You are on page 1of 3

Apam Aiskrim

oleh Tengku Maslinda Tengku Mohd pada pada 21hb Oktober 2009 pukul 10.11 pagi

Bahan:

3 cwn tpg gandum

4 biji telur

2 cwn gula

1 sk ovalete

1 cwn air (blh tukar pada susu segar kalau suka)

1 sb esen vanilla

pewarna merah dan hijau

p/s: 

kalau tak de ovalete, blh ganti dgn 1 cwn soda water/ice cream soda dan tak perlu masuk air/susu.. 

kalau guna ice cream soda, kurangkan gula sbb ice cream soda dah manis..

kalau tak suka manis, kurangkan skit gula.. saya selalu pakai gula tak sampai 2 cwn

Cara:

1. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang

2. Masukkan ovalete dan esen vanilla dan kacau sebati

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sampai sebati

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna merah dan hijau pada dua adunan serta tinggalkan

adunan ketiga dengan warna asalnya

5. Untuk kukus dlm loyang besar: masukkan adunan tadi sesenduk secara berselang warna dalam loyang besar. Untuk

kukus dlm cup muffin: masukkan adunan dlm cup muffin tu sesudu secara berselang warna (pastikan tak lebih dr 3/4

saiz cup, nanti kang melimpah2 lak bila masak)

6. Utk saiz besar, ketuk2 skit loyang tu supaya tak de gelembung2 udara antara adunan berlainan warna tu, nanti kang

dah masak, apamnya berongga-rongga kat tgh.. then kukus la dlm 45 min atau sehingga masak. Untuk saiz muffin,

kukus selama 5-10 minit sahaja biasanya dah masak

p/s:

jika tak guna ovalete, air soda tadi tu masukkan selepas masuk tepung

Ok, kawan2.. Ni la resepi apam yg korang nak. Buat jgn tak buat.. hehe.. Kalau best tu, hantar2 la kat Sisley St skit

ye.. :-))
ni dah perlahankan sikit apinya
sebab saya nak cepat + bukak api kuat sgt, dia merekah kat atas.. tapi cantik gak.. hahaha

close up

You might also like