

Thursday, September 10, 2009

Karektor Guru 2

Ciri yang Kedua: Positif Guru yang paling berkesan adalah guru yang memiliki sikap
yang optimistik terhadap pengajaran dan mengenai pelajarnya. Sikap optimistik
bermaksud seseorang guru itu sentiasa melihat perkara positif terhadap
pengajarannya dan juga sentiasa menganggap semua pelajarnya adalah baik dan boleh
maju dalam sebarang keadaan sekalipun. Guru yang sebegini adalah amat disukai oleh
pelajar. Setiap keadaan dalam kelas dan pelajarnya sentiasa diberikan perhatian dan
tunjuk ajar yang membantu pelajar menuju kejayaan. Semua pelajar dianggap
mempunyai peluang untuk berjaya. Beliau sentiasa mempunyai ruang dan masa untuk
didekati oleh pelajar bagi mendapatkan nasihat dan bantuan. Guru seperti ini akan
mudah berkomunikasi dengan pelajarnya dan pelajar pula tidak segan silu untuk
berinteraksi dengan guru. Guru seperti ini juga sentiasa memberi rangsangan yang
berupa penghargaan dan pujian kepada semua pelajar. Mereka juga mempunyai
strategi yang tertentu untuk membantu pelajar supaya bertindak secara positif bagi
mencapai matlamat masing-masing. Guru seperti ini juga sentiasa memberikan
motivasi kepada pelajarnya.

Posted by Deria at 4:22 PM No comments:

Friday, September 4, 2009

Karektor Guru 1

Robert J. Walker telah membuat penyelidikan kualitatif secara longitudinal selama 15


tahun sepanjang karier beliau sebagai seorang pendidik mendapati terdapat 12 ciri
guru yang dominan dan sangat disukai oleh pelajar. Beliau telah membuat kesimpulan
bahawa semua karekter tersebut adalah amat perlu dimiliki oleh semua insan yang
bergelar guru. Saya akan membincangkan setiap karekter ini dalam penulisan saya
seterusnya. Ciri yang Pertama: Sentiasa bersedia Guru yang palingberkesan adalah
guru yang hadir ke jkelas setiap hari dan sentiasa bersedia untuk mengajar
(mendidik). Murid akan dapat belajar dengan mudah dan memahami apa yang akan
disampaikan oleh seorang guru yang telah bersedia untuk mengajar topik yang akan
disampaikan pada hati itu. Oleh kerana guru itu sentiasa bersdia, maka beliau tidak
akan mengambil masa yang lama atau membazir masa untuk mengajar. Mereka
memulakan pengajaran tepat pada waktunya dan menggunakan sepenuh masa
pengajaran (period) untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Sepanjang guru berada
dalam kelas, pelajar dapat belajar sepenuhnya daripada guru jenis ini. Oleh itu,
mereka tidak akan mudah bosan atau tertidur dalam kelas. Karektor ini adalah dipilih
oleh pelajar sebagai ciri utama yang perlu dimiliki oleh semua guru. Oleh itu,
seseorang insan yang bergelar guru atau akan bergelar guru amat wajar mengamalkan
ciri sentiasa bersedia, terutamanya sewaktu kita mahu masuk ke kelas untuk
mengajar sesuatu mata pelajaran. Bacalah sedikit bahan bacaan yang berkaitan
dengan isi kandungan yang akan disampaikan, walau pun kita sudah mahir dan
bertahun-tahun mengajar tajuk tersebut. Carilah dalam Internet atau bahan bacaan
tambahan yang berkaitan dengan tajuk tersebut, mungkin ada perkara baharu yang
boleh disampaikan kepada pelajar kita.

