You are on page 1of 1

**Kek Coklat Kukus Gerenti Jadi!!

**

Bahan-bahan ( 20 cm )

 A- Diayak
 2 cawan Tepung Gandum
 1 cawan Serbuk Koko
 1 sk Baking Powder
 2 sk Bicarbonate of Soda
 B- Dipukul guna hand mixer (sekejap sahaja)
 3 biji Telur Gred A
 2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna blender kering)
 1 cawan Susu Cair
 1 cawan Minyak
 1 tsp Coklat Emulco
 1 cawan Air Panas (menggelegak)

Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek ke


dalam pengukus.
2. Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.
3. Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis
semua bahan2 A. Ketepikan.
4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu..
cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur. Masukkan gula yang dah dikisar
halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul
sehingga kembang).
5. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).
6. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.
7. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam.
Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh test cucuk dengan lidi sate.
Kalau keluar licin, maksudnya dah masak

You might also like