You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK MERDEKA UNTUK TAHUN


2022

Pembuk Assalammualaikum warahmatullah hibarakatuh,


aan/ Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia
Aluan
Yang berusaha, Encik Abu Bakar bin Alim;
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin

Yang berusaha, Encik Brad Pit; Pengetua


Cemerlang SMK Pening Lalat merangkap
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kejohanan.

Yang Berusaha, Puan Anjelina Jolie, Guru


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pening Lalat.

Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan,


Pengetua-pengetua Sekolah yang bertanding,
wakil-wakil pengetua
Pegawai-pegawai Kejohanan,
Para guru dan Guru-guru pengiring
pasukan-pasukan yang bertanding
Para pelajar.
serta hadirin dan hadirat sekalian

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana


dengan izin serta limpah rahmat Nya kita
diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak
MSSM Kawasan Jasin untuk tahun 2012.
Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah,
penuh cemerlang dan membawa seribu makna
kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha,

…………………………………………………………
…………………………………………………………
…….
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin ke Majlis
Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak
MSSM Kawasan Jasin untuk tahun 2012 kelolaan
SMK Pening Lalat. Sesungguhnya, kehadiran
Yang berusaha Tuan PPD ialah lambang
keprihatinan terhadap sumbangan sekolah-
sekolah di Daerah Jasin dalam mencapai
kecemerlangan.

Hadirin hadirat sekalian,

Kejohanan Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin


pada tahun ini telah bermula dari 24hb April.

Untuk makluman, objektif kejohanan ini


dijalankan adalah antara lain untuk
-mempopularkan permainan bola sepak kepada
para pelajar sekolah menengah
-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain
yang berbilang kaum.
mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain
yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi
mewakili MSS Melaka ke peringkat yang lebih
tinggi.

Ucapan Anak muda mengalun qasidah


Penger Tiada kekok tampil ke depan
usi Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Brad Pit


Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat selaku
pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan
Bola Sepak MSSM Kawasan Jasin tahun
2012 menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Encik Brad Pit,


Perasmi Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat di atas
ucapan tadi . Kini, tibalah masa yang dinanti-
nantikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Alim,
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin menyampaikan
ucapan dan seterusnya menutup dengan
rasminya. Kejohanan Bola Sepak MSSM
Kawasan Jasin tahun 2012. Dipersilakan.
Penyam Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan
paian penutup oleh Yang Berusaha Encik Abu Bakar
Hadiah bin Alim, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin
sebentar tadi.

Jalan lengkok redup berkalis


Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian


hadiah kepada para pemenang.
Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun
ini telah mempertemukan 9 buah sekolah bagi
kategori Bawah 15 Tahun manakala 11 buah
sekolah beraksi untuk kategori bawah 18 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah


_______________________________________
__________

Penyampaian hadiah dimulakan dengan


pemenang-pemenang bagi kategori bawah 15
Tahun.

Semua anggota kontinjen pasukan bola sepak


kategori bawah 15 tahun yang berjaya mendapat
pingat dipersilakan bersedia {diatas pentas
penerimaaan hadiah}
Menjem
put Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Penyam Encik Brad Piti diiringi Puan Anjelina Jolie,
pai menjemput dan mengiringi Yang berusaha Encik
Hadiah Abu Bakar bin Alim bergerak ke tempat
penyampaian hadiah.
Penyam Bagi kategori 15 tahun kebawah
paian Tempat keempat jatuh kepada SMK
Hadiah ____________
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________
yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK
____________
Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM
Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah
15 tahun di sandang oleh SMK ___________
yang menewaskan SMK _________ dengan
jumlah gol ____ berbalas _____
Penyam Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
paian hadiah bagi kategori bawah 18 tahun.
Hadiah
Tempat keempat jatuh kepada SMK
Tempat ketiga di menangi oleh SMK ________
yang mengatasi SMK _______ __ berbalas __
Naib johan jatuh kepada pasukan SMK
____________
Dan JOHAN Kejohanan Bola Sepak MSSM
Kawasan Jasin tahun 2012 bagi kategori bawah
18 tahun di sandang oleh SMK ___________
yang menewaskan SMK _________ dengan
jumlah gol ____ berbalas _____

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Penyam Sebagai tanda terima kasih, majlis
paian mempersilakan Yang Berusaha Encik Brad Pit,
Cender Pengetua Cemerlang SMK Pening Lalat
amata menyampaikan cenderamata kepada Yang
berusaha Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai
Pelajaran Daerah Jasin.

Ucapan Terima kasih di ucapkan kepada Yang berusaha


Terima Encik Abu Bakar bin Alim, Pegawai Pelajaran
Kasih Daerah Jasin yang sudi menyempurnakan
upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Bacaan Sebagai tanda syukur bahawa majlis pada hari ini


Doa berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya
dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk
memimpin bacaan doa. Tafaddhal ya ustaz.

Undang Terima kasih al-Fadil Ustaz ________________


an
Jamuan
Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi
Encik Brad Pit menjemput dan mengiringi Encik
Abu Bakar bin Alim ke bilik jamuan makan tengah
hari. Semua tetamu jemputan juga dipersilakan
bergerak ke bilik jamuan untuk menikmati juadah
yang telah disediakan.

Penutu Banyak keluk ke penarik,


p Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Dari Rokan ke Indragiri,


Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok lusa bersua lagi.

Majlis berakhir di sini. Tahniah sekali lagi


diucapkan kepada para pemenang.

(Pengumuman kepada semua wakil semua


kontinjen dan para petugas. Di jemput ke
____________ bagi mendapatkan pek makanan
tengah tengah hari. )

Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

You might also like