Posted by Deria at 5:55 PM No comments:

Tuesday, August 25, 2009

Instructional message design

Ingin berkongsi slaid mengenai instructional message design

Posted by Deria at 2:53 PM No comments:

Thursday, June 25, 2009

Krisis Kepimpinan Pendidikan

Hari ini tergerak hati untuk menulis mengenai kepimpinan di dalam organisasi
pendidikan dalam negara kita. Terdapat berbagai jenis kepimpinan sama ada di
peringkat sekolah, daerah, negeri, kementerian dan Negara. Kepimpinan yang ingin
disentuh kali ini adalah mengenai kepimpinan yang boleh menyebabkan kerugian
kepada sesebuah organisasi. Terdapat pemimpin walau dalam mana peringkat pun
mengamalkan kepimpinan yang bercorak diktator atau dengan lain perkataan hanya
pandai memberi arahan dan perlu diikuti dengan penuh taat setia oleh pengikutnya.
Apa sahaja arahan yang diberikan, perlu diikut tanpa membantah, walau pun akan
merugikan organisasi ataupun memberikan kesan yang kurang baik kepada warga
organisasi berkenaan. Setiap arahan atau peraturan baharu dibuat tanpa
mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak bawahan. Sudah menjadi satu
kebiasaan dalam kalangan pemimpin walau pun di peringkat atas, idea yang mereka
curahkan adalah hak peribadi mereka dan tidak boleh ditokok tambah oleh orang lain,
lebih-lebih lagi orang bawahan yang dikira sebagai kurang ‘pandai’ atau kurang ‘baik’
berbanding diri sendiri. Apa tah lagi untuk merujuk atau mendapatkan pandangnan
pakar atau pun dapatan-dapatan kajian sama ada dalam atau luar Negara. Mereka
juga didapati malas membaca dan mengkaji. Terdapat juga pemimpin yang memang
bagus dengan idea yang bernas, sebab mereka ini suka membaca dan membuat
kajian. Mereka mempunyai tabiat membaca yang konsisten dan sentiasa berfikir
dengan logik dan matang. Sangat sukar untuk mencari pemimpin yang sebegini.
Kadang-kadang pemimpin yang bijaksana dan cerdas otak ini wujud dalam sesebuah
organisasi, tetapi ada mekanisma yang mencatas mereka. Bakat kepemimpinan
cemerlang yang ditunjukkan oleh orang bawahan ini selalunya dicantas oleh pemimpin
sedia ada. Terdapat pelbagai cara dan strategi mencantas dilakukan oleh pemimpin
yang iri hati dan takut kedudukan mereka tergugat. Budaya pemimpin yang
mempunyai sifat iri hati dan dendam ini menyebabkan orang bawahan menjadi
mangsa mereka. Akhirnya mangsa tadi akan mencari jalan untuk membalas dendam
terhadap pemimpin tadi. Balasan dendam yang dilakukan adalah pelbagai cara,
antaranya ialah:

Bekerja dengan tidak sesungguh hati, sebab macam mana pun kuat bekerja, memang
bos tidak akan berikan peluang atau sokongan untuk kenaikan pangkat.

Tidak menumpukan perhatian dan sepenuh hati terhadap projek yang dirancang oleh
bos.

Curi tulang – sekiranya bos tidak ada.

Bercakap atau mengkritik di belakang bos.

Kekecewaan yang dialami oleh bakal pemimpin yang ditindas atau diketepikan ini
akan menjadi satu titik tolak untuk beliau menyusun strategi bagi membalas ’dendam’
terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya. Ada pemimpin yang semasa beliau bersara
diraikan dengan ala kadar sahaja. Selepas bersara, bekas pemimpin ini cuba datang ke
pejabat mungkin untuk tujuan sosial, tetapi tidak diambil endah oleh semua orang
dalam pejabat. Berjumpa beliau di tempat sosial lain atau di pasar malam juga tidak
dihirau oleh bekas orang bawahannya. Inilah kesan kepada pemimpin yang tidak sedar
diri dan tidak melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan baik. Ada ketika lain,
sekiranya orang yang ditindas ini berpeluang untuk naik ke peringkat lebih tinggi,
maka beliau akan menyusun strategi untuk membalas dendam terhadap bos lama.
Semua arahan atau peraturan yang dibuat oleh pemimpin lama akan dimansuhkan,
mungkin dengan secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sekiranya projek
yang dtinggalkan oleh pemimpin lama masih dilaksanakan, keberlangsungan projek
tersebut akan terjejas dengan secara disengajakan kerana ada mekanisme berbentuk
dendam dilaksanakan dalam pengurusan projek berkenaan. Ini secara tidak langsung
akan merugikan organisasi, dan seterusnya masyarakat. Semasa seseorang pemimpin
itu berkuasa, beliau menggunakan kuasa yang ada untuk memilih konco-konconya bagi
memenuhi jawatan-jawatan tinggi yang kekosongan. Ramailah bakal-bakal penjawat
jawatan tersebut kecewa kerana tidak berpeluang untuk menduduki jawatan
tersebut. Mereka yang lebih junior dibawa masuk oleh pemimpin berkenaan kerana
wujudnya kroni dalam kepimpinan beliau. Selepas era kepemimpinan beliau berakhir,
mereka yang dipinggirkan tadi berpeluang untuk naik menjawat jawatan lebih tinggi.
Masa inilah peluang dan ruang untuk membalas dendam berlaku. Mereka yang
dinaikkan pangkat oleh pemimpin kroni tadi akan merasa kehangatan dan tertekan.
Pelbagai cara, kaedah dan strategi digunakan untuk memuaskan hati masing-masing.
Situasi ini memang tidak sesuai untuk sesebuah organisasi bergerak dengan lancar.
Sekiranya perkara ini berlaku, banyaklah projek-projek akan terjejas kelancarannya.
Ini sudah tentu merugikan masyarakat keseluruhannya. Siapakah yang bertanggung
jawab untuk membendung gejala ini? Mungkin pemimpin-pemimpin yang berada di
peringkat atas yang menyedari gejala buruk ini harus mengambil langkah yang
proaktif untuk mengadakan satu mekanisme yang terbaik bagi mengatasi masalah ini.
Semua pemimpin harus diperingatkan mengenai peranan, tugas dan tanggung jawab
masing-masing. Pemimpin yang yang berwibawa, bijaksana dan bertanggung jawab
akan dapat melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan dengan adil
dan saksama.

