You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI IBUBAPA UPKK 2023

BIL AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

1 10.30 am Dari Raub pergi ke Pontian,


Ucapan Alu- Terus pula ke Kuala Perlis,
Aluan pengerusi Harap semua berikan perhatian,
majlis Mohon saya mulakan majlis.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi yang berbahagia


ini, marilah kita sama-sama membacakan Ummul Kitab, Al
Fatihah..

…………….. bacaan al-fatihah………………

Bismillahi rahmani Rahim

Yang Berbahagia, Ustaz ____________________________


selaku penceramah jemputan kita pada pagi ini.

Yang berusaha, Mualim Mohammad Amarullah bin Seman,


Guru Besar Sriti Tahfiz Ibadurrahman,

Barisan Pentadbir SRITI Tahfiz Ibadurrahman

Seterusnya, rakan-rakan guru, ibu bapa dan murid-murid


SRITI Ibadurrahman yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt ..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, dengan izin


limpah kurniaNya dapat kita berkumpul di sini bagi
menjayakan MAJLIS TAKLIMAT UPKK DAN MOTIVASI IBU
BAPA BERSAMA MURID UPKK 2023.

Bagi memuliakan lagi majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
adik Ahmad Nafeez Bin Asram bagi memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Nafeez atas


bacaan doa sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya mewakili warga


SRITI Ibadurrahman ingin mengucapkan jutaan terima kasih
di atas kesudiaan tuan-tuan dan puan-puan menghadiri
majlis pada pagi ini.

Untuk makluman, majlis yang diadakan pada hari ini


merupakan program yang dirancang khas untuk murid-
murid tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK
tidak lama lagi. Ia merupakan satu program permuafakatan
di antara pihak sekolah dan ibu bapa serta calon UPKK
dalam membina rangkaian kerjasama demi membantu
anak-anak cemerlang dalam peperiksaan UPKK.

2 10.35 am Hadirin yang dihormati, majlis pada pagi ini, dimulakan


dengan taklimat UPKK yang akan disampaikan oleh Mualim
Taklimat UPKK Mohammad Amarullah bin Seman, Guru Besar Sriti Tahfiz
Ibadurrahman.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Mualim Mohammad Amarullah bagi menyampaikan
taklimat. Dipersilakan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Mualim


Mohammad Amarullah bin Seman, Guru Besar Sriti Tahfiz
Ibadurrahman atas kesudian menyampaikan taklimat
sebentar tadi.

Semoga segala input dan ilmu yang disampaikan sebentar


tadi akan dijadikan panduan dan landasan kepada ibu bapa
serta murid-murid sekalian.

Seterusnya, majlis membuka peluang kepada para hadirin


untuk bertanyakan sebarang soalan atau permasalahan
kepada Tuan Mudir. Diharap dapatlah dikemukakan dengan
segera untuk dijawab oleh tuan mudir kita.

3 11.00 am Hadirin hadirat sekalian,

Motivasi Murid Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita sama-
Bersama Ibu sama mendengar ceramah motivasi yang akan disampaikan
Bapa oleh penceramah undangan kita pada pagi ini. Sebelum itu,
izinkan saya membacakan sedikit info biodata mengenai
penceramah undangan kita.

Nama penuh beliau ialah


_________________________________________________

Umur:

Status: sudah berkahwin dan anak beliau juga merupakan


salah seorang anak didik di SRITI Ibadurrahman.

Pendidikan:

Pekerjaan:

Baiklah, untuk itu, majlis dengan berbesar hati


mempersilakan al Fadhil ustaz
________________________________________________
untuk menyampaikan ceramah beliau pada pagi ini.
Dipersilakan.

Alhamdulillah dan terima kasih di ucapkan kepada al Fadhil


ustaz
________________________________________________
di atas ceramah motivasi yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Diharapkan sama-samalah kita mendapat manfaat dan


pedoman daripada ceramah beliau tadi dalam mendidik hati
dan menjadikan kita sebagai insan yang berjaya di dunia dan
akhirat.

4 12.30 t/hari Seterusnya, majlis membuka peluang kepada ibu bapa


Soal Jawab untuk bertanyakan sebarang soalan atau permasalahan
kepada

al Fadhil ustaz
________________________________________________

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada ustaz ___________________________________
atas kesudian mengendalikan slot motivasi sebentar tadi.

5 Penyampaian Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Saguhati dan mempersilakan Muallimah Nor Hakimah Binti Ramly
Penolong Kanan Sriti Tahfiz Ibadurrahman untuk mengiringi
Tuan Mudir, Muallim Mohamad Amarullah Bin Seman bagi
penyampaian cenderamata daripada pihak sekolah kepada
penceramah kita, Ustaz
________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan al Fadhil ustaz untuk menerima sedikit
cenderamata daripada pihak sekolah.

…………… penyampaian cenderamata…….

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mudir


atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

6 Penutup Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung majlis.

Saya mewakili majlis ingin mengucapkan rasa syukur dan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis pada pagi ini. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya dan tiada untaian kata
yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan
majlis pagi ini. Di kesempatan ini, saya memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda dan kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis ini dengan membaca


tasbih kaffarah dan surah al'asr.

Sekian sahaja, salam hormat.


Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like