You are on page 1of 2

Teks Lengkap Pengacara Majlis: Sambutan Maulidurrasul

Bismillah Hirrahmanirrahim….
Alhamdulillahhirabbilalamin…
Rabbissrahli Sadriwayassirli Amri Wahlull Uq Datam Millisaani Yaf Qohu Qauli…

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha Cik Jamaiah bt Mahli Guru Besar SK Jalan Hamilton,


Yang dihormati, Ustaz Mat Rodzi bin Hamid PK Pentadbiran,
Yang dihormati En Dorohid bin Situ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang dihormati, En Muhammad Hafiz bin Abdul Razak Penolong Kanan Kokurikulum
Yang dihormati,En Muhammad Aizuddin bin Fadzliya, PK Pendidikan Khas
Rakan-rakan Guru, dan murid –murid SK Jalan Hamilton Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil
USTAZ WAN MOHD AKMAL BIN WAN HALIM untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Aamiin, ya robbal ‘aalamin…
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Akmal atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah
s.a.w. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda,
sebagaimana Allah swt berbangga terhadap baginda dengan memuji baginda dalam Al-Quran:
     "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (Al-
.Qalam: 4)
Tema pada tahun ini adalah “ MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI ”
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian

UCAPAN Guru Besar


Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Cik Jamaiah binti Mahli, Guru Besar SK Jalan
Hamilton. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan dan amanat. Di harapkan segala
yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.

Untuk makluman semua,terdapat 6 aktiviti pertandingan yang dijalankan sepanjang Sambutan Maulidur
Rasul bermula pada 22 Oktober sehingga 27 Oktober 2021. Antaranya ialah :
Program 3-5 minit berselawat , mewarna,teka silang kata, kuiz sirah rasulullah, pertandingan poster dan
pertandingan nasyid solo.

Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan video hasil aktiviti sepanjang pertandingan
dijalankan.

Terima Kasih kepada Ustazah Hartini atas tayangan video tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara pengumuman pemenang bagi semua
pertandingan yang dipertandingkan. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin
menjemput dan mempersilakan penyelaras program Maulidur Rasul Ustazah Nursyaharizan bagi
mengumumkan nama pemenang dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Nursyaharizan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Untuk makluman, Hadiah akan diberikan semasa sesi
persekolahan nanti.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr

You might also like