You are on page 1of 7

Teks Pengacara Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Ping Pong

Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023


PENGACARA MAJLIS : PN. NUR FARHANA BINTI MOHD RAHIM SHAH
QUE SKRIP
KETIBAAN TETAMU Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Tuan Putra bin Hashim, Pegawai
JEMPUTAN DAN Pendidikan Daerah PPD Jempol dan Jelebu masuk ke dewan.
PERASMI
Hadirin diminta berdiri.

NYANYIAN LAGU Hadirin diminta bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.
NEGARAKU
(Nyanyian Lagu Negaraku)

Terima kasih.

Hadirin dijemput duduk.

UCAPAN ALUAN / Bismillahirrahmanirrahim


PEMBUKAAN
PENGACARA MAJLIS Yang Berusaha, Tuan Putra bin Hashim
Pegawai Pendidikan Daerah PPD Jempol dan Jelebu

Yang Berusaha, Encik Azizul bin Mohd Yassin


Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Jempol dan Jelebu

Yang Berusaha, Encik Wan Shaifuzan bin Haji Wan Ibrahim, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Peradong merangkap Pengelola Bersama Kejohanan Ping
Pong Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023

1
Yang Berusaha, Encik Pok Kim Nyen, Guru Besar SJKC Kg. Baru Pertang
merangkap Pengelola Bersama Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah
Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023

Yang Berusaha, Tuan Haji Sanusi bin Jamaluddin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Petaseh (Berasrama)

pegawai-pegawai kejohanan, ahli jawatankuasa kejohanan, barisan guru besar,


wakil-wakil guru besar, guru-guru pengiring, guru-guru, pasukan-pasukan
yang bertanding, murid-murid dan hadirin sekalian.

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-Nya, kita dapat berkumpul
bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Ping Pong Majlis
Sukan Sekolah Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023.

Majlis mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih


kepada Yang Berusaha, Tuan Putra bin Hashim Pegawai Pendidikan Daerah
PPD Jempol dan Jelebu ke majlis ini. Sesungguhnya, kehadiran Yang
Berusaha Tuan PPD menjadi lambang keprihatinan terhadap sumbangan

2
sekolah-sekolah di daerah ini dalam mencapai kecemerlangan.

Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu serta hadirin sekalian.
Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Hadirin sekalian,

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk
mempopularkan permainan ping pong kepada murid-murid sekolah rendah,
mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum seterusnya
mencungkil bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin
tinggi bagi mewakili daerah Jelebu ke peringkat negeri pada tahun ini.

UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,

Warkah ditulis buat tatapan, bukan majlis tanpa ucapan.

Justeru, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Putra bin Hashim Pegawai
Pendidikan Daerah PPD Jempol dan Jelebu untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan
Sekolah Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023.

(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Putra bin
Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Jempol dan Jelebu atas kesudian
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah

3
Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023.

PENYAMPAIAN Jalan lengkok redup berkalis,


HADIAH/SIJIL/PINGAT Damba pedoman menyongsong arah;
Ucapan Tuan merasmi majlis,
Tanda kejohanan berlangsung meriah

Secara keseluruhannya, Kejohanan pada tahun ini telah mempertemukan 8


buah sekolah bagi kategori bawah 12 tahun.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:


 SK PERADONG
 SK SIMPANG DURIAN
 SK PETASEH (BERASRAMA)
 SJKC KG. BARU PERTANG
 SJKC SIMPANG PERTANG
 SJKC CHUN YIN
 SJKC YUK HUA
 SJKC DURIAN TIPUS

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta.

MENJEMPUT Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
PENYAMPAI HADIAH Yang Berusaha, Tuan Putra bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah PPD
Jempol dan Jelebu diiringi oleh Encik Wan Shaifuzan bin Haji Wan Ibrahim
dan Encik Pok Kim Nyen untuk naik ke atas pentas.

4
Dipersilakan.

PENYAMPAIAN SIJIL Dijemput Cik Chong Chee Jeat, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
PENGHARGAAN Ping Pong Jelebu untuk menerima sijil penghargaan.

PENYAMPAIAN Tanpa membuang masa, diumumkan pemenang tempat ketiga/ kedua / Johan
HADIAH bagi Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan Daerah
Jelebu Tahun 2023 jatuh kepada pasukan dari ____________________
Dijemput semua ahli pasukan naik ke pentas bagi menerima sijil dan pingat.

Penyampaian hadiah (Rujuk senarai pemenang)

Tahniah diucapkan . Sekali lagi tepukan gemuruh kepada semua pemenang.

PENYAMPAIAN Sebagai tanda penghargaan, dengan ini dijemput Yang Berusaha, Encik Wan
CENDERAMATA VIP Shaifuzan bin Haji Wan Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peradong
merangkap Pengelola Bersama Kejohanan Ping Pong MSSNS Daerah Jelebu
2023 untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Tuan Putra
bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Jempol dan Jelebu.

Dipersilakan.

(Penyampaian cenderamata)

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderamata itu tadi.

PENUTUP Kalau berkayuh dah sampai ke muara,

5
Kalau berenang dan sampai ke tepian;

Kalau berlari dan sampai ke garisan,

Kalau berjalan dah sampai ke hujungnya.

Hadirin sekalian,

Kita telah pun berada di penghujung Majlis Penutupan Kejohanan Ping Pong
Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan Daerah Jelebu Tahun 2023.

Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pasukan yang
menang.

Kami selaku pengelola pada kali ini memohon ribuan ampun dan maaf atas
segala kekurangan dalam majlis ini.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Semoga kita berjumpa lagi.

Kita sudahi majlis dengan lafaz.:

Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum warahmatulahi wabarokatuh.

JAMUAN Sedikit jamuan ringkas disediakan di kantin.

6
Dijemput para tetamu terhormat untuk menjamu jamuan ringkas yang
disediakan.

You might also like