Posted by Deria at 4:04 PM No comments:

Thursday, May 21, 2009

Literatur Mengenai PPSMI

Berikut adalah satu sorotan literatur yang telah ditulis oleh sekumpulan pelajar saya
dalam tugasan mereka untuk menyiapkan proposal penyelidikan berkaitan dengan
tajuk pelaksanaan PPSMI: Mulai 1 Jan 2003, kerajaan memperkenalkan pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi murid Tahun 1, pelajar Tingkatan 1
dan Tingkatan 6 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Tan Sri Dr Koh Tsu
Koon berkata pengajaran Sains dan Matematik di semua sekolah patut dikaji. Beliau
mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik di
peringkat sekolah rendah dan menengah, sebab beliau prihatin tentang kesan
pengajaran dua mata elajaran tersebut. Razali (2003) menyatakan bahawa guru-guru
bukan sahaja mengajar berdasarkan kemahiran pedagogi yang sedia ada, tetapi
mereka perlu sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh yang demikian, guru-guru Matematik
dan Sains perlu sentiasa berusaha dan bersedia dari segi perubahan dalam pengajaran
Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Rohana (2004) menyatakan bahawa 84% mata pelajaran Sains dan Matematik masih
diajar dalam Bahasa Inggeris dengan kurang profesional. Ini telah mengakibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik yang kurang berkesan di
dalam kelas. Segelintir guru masih tidak dapat mengajar Matematik dalam bahasa
Inggeris dengan cara yang kreaktif dan berkesan untuk memupuk sikap pembelajaran
pelajar. Lim Chap San (2003) membincangkan pelaksanaan pengajaran Matematik
dalam Bahasa Inggeris merupakan satu dasar yang baharu. Persoalannya, adakah guru-
guru bersedia terhadap perubahan bahasa bagi pengajaran Matematik dalam Bahasa
Inggeris dalam menjayakan dasar pendidikan ini? Prof. Chiam Heng Keng (2002)
menyatakan bahawa “a more effective means (to increase students proficiency in
English) is for students to use English as a tool of learning …..” Ini menunjukkan
kesediaan guru mengajar dalam Bahasa Inggeris perlu ada untuk memberi kesan yang
positif bagi pelajar-pelajar mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mohd Rasdi
Saaman (2004) telah mengkaji terhadap perubahan bahasa penghantar mata pelajaran
Sains dan Matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Dalam
kajiannya, didapati bidang pendidikan mempunyai ramai guru yang mempunyai
kelayakan yang mencukupi tetapi masih lemah dalam perlaksanaan dasar ini. Didapati
guru yang ada latihan dalam Bahasa Inggeris dan komputer lebih bersedia untuk
pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris.

You might also like